IAH:28

7.8K 392 12
                                    


Pagi Isnin.

Disebabkan terlajak tidur,Hazel lambat masuk kelas. Iris telah mengejutkannya untuk kesekolah tapi dia menyuruh Iris dan yang lain pergi dahulu.

Dan akibatnya dia lambat masuk kelas.

Langkah dilajukan. Sesekali matanya mengerling jam tangan.

'Ya Allah selamatkanlah aku daripada mulut puaka Cikgu Han.' doa Hazel.

Sampai saja dihadapan pintu kelas, Hazel mengetuk pintu perlahan.

Hazel menarik nafas dan hembus. Kakinya perlahan-lahan melangkah masuk ke dalam kelas.

Aik? Mana cikgu Han?

Hazel menarik nafas lega apabila kelibat cikgu Han tiada di dalam kelas.

"Ehem."

Laju Hazel berpaling ke belakang apabila mendengar deheman.

"Kenapa lambat?"

Hazel menggaru hujung keningnya. Tak tahu nak bagi alasan apa.

"Errr....terlajak tidur." Hazel membuat keputusan untuk jujur. Tipu dosa.

"Masa aku bercakap pandang aku. Bukan pandangan lantai."tegur Adam apabila Hazel hanya menundukkan kepalanya.

Hazel terus mengangkat muka apabila mendengar teguran daripada Adam.

"Sorry. Aku betul-betul terlajak tidur."tangan disatukan tanda memohon maaf.

"Bosanlah aku dengar alasan yang sama."kata Adam.

Hazel menggaru kepala. Seingatnya itulah kali pertama dia memberikan alasan sebegitu.

"Habis tu nak bagi alasan yang macam mana?"tanya Hazel dengan muka blur.

"Aku nak dengar alasan yang lain daripada lain."jawab Adam. Kedua belah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.

"Sakit perut?"

Adam menggeleng. Jawapan ditolak.

"Pening kepala?"

Adam menggeleng lagi.

"Stoking hilang? Tudung tak jadi? Pin tudung hilang? Buku hilang?" Hazel cuba mencipta alasan. Tangan diletakkan di dagu. Apa lagi eh? Semua tu pernah berlaku padanya.

"Bosan." Adam memeluk tubuh.

"Eh kalau aku bagi alasan lain kiranya aku menipu lah? Aku tak nak buat dosa pagi-pagi ni." Hazel berkata pada dirinya.

"Tak kira. Aku nak alasan yang paling menarik."

Hazel mendapat idea. Senyuman sinis ditayangkan.

"Adam....kau tahu tak kenapa aku bangun lewat? Aku bangun lewat sebab aku mimpikan kau. Aku mimpi kau naik pelamin dengan aku. Aumm...so sweet."kata Hazel sambil membuat suara yang menggoda.

Ish kau ni Hazel kata dah insaf. Dah insaf tapi perangainya yang satu ni susah untuk diubah.

Telinga Adam automatik bertukar menjadi merah. Malu.

"Mengarutlah kau ni. Dah pergi duduk tempat kau." Adam cuba mengawal riak wajahnya.

"Thanks!"ucap Hazel.

Wah tak sangka alasan bodohnya menjadi. Dia memang mimpi pasal Adam tapi tak lah sampai mimpi naik pelamin.

"Wah Hazel.Mimpi naik pelamin? Seronok naik pelamin dengan Adam?"perli Kaira.

"Eh korang dengar ke?"tanya Hazel cemas. Mampos aku.

"Satu kelas dengar sayang."jawab Bella.

Hazel menepuk dahinya. Kelas sunyi mestilah dengar. Patutlah classmate nya pandang semacam je.

IAN ADAM HAYDEN [•C•]Where stories live. Discover now