"Hazel! Buka pintu ni sayang." pujuk Dato Amrul.Puas diketuk pintu itu tapi Hazel tetap tidak mahu membukanya.Hazel telah menukar password pintu biliknya. Pening kepala Dato Amrul dan Puan Iman dibuatnya.
Sudah dua minggu kejadian itu berlaku namun Hazel masih tidak mahu bercerita tentang apa yang berlaku.
Hazel memeluk lututnya. Televisyen yang tidak terpasang direnung tanpa perasaan.
Apabila perasaan takut menguasai dirinya,rambut digenggam erat. Kesakitan tidak lagi terasa. Dia betul-betul tidak dapat melupakan apa yang berlaku pada malam itu. Dia trauma.
FLASHBACK.
"Hazel ada orang nak jumpa." kata Elyka perlahan. Tak nak bagi orang lain mendengarnya.
Hazel yang sedang rancak berbual memandang Elyka dengan dahi yang berkerut.
"Siapa?"tanya Hazel.
"Entah tapi dia tunggu kat belakang dewan."
Hazel perhati sahaja Elyka yang seperti takut-takut.
Hazel hanya mengganguk sebagai jawapan.
Aku tak sebodoh itu. Entah-entah ni perangkap.
Hazel cuba membuang jauh-jauh perasaan ingin tahunya.
Hazel terus menuju ke khemahnya. Penat bukan kepalang. Rasa sakit segenap otot. Dia baru saja selesai night walk.
Jam di tangan dikerling. 2 a.m.
Hampir kesemua pelajar berada di tandas. Semuanya mahu mandi. Siapa boleh tidur dengan keadaan yang berpeluh.
Tiba-tiba Hazel teringat perbualannya dengan Elyka tadi.
Siapa yang nak jumpa dia sebenarnya?
Tapi kenapa dia nak jumpa dekat belakang dewan? Tempat tu sunyi.
"Malaslah nak fikir."monolog Hazel sendiri sebelum mencapai tuala yang tersidai di ampaian yang dibuatnya.
Tiba-tiba mulut Hazel ditekup dari arah belakang.
Hazel cuba meronta namun gagal. Tubuhnya diheret masuk ke dalam hutan.
Tubuhnya ditolak kasar ke tanah. Hazel meringis kesakitan.
"Sorry darling."kata lelaki itu sebelum dia bertindak merentap shawl Hazel.
"Apa ni! Tolong!"jerit Hazel sekuat hati.
"Shhhhh..." Lelaki itu meletakkan jari telunjuknya pada bibir Hazel.
"Lepaslah! Kau nak apa!" Hazel menepis tangan lelaki itu kasar.
Baju yang melorot ke bahu di betulkan. Tudung entah hilang ke mana.
"Haish...kau ni jual mahal lah." lelaki itu menampar pipi Hazel. Kuat. Hazel memegang pipinya yang terasa pijar.
Lelaki itu mula mencium leher Hazel rakus. Hazel cuba menolak tapi apalah daya dia sebagai seorang perempuan.
Dia hanya mampu menangis.
Pandangannya serta merta gelap. Dia pasrah.
END FLASHBACK.
***
"Aku rindu Hazel."kata Kaira penuh sayu. Sudah sebulan Hazel tidak datang ke sekolah.
"Aku pun."kata Maira perlahan.
"Kau rasa apa yang jadi pada Hazel sebenarnya?"tanya Iris ingin tahu.
"Manalah aku tahu."jawab Kaira. Sejak daripada peristiwa sebulan yang lalu dia tidak berjumpa langsung.
Bukan dia yang tak nak tapi Hazel yang tak nak jumpa sesiapa.
"Guys...korang perasan tak yang Adam sekarang lain lah."kata Bella apabila melihat Adam dan the gang masuk ke dalam cafe.
"Lain macam mana?"tanya Kaira,Maira, dan Iris serentak.
"Angin dia lainlah sekarang. Dia macam makin dingin. "jawab Bella acah-acah mak cik bawang.
"Aduh...entahlah.Sakit kepala lah aku pikir pasal diaorang ni." Kaira memegang kepalanya. Apa yang dia fikir sekarang adalah keadaan Hazel.
"Hoi."sergah Carl.
"Apa hoi-hoi!?"marah Maira. Dia paling pantang orang hoi kan dia.
"Hazel tak datang jugak ke hari ni?"
Itulah soalan yang ditanya Carl setiap hari.
"Jawapannya tetap sama. Tiada yang berubah."jawab Iris.
Carl mengeluh perlahan.
"Meh aku tanya kau soalan yang sama pulak. Kau kenapa selalu tanya pasal Hazel?"tanya Bella pula.
"Jawapannya tetap sama."balas Carl.
Jawapan yang sama bermaksud 'suka hati akulah'
"Diamlah!Bosan aku dengar korang duk cakap benda yang sama tiap hari."marah Kaira.
Thank you for support!
😋Jangan lupa vote dan komen!
YOU ARE READING
IAN ADAM HAYDEN [•C•]
Adventure"Hanya kerana seutas tasbih, Kita ditemukan." Cinta hadir tanpa diduga, cinta juga hadir tanpa dipinta.Semua yang berlaku atas kehendak-NYA. Pada mulanya,bagi Tengku Ian Adam Hayden,Hazel Medina adalah bala dalam hidupnya.Kerana sikap...