IAH:18

7.4K 414 5
                                    

"Penatlah. Bila nak habis ni?lantai dimop kasar. Jam di pergelangan tangan dikerling.12:45 malam.

"Tulah kau Kaira,siapa suruh kau bertindak ikut perasaan sangat."

Kaira menjeling Iris tajam.

"Kau pun bukan main join tadi. Kau ingat aku tak nampak yang kau tarik tudung Sabrina tu tadi?" Maira menyampuk.

Iris tersengih.

"Yela. Aku pun salah. Dah nak buat macam mana aku dah tak boleh nak tahan. Menyesal aku tak terajang minah tu tadi."

"Kurangkan bercakap. Banyakkan buat kerja."tegur Hazel.

"Kau okay tak Hazel? Pecah jugak bibir kau tu.Aku betul-betul minta maaf. Aku tak sengaja."

Masa tu Kaira terlalu marah sampai  tertumbuk muka Hazel. Tak sengaja okay.

"Aku okay lah. Sikit je ni." Hazel memegang hujung bibirnya. Dia meringis kesakitan.Fuh sakit jugak ni.

"Haish! Stress lah aku!"jerit Farhan.

"Korang yang buat masalah tak pasal-pasal aku sekali yang korang heret! Kalau aku kena marah dengan cikgu sebab tak siap kerja sekolah esok,siap korang!" bebelnya lagi.

Kecoh jugalah satu sekolah akibat pergaduhan dihadapan dewan makan tadi.

Cikgu Salimah mengamuk bukan main. Kerana terlalu marah, habis semua dia denda. Tak tanya apa-apa. Dendanya ialah kemas dewan makan yang macam stadium bola sepak ni. Dahlah baru lepas makan malam. Memang bersepahlah.

Dan yang menjadi mangsanya adalah pengawas iaitu Adam dan kawan-kawannya. Pengawas diarahkan untuk memantau pelajar sehingga habis.

"Hoi. Kau budak baru eh?"tanya Hazel kepada pelajar perempuan yang Kaira langgar tadi.

"Errr....Haah."jawab pelajar perempuan itu takut-takut. Terhenti kerja membasuh pinggannya.

"Nama apa? Kelas mana?"

"Nama saya Raudatul Jannah. Boleh panggil saya Jannah. Kelas 5 Elit."

Hazel memandang Jannah atas bawah. Budak kelas sains ni.Not bad. Cantik. Tapi sorry sebab aku lagi cantik.

"Nah." Adam menghulurkan ice pack kepada Hazel."

"Hah? Apa ni?" Hazel sedikit terkejut. Dahlah Adam sudah lama tidak bercakap dengannya.

"Letak kat lebam kau tu."

Hazel hanya akur. Rasa terubat juga rindunya. Hehehe.

"Assalamualaikum Adam."sapa Jannah dengan mesra alam. Jelas mukanya gembira.

Ha ni aku tahu. Aku dah dapat hidu dah kalau bagi salam cara macam ni. Mesti ada sesuatu ni.

"Walaikumusalam."balas Adam

"Hai sayang!" Ni sekor lagi.

Qistina mendekati. Hazel dan Jannah dijeling sekilas.

"Hmm."balas Adam malas. Dengar tak dengar je.

"Alah you ni Adam. Dengan i mesti macam ni."rengek Qistina dengan suara yang gedik.

Adam menayangkan muka kosong. Tiada perasaan.

Merah muka Qistina menahan malu dan marah apabila Adam tidak melayannya.

Hazel tersenyum sinis kepada Qistina. Tulah gedik lagi kau pompuan! Kan orang dah tak layan.

"Apa senyum-senyum? Nak penampar aku ke?"

"Sebelum kau yang tampar aku,aku yang akan tampar kau dulu."

"Kau memang sengajakan cari pasal dengan aku Hazel!"

Adam mengurut pelipisnya. Pening kepala dengan perangai Hazel dan Qistina yang asyik bergaduh je kerja.

"Jannah. Jom."Adam mengajak Jannah yang terpinga-pinga disitu.

"What! Kenapa you ajak minah ni?! Apa ni?!"jerit Qistina lantang. Satu dewan makan dengar. Siap sepak baldi sampai habis tumpah air lagi.

"Woi! Kau pehal?!"marah Luqman.

"Aduh minah ni buat hal lagi. Menyusahkan!"kata Lutfan.

"Aku rasa perempuan ni memang nak kena ni."kata Mikael pula.

Maka bermulalah perang mulut antara mereka. Perang mulut je sebab diaorang tak pukul perempuan. Diaorang tak dayus.

Hazel hanya memandang Adam dan Jannah yang sedang mengelap meja bersama-sama.

Bersama-sama?

Sakit dihati hanya Tuhan yang tahu. Siapa je tak sakit hati bila crush bermesra dengan orang lain?




Thank you for support!
😋
Jangan lupa vote dan komen!

IAN ADAM HAYDEN [•C•]Where stories live. Discover now