"Nah"Hazel menghulurkan sebotol air mineral kepada Adam.Sempat dia menjeling peminat-peminat Adam yang berada disitu.
Adam menjongketkan kening. Macam tak percaya je Hazel buat baik dengannya.
"Ambillah."
"Kau letak racunkan?"tanya Adam was-was.
"Jahatnya mulut kau.Aku ikhlas tau."Hazel sedaya-upaya membuat muka comel.
Akhirnya Adam menyambut juga huluran Hazel.
"Thank you."
"Welcome."
"Tapi sure ke kau tak letak racun ni?"
Hazel membuat muka.
"Terasa tau kau cakap macam tu kat aku."Hazel membuat muka merajuk.
"Yelah."
Adam meneguk air mineral itu rakus. Dahaga sangat ni.
Hazel hanya memerhati Adam.
Ya Allah seksinya.Syok Hazel mengusya Adam,tiba-tiba....
"Hai Haz..you buat apa kat sini."tegur Kai.
Hazel membuat muka menyampah.Kacau betul mamat ni.
"Suka hati aku lah nak buat apa pun."jawab Hazel malas.Sungguh dia menyampah.
Adam hanya memerhati dua makhluk dihadapannya.Gaduh ke?
"Nah.Lap peluh tu.Seksi."Sempat Hazel mengenyitkan mata sebelum beredar.
Kali ini Adam pula yang terkedu.Sapu tangan itu ditenung.Dia sengaja nak jeleskan Kai atau sebaliknya.
Ish tak kan lah mesti dia nak jeleskan Kai tu.Adam cuba menepis perasaannya.
Kai menggengamkan penumbuk. Ikutkan hati nak je dia tumbuk muka Adam.
Takpe Hazel kau tunggu.....
***
Cuti penggal kedua telah bermula.Pada minggu ini semua pelajar boleh balik ke rumah masing-masing.
Hazel mengemas bajunya kasar. Malas benar rasanya nak balik rumah.Duduk asrama lagi best.
Orang biasanya suka duduk rumah tapi tidak bagi Hazel.
Dua bag bagasi bersaiz besar dan satu bersaiz sederhana ditarik kasar.Semua benda kasar.
"Gais...aku cau lu."kata Hazel sambil memeluk kawan-kawannya yang belum habis mengemas.
"Pape roger."kata Kaira.
"Hmm...bye."
"Bye."mereka balas serentak.
Hazel menunggu di bus stop depan sekolah.Tangan dikibas-kibas ke muka tanda panas.
"Mana kak Ina ni."Hazel cuba menelefon kak Ina aka driver dan maid peribadi Hazel. Perempuan pun boleh jadi driver.
Hazel mengeluh apabila masuk voice mail.
"Aku bukan nak cakap dengan kau perempuan.Aku nak cakap dengan kak Ina."marah Hazel tak tentu pasal.
Pit!Pit!
Terkejut Hazel apabila ada kereta yang berhenti dihadapannya.
Tengok kereta dah tahu siapa.
Adam membuka tingkap Audi R8 nya.
"Adik tunggu bas ke?"tanya Adam bergurau.
Hazel buat tak tahu.
"Nak tumpang ke?"tanya Adam prihatin.Kesian pulak.
"Berambuslah kau.Tak hinggin aku nak balik dengan kau."jawab Hazel sombong.
"Ok."kata Adam sepatah sebelum pergi meninggalkan Hazel.
"Aku dah agak dah ni mesti dia ajak-ajak ayam.Woi aku manusialah bukan ayam."bebel Hazel.
Pit! Pit!
"Opocot!"latah Hazel apabila kak Ina membunyikan hon.
"Woi tak boleh ke kalau tak hon."marah Hazel.Asyik kerja nak marah je.
Hazel terus masuk ke dalam kereta.Beg ditinggalkan disitu.Takpa kak Ina angkat.
***
"Hazel mana? Tak turun makan sekali ke?"tanya Dato Amrul kepada mak Lai akal bibik.
"Biasalah Dato,Hazel mana nak turun makan sekali."jawab mak Lai.Tahu sangat dia dengan perangai anak majikannya itu.
Dato Amrul mengeluh.
"Takpelah bang.Kita makan dulu.Kalau dia lapar dia turunlah tu."pujuk puan Iman.
Pasti suaminya pening dengan perangai anak tunggalnya itu.
"Oklah.Tapi Mak Kau,make sure Haz turun dinner malam ni.Ada tetamu penting nak datang."
"Baiklah Dato."
***
Hazel mengenakan dress blue black yang sendat.Dipadankan dengan shawl putih yang dililit diatas dada.
Hazel melihat dirinya dicermin buat kali terakhir.
Hazel melangkah turun dengan malas.Kalau tak sebab daddy paksa tak ingin dia nak dinner sekali.
Makan dalam bilik sambil tengok Netflix lagi best.
"Hah turun pun.Perkenalkan nilah anak tunggal aku.Hazel Medina."Dato Amrul memperkenalkan Hazel kepada Tan Sri Alex dan isterinya Puan Sri Nairis.
"Cantiknya.Muka macam baby doll."puji Puan Sri Nairis.
Hazel tersenyum manis sambil menyalami tangan Puan Sri Nairis.
"Tengoklah siapa ayah dia."
Meletus tawa semua apabila mendengar gurauan Dato Amrul.Hazel buat-buat ketawa.
"Rugilah anak aku tak dapat datang.Kalau tak boleh kenalkan dengan Medina."jelas riak kecewa di muka Puan Sri Nairis.
Pehal makcik ni kecewa semacam.
"Takpelah nanti kau pulak buat dinner lepastu aku sekeluarga pergi rumah kau."
"Eh dah-dahlah berbual. Makanan dah siap tu.Jomlah."ajak puan Iman.
Semua sibuk berbual sambil makan.Macam-macam cerita keluar apabila lama tak bersua muka.
"Am,Sempena cuti sekolah ni apa kata kita pergi holidays kat mansion aku."cadang Tan Sri Alex.
"Eh bagus jugak.Boleh eratkan hubungan."
"Korang bawaklah semua family Korang."cadang Puan Sri Nairis.
"Boleh je."
Hazel terasa dirinya seperti tidak wujud. Ini yang membuatkan dia malas nak dinner macam ni.
Thank you for support.
😋
YOU ARE READING
IAN ADAM HAYDEN [•C•]
Aventura"Hanya kerana seutas tasbih, Kita ditemukan." Cinta hadir tanpa diduga, cinta juga hadir tanpa dipinta.Semua yang berlaku atas kehendak-NYA. Pada mulanya,bagi Tengku Ian Adam Hayden,Hazel Medina adalah bala dalam hidupnya.Kerana sikap...