Hazel melihat penampilannya buat kali terakhir di hadapan cermin.Perfect!
Hazel mengeluh perlahan.
Malam ini merupakan malam terakhir mereka semua di sini. Rasa sedih pula mahu meninggalkan tempat ini. Banyak kenangan manisnya di sini.
Hazel mengerling jam di pergelangan tangan.
Dah lambat!
Laju tangan Hazel membuka pintu biliknya.
"Opocot!"latah Hazel kerana terlalu terkejut.
Siapa je tak terkejut bila buka-buka pintu ada makhluk berdiri betul-betul di depan bilik.
"Woi! Kau kenapa?! Nasib tak mampos aku kat sini." Hazel menggosok-gosok dadanya. Macam baru lepas acara lumba lari.
"Dah sejam aku tunggu kau."kata Adam. Jelas mukanya bosan.
Hazel memerhati pemakaian Adam.
Hoodie hitam yang tertulis perkataan 'king' dipadankan dengan seluar jean hitam.
Mamat ni nak pergi berkabung ke? Eh jap macam kenal je baju ni.
Hazel melihat pemakainya pula.
Hoodie hitam yang tertulis 'Queen' dengan seluar legging hitam.
What? Apa beza pakaian kau dengan dia Hazel.
Hazel menepuk dahinya.
Adam memandang Hazel pelik. Kedua tangan dimasukkan ke dalam poket hoddie dibahagian hadapan.
"Kau kenapa? Tepuk-tepuk dahi pula."tanya Adam.
"Kenapalah baju aku dengan kau selalu sama."soal Hazel pula.
"Kau lupa ke? Kau yang paksa aku beli baju ni haritu. Tak ingat?"
Hazel menepuk dahinya sekali lagi.
"Haahlah baru aku ingat. Patutlah macam kenal. Btw cantik baju pandai orang yang paksa kau beli tu." Hazel tersengih seperti kerang busuk. Eh aku baru lepas mandi.
"Macam-macamlah kau ni. Dahlah jom turun. Semua dah tunggu kat pantai."ajak Adam.
Hazel hanya mengikut Adam sambil tersenyum-senyum. Dia rasa sweet sangat bila Adam pakai baju tu.
King and Queen.
I'm your Queen and you are my King!
***
"Ha turun pun. Buat apa lama sangat?"tanya Dato Amrul.
"Hazel ni uncle. Entah buat apa kat dalam bilik tu." Wajah Hazel dijeling.
"Hehehehe...sorrylah. Biasalah perempuan memang bersiap lambat." Hazel masih cuba membela dirinya.
"Complicated."
"Ish apa Adam cakap orang perempuan complicated nya. Biasalah perempuan. Bonda pun masa muda-muda dulu lambat juga bersiap."Sampuk Aunty Nairis.
Hazel sudah tersengih-sengih. Sukalah tu ada orang back up dia.
"Tapi Aunty, Mawar bersiap kejap je. Mawar suka yang simple-simple je.Untunglah siapa yang kahwin dengan Mawar."sampuk Mawar pula. Senyuman sinis ditayangkan.
Hazel menggenggam penumbuk. Kang terabur gigi kau kat sini.
"Dah-dah berbual. Jom makan."
Nasib baik Uncle Alex menyampuk kalau tak memang aku dah lumat-lumatkan perempuan ni.
Sejurus saja mengambil makanan, Hazel duduk di depan ungun api yang sedikit jauh daripada yang lain.Dia sukakan ketenangan malam.
"Hazel."panggil Adam sebelum dia melabuhkan punggung ditepi Hazel.
"Kenapa kau duduk sini? Semua orang duduk sana."tanya Adam.
"Suka hati aku lah. Aku sukakan ketenangan." Hazel menyuapkan hotdog kedalam mulutnya. Sedapnya.
Lama mereka berdiam diri.
Masing-masing sedang melayan perasaan.
"Adam,aku nak tanya sesuatu ni. Aku nak kau jujur dengan aku." Hazel memandang Adam.
"Apa dia. Tanya jelah." Adam membalas pandangan Hazel.
"Kau pernah jatuh cinta tak?"tanya Hazel terus terang.
"Pernah."
Hazel terdiam. Bukan itu jawapan yang dia harapkan.
"Siapa perempuan yang malang tu?"Hazel gagahkan diri untuk bertanya. Diselit ketawanya yang jelas hambar sekali.
"Entah. Aku pun tak kenal.' Dia' hadir terlalu pantas dalam hidup aku." Adam memandang lautan yang gelap-gelita.
"Kau tak kenal? Habis tu macam mana kau boleh jatuh cinta dengan dia?"
"Entahlah.Bagi aku dia terlalu istimewa sehingga aku tak boleh lupakan dia sampai sekarang. 'Dia 'sopan,cantik dan apa yang aku suka tentang dia ialah mata 'dia'. Sama macam kau. Walaupun aku tak kenal 'dia',aku tetap akan tunggu dia."
Hazel terkedu mendengar ayat terakhir Adam.
Tunggu dia?
"Kau pulak?"
"Huh?"
"Kau tak pernah jatuh cinta ke?"
"Pernah. Dan aku masih tunggu 'dia'. Sama macam kau,aku tak kenal pun siapa dia."
Kali ini Adam pula yang terdiam. Rasa sakit dihati. Cemburu? Ye dia cemburu.
"Eh Adam kau nak pergi mana?" tanya Hazel apabila melihat Adam yang sudah bangun.
"Aku nak balik mansion. Penat. Nak tidur."
Berkerut dahi Hazel. Dah kenapa? Aku salah cakap ke?
Hazel merenung langit yang dipenuhi bintang. Keluhan dilepaskan.
"Kenapalah hidup aku ni menyedihkan sangat?"
Thank you for support!
😋
Jangan lupa vote dan komen.
YOU ARE READING
IAN ADAM HAYDEN [•C•]
Macera"Hanya kerana seutas tasbih, Kita ditemukan." Cinta hadir tanpa diduga, cinta juga hadir tanpa dipinta.Semua yang berlaku atas kehendak-NYA. Pada mulanya,bagi Tengku Ian Adam Hayden,Hazel Medina adalah bala dalam hidupnya.Kerana sikap...