"Jadi untuk kerja sekolah hari ni, buat muka surat 23 dan 24. Salin soalan kemudian jawab, OK?" Cikgu Ana memberikan kerja sebelum kelas tamat. Ketua kelas berdiri diikuti murid-murid lain. "Terima kasih Cikgu Ana!"
Aku duduk semula dan membuka buku untuk menyiapkan kerja sekolah tadi. Lagi cepat siap, lagi bagus.
"Mia, apa kau buat ni?" Yana menghampiri aku. Aku tak memandang Yana, "Kerja sekolah tadi lah." aku terus menulis.
Beberapa minit berlalu... Aku mengangkat kepala. Yana masih ada di sebelah. Merenung pintu kelas. Aku pun terus palingkan muka ke pintu kelas. Apa yang menarik?
"Haa, pandang pun akhirnya! Dah jom pergi rehat. Kau mesti dah separuh siap tu." Yana menarik tangan aku. Aku terpaksa ikut berdiri dan berjalan dengan Yana.
Aku tak nak rehat sebenarnya. Tapi tak sampai hati nak cakap kat Yana. Kalau aku cakap, dia akan kata 'Kalau macam tu aku pun tak rehat lah'. Aku tak tahu kenapa dia sanggup buat macam tu.
"Kau tak nak rehat kan sebenarnya." Yana tiba-tiba berhenti. Aku pun ikut berhenti sekali.
"Tak lah, jom lah pergi. Nanti habis waktu rehat." aku pula menarik tangan Yana. Kami berjalan ke kantin bersama.
"Kau pergi beratur dulu. Aku cari tempat." aku memberitahu Yana. Yana mengangguk dan pergi beratur. Aku pandang ke kiri, ke kanan, mencari tempat kosong untuk dua orang.
Aku duduk di hujung meja, tempat tu je kosong. Aku tak bercadang nak beli makanan. Nak simpan duit. Nenek pun dah jarang buatkan aku bekal.
Aku memandang Yana yang sedang mencari aku. Ini kelemahan aku, aku tak kan angkat tangan dan melambai sambil cakap 'Sini! Sini!' sebab... aku tak kan buat. Jadi Yana terpaksa mencari aku.
Nasib baik Yana sempat nampak aku yang sedang merenung dia. "Lain kali ingatkan aku, jangan bagi kau cari tempat." Yana berkata sebelum duduk. Aku hanya tersengih. Kesian Yana, banyak kali kena macam ni.
"Dah, kau pula pergi beli makanan. Barisan dah pendek tu." Yana membaca doa sebelum menjamu selera. Aku duduk diam sambil memandangnya, tak bergerak.
Yana memandang aku sebelum mengeluh. Dia tahu dah aku akan tak beli makanan. Yana pun menghulurkan pinggan berisi mi gorengnya kepada aku. Aku menggeleng.
"Kau ni, memang tak nak rehat kan..." Yana sambung makan tanpa hiraukan aku. Aku tak cakap apa-apa. Yana memang kenal aku.
Selesai makan, kami berdua kembali ke kelas. Aku mengambil tempat duduk dan sambung kerja. Itu jelah kerja aku kalau ada masa lagi.
Tahun ni, aku dan Yana tak duduk sebelah-sebelah. Tapi kami duduk berkumpulan, enam orang satu kumpulan. Abad ke-21 kan...
Semua ahli kumpulan aku OK je. Sejak aku berkawan dengan Yana, ada orang nak tegur aku. Yana pun dah ajar cara nak balas teguran orang. Aku banyak belajar dari dia pasal kawan ni.
"Bangun, selamat pagi Cikgu Adam!"
-
Aku mengemas beg, masukkan buku-buku ke dalam beg. Aku akan pastikan meja aku kemas dan barang disimpan. Aku tak kan biarkan buku teks bawah meja, tahu sangat perangai budak sekolah ni, ambil buku orang sesuka hati.
Aku berjalan mencari Yana. Hmm, biasanya dia yang awal-awal cari aku. Mungkin tengah kemas barang. Aku berjalan ke arah mejanya.
Yana sedang berbual dengan salah seorang budak kelas kami, Rania. Rania satu kumpulan dengan Yana.
"Eh, Mia. Jap ye, aku nak cakap dengan Rania." Yana berpaling ke arah aku, kemudian kembali berbual dengan Rania. Aku menunggu di tepi meja Yana.
"Jumpa esok, Rania. Bye." Yana melambai Rania sebelum pusing ke arah aku. "Sorry sebab lama tunggu." Yana menarik tangan aku dan keluar kelas bersama.
"Kelas mengaji kita hari apa ye?" Yana bertanya. Aku cuba ingat semula jadual kelas yang kami baru dapat tadi.
"Macam biasa, Rabu." aku menjawab. "Nak pergi library tak hari Jumaat nanti?" Yana bertanya lagi. Dia memang tak boleh suasana senyap je. Aku pula suka senyap.
"Nanti aku tanya mak aku dulu. Tapi nanti nak pergi naik apa?" aku suka pergi library, lagi-lagi yang awam punya. Tapi mak aku biasanya tak bagi pergi kalau tak penting. Dia takut aku pergi menggatal jumpa budak lelaki. Padahal tak pernah seumur hidup aku buat macam tu. "Mama aku hantar." Yana menjawab.
Akhirnya kami berjalan tanpa apa-apa perbualan sehingga kami berpisah untuk pulang.
Aku pergi ke arah kereta mak. Mak dah ada dalam kereta. "Mak tak kerja lama sikit hari ni?" biasanya mak kerja lebih masa.
Mak hanya menggeleng. Aku masuk ke dalam kereta dan menutup pintu. Kereta kami berjalan menyusuri jalan untuk ke rumah.
Aku mula berfikir sama ada nak tanya mak sekarang atau tak. Kalau tak tanya, takut aku tak tanya pun akhirnya.
"Mak, Yana ajak Mia pergi library hari Jumaat ni. Mak dia hantarkan. Boleh tak Mia pergi?" akhirnya aku tanya pun. Susah tau, kena fikir banyak kali.
"OK, nanti ingatkan mak semula." mak menjawab macam tu je. Wah, kali ni tak disiasat macam biasa. Aku mengangguk. 'Terima kasih mak!' tapi dalam hati je.
Kami sampai rumah kemudiannya. Aku keluar dari kereta lalu berlari masuk rumah.
"Assalamualaikum, nenek!" aku menyalam nenek yang sedang duduk berehat di kerusi malasnya. Nenek memeluk aku. Boleh kata, aku ni memang cucu nenek.
"Banyak kerja ke hari ni?" nenek menanya aku. Aku menggeleng sebab memang tak banyak pun. "Matematik je, tu pun sikit lagi." aku menjawab.
Selepas berbual sikit dengan nenek, aku terus ke bilik.
-
"Yeah, akhirnya siap!" aku meregangkan badan yang lenguh. Dah sejam aku duduk je kat meja belajar ni. Dah siap kerja ni dan baca buku sikit, tak tahu lah pula nak buat apa.
Aku mengambil buku di rak. Ni buku yang Yana bagi waktu birthday aku tahun lepas. Tapi aku tak baca-baca sampai sekarang sebab buku ni cerita tentang sekolah menengah. Aku malas nak baca lagi.
"Agaknya bila sekolah menengah nanti, mak hantar aku kat asrama ke?" soalan yang selalu aku ulang. Aku tak tahu kalau aku boleh duduk asrama ke tak. Nanti nenek rindu aku.
Aku bercadang untuk ke ruang tamu sekejap. "Nenek..." aku menegur nenek yang masih duduk di kerusi malasnya. "Ya Mia. Kenapa?"
Aku tersengih-sengih sebelum duduk di depan nenek. "Tahun depan, Mia kena masuk asrama ke?"
Nenek tersenyum sambil mengusap kepala aku. "Mia nak ke masuk asrama? Boleh belajar berdikari." aku ingatkan jawapan nenek berlawanan dengan tu.
"Mia tak kisah. Tapi nanti Mia rindu nenek dan mak. Dan mesti nenek rindu Mia nanti." spontan aku memeluk nenek. Manja betul!
Nenek mengusap aku lembut. Macam ni lagi buat aku nak nangis. "Nanti bila Mia dah habis sekolah, nak sambung kolej atau kerja, Mia kena pergi jauh juga kan. Jadi Mia boleh belajar dari sekarang. Kalau pasal rindu tu, mula-mula memang lah. Biasalah tu Mia, tu namanya kehidupan."
Akhirnya aku mengalirkan air mata juga. Huhu, nenek... "Hmm OK, Mia cuba." sempat aku mengusap air mata sebelum nenek nampak. Kalau tu apa yang nenek cakap, aku ikut je.
"Tapi kena bincang dengan mak juga tau. Mak yang banyak tanggung Mia nanti." bila nenek cakap baru aku sedar. Agaknya mak bagi tak?

ANDA SEDANG MEMBACA
BUTA
EspiritualIslam Memang Islam ni satu agama seperti adanya agama-agama lain. Tetapi Islam tidak sesekali boleh disamakan dengan agama-agama lain. Memang ada syariat Islam yang kelihatan sama dengan cara pelaksanaan agama-agama lain. Tetapi tujuan pelaksanaan s...