-TIGA-

48 4 0
                                    

"Nama saya Damia binti Ali. Boleh panggil Mia. Kelas 1 Anggerik." gugupnya aku rasa. Bergetar tangan kaki semua.

Aku dapat rasakan semua orang pandang aku. Memang mereka tengah pandang pun. "OK, selamat datang Mia!" ini kakak bilik aku, ketua bilik sebab dia senior, Tingkatan Lima. Nama, Kak Iman. Nampak baik...

Kat mana aku sekarang? Aku dah masuk sekolah menengah dan aku masuk asrama. Mak memang gembira sangat bila aku masuk asrama, macam lain je...

Sekarang ni kami sedang buat sesi berkenalan atau yang aku dengar orang cakap, ice breaking. Aku pun tak faham kenapa ais...

"OK adik-adik. Kalau ada apa-apa masalah kat sini, tanya je kami akak-akak ni. Jangan risau kami tak buli. Tapi kalau ada sesiapa, tak kisahlah form berapa pun, yang buli adik-adik, boleh bagi tahu akak ye. Faham?" Kak Iman memberikan kesimpulan sebelum kami bersurai.

Aku rasa agak takut bila duduk ramai-ramai ni. Bilik kami ada 10 orang. Campur pula semua umur. Wah, aku tak sangka macam ni rasa bila duduk asrama.

Aku mengemas locker aku yang nampak macam kurang tersusun. Nasib tak banyak sangat barang aku bawa. Mak cakap kalau mula-mula memang tak biasa, lama-lama nanti dah boleh berdikari. Bila teringat balik waktu mak dan nenek hantar tadi...




Aku memimpin nenek menaiki tangga. Nasib baiklah bilik aku tingkat kedua. Tak lah tinggi sangat. "Mia nanti setiap harilah naik tangga. Makin kurus cucu nenek ni nanti." sempat lagi nenek kenakan aku. Aku tersengih je.

Mak pula dah awal-awal dah sampai. Beg semua dah bawa naik. "Mia pilih katil dan locker. Nak katil mana? Atas ke bawah?" aku memandang keadaan bilik. Ada lima katil double-decker dan 12 locker.

Aku rasa nak katil atas, tapi nanti kena naik tangga lagi. "Eh, ada katil atas je tinggal ni. Yang bawah semua orang dah pilih." bila mak cakap baru aku perasan.

Kalau macam tu aku takde pilihan lah. "Mia ambil yang hujung ni." aku meletakkan beg di atas katil. Aku pun memilih locker yang berdekatan katil.

Agaknya macam mana lah ahli bilik aku yang lain ye...

"Ada apa-apa lagi ke? Mia nak makan apa, kita pergi kantin beli makanan nak?" mak sudah berdiri, bersiap sedia untuk pergi.

Aku hanya ikut. Tak lama lagi masa untuk aku berpisah dengan mak dan nenek. Aku rasa agak excited tapi takut juga.

Kami sampai di kantin. Kantin sekolah ni luas dan kemas, tak macam kantin sekolah rendah aku. Makanan yang dijual pun macam dekat kedai makan. Ni kantin ke kedai makan...?

Aku membeli sepinggan nasi lemak ayam. Sarapan tadi pun aku makan roti je.

Ramai ibu bapa kat sini. Kalau hari sekolah nanti mesti ramai pelajar pula. "Macam mana Mia? Suka tak?" nenek dari tadi melihat aku makan. Aku mengangguk je, nak sengih nanti jatuh makanan dari dalam mulut ni.

Boleh lah, itu apa yang aku rasa. Mula-mula lagi kan. Aku harap aku dapat ramai kawan nanti.

Oh ya, Yana tak sama sekolah dengan aku. Dia masuk sekolah sukan sebab dia memang atlet sekolah pun. Lagipun mak dia cakap akademik dia kurang. Jadi kami berpisah lah.

"Mia dah siap, nak letak pinggan jap." aku bangun untuk letak pinggan kotor dan basuh tangan. Masa berlalu dan tak lama lagi...

Kenapa aku takut sangat ni? Aku kena belajar hidup macam ni. Ya aku boleh! Kena positif...

"Ada sabun tak kat situ?" oh ada orang tegur. Aku memandang si pemanggil di sebelah. Seorang budak perempuan. Aku menghulurkan dia sabun di sebelah aku.

"Thanks." aku mengangguk membalas ucapan dia. Mungkin aku boleh berkawan dengan dia. Tu pun kalau dia sama umur dengan aku.




Aku memandang sekeliling. Semua orang sibuk mengemas. Ada yang masuk keluar bilik. Semua nak bersiap untuk tidur.

Tadi kami yang Form 1 ni ada perjumpaan. Apa tah yang senior cakap pasal minggu orientasi tu. Aku pun tak faham sangat apa yang berlaku. Ikut jelah.

"Semua sebelum tidur, kita baca al-Mulk dulu ya. Haa mari sini kumpul." Kak Iman memanggil kami semua yang masih sibuk mengemas locker. Ada yang dah baring atas katil dah. Yang pasti semuanya Form 1.

Aku duduk di sebelah kakak-kakak lain. Kami duduk dalam bulatan kecil. "Yang last masuk tutup pintu ya."

Oh macam ni ke baca al-Mulk kat sini. Kami baca sama-sama, serentak. Ramai kat sini dah hafal surah ni. Aku dah hafal waktu kat rumah, nenek suruh baca setiap malam sebelum tidur.

Jadi kat sini pun sama. Aku rasa tenang bila baca al-Mulk sama-sama macam ni. Best.

"Alhamdulillah, dah selesai. OK sekarang boleh lah semua masuk tidur ya. Tapi sebelum tu ada beberapa perkara akak nak cakap." Kak Iman memandang kami semua terutama yang baru ni.

"Kita kena light off pukul 11.30 malam ye. Light off ni maksudnya kena tutup semua lampu bilik. Bagi sesiapa yang nak study boleh pergi ke bilik study dekat aras. Lepas tu, sesiapa yang last masuk, pastikan pintu ditutup dan dikunci ya. Ni semua peraturan dan kalau ada yang langgar, kena denda satu bilik. Faham?" jadi itulah antara peraturan yang biasa budak-budak langgar...

Aku dengar banyak cerita pasal asrama ni. Tulah antara sebab kenapa aku ragu-ragu nak masuk asrama. Tapi mak kata tak semestinya semua tu betul.

Selepas kata-kata dari Kak Iman tadi, aku terus keluar ke tandas. Asrama kami tertutup, jadi senang nak keluar masuk tanpa perlu pakai tudung.

"Wei, berapa orang adik baru kita?" aku terdengar perbualan orang lain dalam tandas. Macam mana tak terdengar kalau dia cakap kuat...

"Kau ni tidur ke apa? Tiga lah." kawan si yang bertanya menjawab. Aku cepat-cepat membasuh tangan di sinki. Malas nak dengar apa-apa dah. Aku terus keluar dari tandas dan masuk ke bilik.

Sebelum naik katil, aku tutup pintu locker. Tak nak ada orang curi-curi tengok pula nanti. Aku panjat tangga yang ada dan naik ke atas katil dengan jayanya. Tak lah susah mana.

"Hai, awak Mia kan?" baru aku nak baring, ada orang tegur. Orang sebelah katil aku. "Ya..." tu je aku jawab, tak tahu apa lagi nak cakap.

"Nama akak Laila. Mesti awak tak ingat sebab ramai sangat ahli bilik ni kan?" Kak Laila tergelak. Aku hanya tersengih sambil mengangguk. Betul la tu, aku ingat Kak Iman je.

"Kalau ada apa-apa masalah tanya jelah kami akak-akak ni. Kalau awak malu, tanya akak je pun boleh. Awak nampak diam. Hehe." Kak Laila berkata lagi.

Tengok, aku dah tahu dah apa yang orang anggap pasal aku. Ya aku memang diam.

Aku hanya mengangguk lagi. Ah, susah lah, tak tahu nak jawab apa lagi.

"OK awak tidur lah. Esok kita borak lagi ya? Goodnight." akhirnya apa yang aku tunggu. Awkward sangat tadi, aku tak suka. "Goodnight..." sekurangnya aku balas dengan perkataan.

Esok hari pertama. Macam mana agaknya aku akan jumpa budak kelas aku ya? Harap-harap mereka baik...

BUTATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang