Setelah hampir 2 jam perjalanan, bus yang membawa ahli-ahli kelab photography akhir nya tiba ke destinasi yang di tuju, tapak perkhemahan air terjun, selain air terjun terdapat tarikan lain di kawasan itu, seperti taman bunga orkid, dan juga tasik."Perhatian semua, sebelum keluar bus, di minta semua ahli kelab berkumpul di pondok bersebelahan dengan guard jaga untuk pendaftaran peserta yang mengikut aktiviti ini di pondok jaga agar senang mereka menjalani tugas mereka", jelas Hadi selaku ketua Kelab.
Semua ahli kelab mula turun dari bus dan berkumpul di pondok di sebelah pondok jaga untuk mendaftar nama mereka. Orang yang terakhir menuruni bus ada lah Azil, di ikuti Hadi. Azil dapat merasa kan sesuatu akan terjadi kepada Hadi, oleh sebab itu Azil tak boleh jauh dari Hadi, tapi Hadi mengangap tindakkan Azil mengikuti gerak geri Hadi seperti belangkas sangat di senangi nya kerana selama ini hanya Hadi yang selalu mengejar nya. Hadi juga berasa hairan dengan perlakuan Azil itu.
"Aik, Azil ni macam tak boleh jauh dari abang je?", ujar Hadi. "Tak, Aku cuma berjaga jaga kalau sesuatu terjadi dekat ko", jawab Azil dengn spontan. "Yelah tu, kawasan hutan ni selamat, jangan risau lah. Eh Azil risau kan abang eh", perli Hadi. "Bukan risau, cuma berjaga jaga saja, satu lagi, hati hati kalau melintasi pokok yang sudah tua", ujar Azil yang memberi warning kepada Hadi lalu Azil berlalu pergi ke pondok jaga untuk mendaftarkan nama nya.
Hadi kehairanan dengan kata kata Azil itu,"apa maksud Azil ni sebenarnya, pokok tua? Hah? Merepek lah, dia ni sengaja nak takut kan aku kot", gumam Hadi dalam hati sambil menggaru kepala nya yang tidak gatal itu lalu hadi juga menuju ke pondok guard untuk membuat pendaftaran nama nya.
"Okay semua sesudah anda mendaftar nama masing masing, sila ikut laluan ke kawasan tapak perkhemahan", Ujar Hadi kepada semua ahli ahli kelab photography. Orang yang terakhir menuju ke kawasan tapak perkhemahan itu ada lah Azil dan Hadi. Dalam perjalanan menunju ke tapak perkhemahan, Azil memerhati kawasan sekeliling, "seperti nya kawasan ini macam pernah aku lihat, sama seperti dalam mimpi", ujar Azil dalam hati sambil mata nya liar memerhati sekeliling.
Setelah beberapa minit perjalanan, Azil mendapati sebuah pokok tua yang sama seperti di dalam mimpi nya, di mana terdapat dahan pokok yang besar tersebut akan patah dengan sendiri nya dan jatuh menimpa Hadi yang akan menjadi punca Kecederaan Hadi.
Azil tidak boleh leka dengan keadaan sekarang, mimpi tersebut mungkin akan terjadi sekarang. Azil memandang ke atas tepat ke arah dahan pokok tua tersebut sambil juga memerhati pergerakan Hadi, tiba tiba, "Hadiiiiii...!", jerit Azil bertindak dengan laju menolak Hadi daripada di hempap dahan pokok yang jatuh tepat ke arah Hadi.
Hadi di tolak dengan kuat oleh Azil memyebab kan Hadi terbaring di lantai tanah dan Azil tertiarap di atas badan Hadi sambil memelok Hadi dengan kuat, Azil mengangkat kepala nya memandang tepat ke arah mata Hadi yang kelihatan sangat terkejut. "Ko okay ke?", tanya Azil. "Ab abb abang okay", jawab Hadi terketar ketar. Agak lama juga mereka terbaring di lantai tanah sambil melihat mata masing masing, "rasa nya Azil dah boleh bangun kot dari atas badan abang", ujar Hadi. Dengan pantas Azil bangun dari badan Hadi, telinga nya kemerahan menanda kan dia malu.
Mereka meneruskan perjalanan ke tapak perkhemahan, mereka berdua tertinggal jauh, tidak kelihatan lagi ahli ahli kelab yang lain di hadapan. Setiba nya di tapak perkhemahan, mereka membahagi kan setiap khemah hanya untuk dua orang sahaja, disebabkan Azil tidak membawa khemah, Hadi mengajak Azil satu khemah dengan nya, "Azil, satu khemah dengan abang ya, abang tau Azil tak bawa khemah, lagi pun abang ini tanda abang nak ucap terima kasih sebab selamat kan abang tadi", ujar Hadi. "Tak de pe pe lah, jom lah set up khemah.
Mereka semua di bahagi kan tugas masing masing oleh Hadi, ada yang mencari kayu dan ranting untuk di buat unggun api, ada yang menyedia kan makanan, dan ada yang membersih kan kawasan sekeliling khemah, manakala tugasan Hadi dan Azil pula membasuh perkakas memasak seperti periuk, kettle, dan sebagai nya di sungai air terjun
Azil dan hadi menuju ke ke kawasan air terjun yang terletak tidak jauh dari tapak perkhemahan mereka. Setiba nya di sana, Hadi terus membuka baju nya yang hanya memapar kan badan nya yang solid dan fit itu dan terus masok ke dalam air. "Azil hanya memerhati tindak tanduk Hadi sambil mengelengkan kepala." Hadi, cuci la periuk ape semua ni dulu, baru terjun masok ke sungai", bebel Azil memandang Hadi, "Alaa, abang nak cuci badan sekejap je, bau peluh ni, lagi pun baju kotor sebab jatuh tadi kan", ujar Hadi sambil memercik air ke arah Azil.
Selesai sahaja tugas mereka, Azil dan hadi menuju kembali ke tapak perkhemahan, dalam perjalanan , "Azil, abang nak tanya sikit boleh?", ujar Hadi. "Tanya ape?", balas Azil memandang ke arah Hadi sambil mengangkat kening nya."Macam mana Azil boleh tau yang dahan pokok tua tu akan jatuh ke arah abang? Sebelum tu Azil ada cakap dekat abang agar berhati hati dengan pokok tua", ujar Hadi lagi. Azil mendiam kan diri agak lama, teragak agak untuk menjawab soalan emas Hadi itu, " Azil bergurau je tu, mungkin kebetulan dahan pokok tu jauh tadi", jawab Azil sambil mengetap bibir nya. "ea, macam tak logic je", balas Hadi balik sambil mengeleng kan kepala nya. Mereka terus berlalu dari situ untuk ke tapak perkhemahan............... (bersambung)
YOU ARE READING
Azz & Azil
Mystery / Thriller'Azz&Azil (Azzazil) merupakan kisah romance, mistis dan sedikit aksi, terdapat maksud dan kisah tersendiri di sebalik nama pasangan kembar tersebut. Azz & Azil merupakan sepasang kembar yang mistery, (akan di cerita kan pada chapter 2 or 3 n...