"Eh Haz nak pergi mana?"tanya Dato Amrul sebaik saja Hazel turun ke bawah.
"Hazel lupa nak bagitahu.Hazel nak keluar dengan Kaira,Maira, Iris dan Bella.Nak pergi mall je." terang Hazel.Semua nama dia sebut.Biar details sikit.
"Jangan balik lambat sangat. Make sure sebelum dinner dah ada kat rumah."kata Dato Amrul mendatar.
"Okay daddy!"seraya berkata Hazel menyalami tangan tua Daddynya.
"Adam?"tanya Hazel dengan riak terkejut.Apa dia buat kat depan rumah aku ni?
Hazel mendekati Adam yang sedang bersandar pada pintu kereta.
"Apa kau buat kat sini? Tak cakap pun nak datang. Aku nak keluar ni."tanya Hazel.Sempat dia menjenguk ke dalam kereta. Adam datang bersama Ray.
"Hai mama!"Ray terus memeluk kaki Hazel.
"Dia rindu kau. Tu yang aku bawak dia datang jumpa kau. Saja nak buat surprise. Sebab tu aku tak call."terang Adam.
"Tapi aku nak keluar dengan kawan-kawan aku ni.Dah janji dengan diorang nak jumpa dekat mall."tubuh kecil Ray didukung.
Sempat Ray menghadiahkan ciuman di pipi gebu Hazel.
"Alah...mama Hazel janganlah keluar.Ray datang nak main dengan mama Hazel."kata Ray dengan pelatnya.
"Tak boleh sayang...errr...mama Hazel dah janji dengan kawan-kawan mama Hazel."rasa kekok apabila membahaskan dirinya sebagai mama. Muda-muda dah ada anak kau Hazel.
Ray memuncungkan mulutnya tanda merajuk.Aduh kenapa comel sangat!
"Habis tu macam mana ni Adam?"tanya Hazel buntu. Dah dia sudah lewat ni.
"Aku join kau."jawab Adam.
"Nanti kau tak boring ke? Kitaorang semua perempuan. Nanti kau sorang je lelaki."
"Kalau macam tu aku call lah kawan-kawan aku. Suruh diaorang join sekali."Adam terus mengeluarkan telefonnya. Nombor rakan-rakannya didail.
Hazel hanya bersetuju.Tapi mungkin dia akan dimarahi kawan-kawannya.Lantaklah!
"Yeah! Kita nak pergi mana?" tanya Ray dengan muka yang gembira.
"Rahsia."jawab Hazel sebelum menghadiahkan cium pada pipi gebu Ray.
***
"Kau dengan Adam macam mana?Dia romantik tak?"tanya Kaira dengan muka gatal.
"Sejujurnya dia bukan seorang yang romantik.Dia pun ada cakap haritu.Tapi dia tak pernah abaikan aku.Walaupun dia tak secaring boyfriend orang lain di luar sana tu tapi aku suka cara dia.Tak merimaskan.Dia bukan jenis yang nak attention 24 jam." terang Hazel dengan senyuman tak lekang di bibir.Adam yang sedang berbual dengan rakan-rakannya dipandang.
Mereka terpaksa duduk meja berasingan.Takut bergaduh.Tadi masa jumpa dekat depan Cafe ni pun dah bergaduh.Buat malu je.
"Waduh.Bahagialah kau."usik Bella.
"Kau pernah jumpa Adam dekat masjid tu kan?Takkan kau tak cam Adam tu orang yang kau cari selamani? Dan Adam pun takkan tak cam kau?"tanya Maira pula.Sudah lama dia ingin bertanya soalan ini kepada Hazel.
"Benda lama.Masa tu aku baru nak naik sekolah menengah. Masa mula-mula tengok Adam, aku ada syak yang Adam lah lelaki yang aku jumpa dekat masjid tu tapi sebab dia selalu denda dan kantoikan kerja jahat kita so aku lupakan semua tu. Aku banyak berubah. Pakaian Aku berubah,cara aku berubah.Sebab tu Adam tak cam aku kut."terang Hazel panjang lebar.
Yang lain hanya menge'oh'kan sahaja.
"Mama nak kencing."
Hazel memandang Ray yang duduk disisinya.Kepala yang tak gatal digaru.
Tanpa berkata apa,Hazel terus mendukung tubuh kecil Ray menuju ke Adam.
"Adam."panggil Hazel.
Adam mengangkat mukanya. Muka yang berkerut dipandang.
"Ray nak kencing.Bawaklah dia pergi tandas."kata Hazel sedikit berbisik
Adam mengeluh perlahan.
Tubuh Ray sudah bertukar tangan.
Hazel kembali ke tempatnya.
"Aku tengok korang ni dah macam laki bini jaga anak. So sweet."usik Iris.
"Siapa budak tu sebenarnya?Budak tu tak ada mak ke? Kenapa dia panggil kau mama?" tanya Bella dengan pandangan curiga.
Hazel yang faham dengan pandangan Bella itu menjeling tajam.
"Ray tu anak buah Adam lah. Anak kepada abang angkat Adam.Dia baru je balik Malaysia. Sebelum ni dia menetap di luar negara. Tu yang dia cakap macam bunyi slang mat salleh.Ayah dia tak bagi dia speaking.Ayah dia tengah usaha nak ajar dia cakap melayu sekarang ni.Sebenarnya mak dia pula dah meninggal.3 tahun lalu."cerita Hazel panjang lebar.
"Kesiannya dia.Nasib kau ada kan Hazel."kata Kaira dengan muka sedih.
"Tulah.Nasib muka aku macam muka mak dia."
Yang lain hanya mengangguk. Tahu sedih rupanya diaorang ni.Keadaan menjadi sunyi seketika.
"Eh korang..kita kan dah nak habis SPM.Apa plan korang lepas ni? Korang nak sambung belajar dekat mana?"tanya Iris tiba-tiba.
"Entah."jawab Bella.
"Bergantung pada result kut." jawab Maira.
"Dalam Malaysia je."jawab Kaira pula.
Hazel hanya diam.
Tak ada masa depan betullah diaorang ni.
"Hazel? Kau tak nak sambung belajar ke? Ouh lupa...kau kan nak kahwin dengan Adam so kau tak payah belajar sebab mesti dia mampu nak tanggung kau."kata-kata Iris disambut dengan gelakkan daripada Kaira,Maira dan Bella.
"Amboi.Kau ingat aku tak ada ambition? Aku pun ada impian lah. And belum tentu yang Adam tu jodoh aku. Tak bolehlah nak berharap sangat."marah Hazel.
"Ala....rilex ah sis.Aku gurau je."
Tahu takut kau Iris.Ingat aku tak ada masa depan ke?
"Ehem...boleh aku pinjam Maira kejap."
Hazel, Kaira, Maira, Iris dan Bella memandang kearah Luqman.
"Boleh.Boleh sangat.Ambiklah. Tak payah hantar balik pun tak apa."kata Kaira sambil menjeling Maira.
Dapat saja keizinan,Luqman terus menarik lengan Maira agar mengikutinya.
"Woi! Sedap kau je bagi kawan kita dengan si Luqman tu." Iris menepuk kepala Kaira.
"Auch.Ala biarlah.Mana tahu Luqman nak lamar si Maira tu ke. Kita kenalah bagi ruang sikit. Kaira cuba untuk membela dirinya.
Yang lain diam.Ada betulnya juga apa yang dikatakan oleh Kaira tu. Diaorang berdua tu pun nampak macam suka sama suka je."
Thank you for support!
😋
Jangan lupa vote dan komen!
YOU ARE READING
IAN ADAM HAYDEN [•C•]
Aventura"Hanya kerana seutas tasbih, Kita ditemukan." Cinta hadir tanpa diduga, cinta juga hadir tanpa dipinta.Semua yang berlaku atas kehendak-NYA. Pada mulanya,bagi Tengku Ian Adam Hayden,Hazel Medina adalah bala dalam hidupnya.Kerana sikap...