-DUA LIMA-

43 4 0
                                    

Yana mengeluh. "Aku mula tahu yang aku bisexual sejak aku suka sorang kawan perempuan aku kat sekolah sukan. Tapi dalam masa sama, aku suka sorang lelaki ni."

Aku sendiri tak sangka yang tu boleh berlaku. Boleh ke?

"Kes nya, lelaki yang aku suka tu dah ada GF. Jadi aku cuba lepak dengan GF dia sebab nak pisahkan mereka. Tapi, aku pula suka dia." Yana nampak yang kami semua masih tak faham macam mana boleh berlaku semua tu.

"Dah suka, nak buat apa?! Ya, aku sokong LGBT tu!" Yana mengamuk. Mungkin dia sendiri tak nak terjebak dengan semua ni. Aku rasa kesian...

"Aku pula lain. Aku memang tak suka mana-mana lelaki. Membesar sebagai satu-satunya anak perempuan dalam family. Semua abang dan adik aku tak layan aku macam perempuan. Mak aku pun tak kisah." tanpa disuruh, Intan terus bercerita.

"Sebenarnya, aku dibuang sekolah waktu form 3 sebab satu kes. Aku mula ada sorang kawan perempuan. Jadi aku gambira sebab boleh belajar nak jadi perempuan sebenar. Aku letih orang panggil aku tomboy dan aku tak suka pun jadi macam tu." Intan mula tundukkan kepala.

"Tapi... aku dapat tahu dia suka aku! Dia yang tak normal mula-mula. Satu malam, aku pergi tandas, lewat malam. Dan dia... dia confess kat aku. Aku tak tahu nak buat apa, sama macam Mia sekarang..." Intan pandang aku sambil tersenyum kelat.

"Dia ugut, kalau aku cakap kat orang lain, dia... buat sesuatu." aku sendiri menggeletar dengar. Takutnya!

"Tapi satu hari lain, dia naik atas katil aku waktu aku tidur. Aku terbangun sebab dia..." Intan menutup muka. Aku dengar, dia menangis. Dia sendiri tak minta semua tu berlaku.

"Maaf, aku tak boleh cerita dah. Aku malu sangat. Tapi aku kena cerita kan? Jadi, aku menjerit, dan ada orang perasan. Aku takut waktu tu. Perempuan tak guna tu pun tak tahu nak buat apa. Kami terus dibawa ke bilik kaunseling, bilik disiplin dan paling teruk, bilik ustaz. Hanya Tuhan yang tahu betapa malunya aku." aku nak pujuk Intan. Tapi aku sendiri takut dengan dia.

"Dan aku diam, tak cakap yang aku mangsa. Tapi aku cakap... aku memang suka dia. Sebab... aku baru sedar waktu tu, aku suka dia juga. Aku malu dengan diri aku yang boleh suka perempuan. Tapi aku tak boleh dah buang perasaan tu." aku tak tahu yang Intan lalui semua ni...

"Aku janji nak buang perasaan suka perempuan tu. Tapi bila masuk sekolah Mia, aku nampak dia seorang yang baik. Aku adore dia. Dan aku tak perasan... suka dia pula. Iffah... kau tahu apa yang jadi. Maaf sebab buat kau macam tu. Semua salah aku, kau dan Mia berjauhan dulu disebabkan aku."

OK, yang ni aku tak faham. Iffah tahu, tapi dia tak bagi tahu aku?

Aku pandang Iffah. Aku nak penjelasan!

Iffah pandang aku dengan pandangan sedih. "Ada sebab kenapa aku jauhkan diri dari kau dulu. Aku... aku nampak Intan cuba nak... kau dekat sini..." aku terus tutup mulut aku, walaupun Iffah tunjuk mulut dia. Memang aku tak pandang Intan langsung.

Aku rasa marah! Sanggup dia buat macam tu? Aku ingatkan dia sahabat aku dulu... Dia yang banyak tolong aku waktu Iffah tiba-tiba jauhkan diri... tapi rupanya semua tu hanya salah faham. Intan bukan sahabat aku! Dia cuba rosakkan aku!

"Waktu kau tidur dalam kelas tu. Dia perasan aku nak masuk kelas dan tak jadi buat. Dan dia ugut aku, kalau aku bagi tahu kau, dia buat lagi teruk dekat kau. Aku tak sanggup, jadi aku jauhkan diri supaya aku tak tercakap. Maaf... Mia... Aku penakut." Iffah pula yang menangis.

Aku yang dengar semua ni, masih tak dapat hadam semua. Aku tak percaya, tak sangka semua ni terjadi. Dan aku tak perasan langsung waktu tu!

"Tapi aku tak sanggup buat tu dekat Mia. Maafkan aku juga... Iffah... dan Mia. Harap kita tak berjumpa dah." Intan terus bangun dan keluar. Takde siapa halang dia.

Yana dari tadi mendengar. Dia tak cakap apa-apa.

Biasanya dia yang bercakap. Tapi hari ni, kali ni, dia diam sediam nya.

Tipulah kalau cakap yang aku takde apa nak dicakapkan. Aku ada banyak soalan, tapi suara aku langsung tak keluar. Aku tak boleh buat apa.

"Aku tahu kau dah benci aku, Mia. Aku tak marah dan aku faham. Bukan senang kau nak terima semua ni. Aku sendiri tak boleh terima diri aku. Aku nak berubah..." sebak aku dengar Yana cakap macam tu. Masih ada kesedaran dalam diri dia.

"Kau tahu kan, yang haram tetap haram. Kau tak boleh buat ia jadi halal..." tu je aku mampu cakap. Aku langsung tak pandang Yana.

Yana mengangguk. "Tapi aku tetap nak jadi kawan kau, Mia. Aku janji, kita kawan macam dulu. Perasaan sayang aku pada kau tak lebih dari kawan baik." Yana tersenyum. Ada sinar harapan dalam kata-kata dia.

"Maaf Yana. Buat masa terdekat ni, kau kena jauhkan diri dari Mia. Aku tahu bukan senang nak buang perasaan kau pada Mia tu. Jadi aku sarankan kau ambil rawatan yang sesuai. Sekarang ni ada orang yang boleh bantu orang macam kau." Iffah jawabkan untuk aku.

Jujurnya aku sendiri tak pasti apa nak cakap pada Yana. Iffah memang banyak tolong aku.

Yana mengangguk lagi. Aku tak mampu tengok. Lepas tengok Intan keluar tadi, aku rasa bersalah sangat.

Semua disebabkan aku.

"Thanks for everything. Aku pergi dulu." Yana pula bangun dari kerusi. Tengok dia macam ni, buat aku sebak sangat.

"Iffah, jaga Mia. Tolong jangan bagi dia terjebak dengan semua ni. Ramai perempuan mungkin ada girl's crush pada dia." Yana pesan pada Iffah sebelum pergi. Iffah mengangguk faham.

Aku pasti akan rindukan Intan dan Yana buat masa ni.

"Dan Mia... I'm sorry... Sorry to say this but, I love you..." Yana terus berpaling. Aku nampak dia mengesat muka dengan lengan baju.

Kau buat aku rasa sangat bersalah. Ya, kau dan Intan.

Akhirnya tinggal aku dan Iffah. Aku masih diam je. Tak banyak aku cakap tadi. Aku tak sempat minta maaf pun!

Aku tak sedar bila aku menangis. Tapi air mata ni tak nak berhenti. Memang semua ni salah aku kan?

"Mia, kita dah selesai. Jangan nangis dah." Iffah memujuk aku. Aku tak sangka aku masih ada seseorang, selepas dua orang kawan aku pergi.

"Ni semua sebab aku kan? Salah aku kan? Kalau aku..." Iffah menekup mulut aku.

"Jangan cakap 'kalau' untuk semua ni. Bukan salah kau pun, tu perasaan mereka! Kau bukan boleh kawal pun. Jadi cuba fikir positif ya." betul apa yang Iffah cakap tu. Aku kena terima semua ni, jangan merungut.

-

Aku dan Iffah dalam perjalanan ke rumah dia. Dia cakap aku boleh tumpang sekejap sebab aku perlukan seseorang untuk bertenang sekarang.

Aku cakap dah aku ada roommate. Tapi Iffah nak juga aku datang rumah dia. Aku ikut jelah.

"Apa aku kena buat sekarang?" aku masih tak tahu nak buat apa, pergi mana. Aku baru tahun pertama kat uni. Dan aku tak nak mak dan nenek tahu masalah aku.

"Paling penting sekarang, kembali pada Allah. Kau ni mudah kesiankan orang. Jadi kau mungkin sangat mudah terpengaruh dengan masalah Yana dan Intan. Jangan bagi sesiapa macam tu dekati kau dah. Cuba kuatkan iman, tau Mia?" Iffah menepuk perlahan bahu aku.

Aku tersenyum. "OK, tapi kau kena janji untuk tolong aku." aku memang harapkan Iffah je sekarang ni.

Iffah tergelak. "Kau pun, janji tolong aku dan jadi kawan aku selamanya ya? Aku tahu aku dah cacat dan..." aku pula menekup mulut Iffah.

"Kita kawan selamanya. Sahabat syurga. Dan kita saling menolong dalam kebaikan, OK?" aku tersengih. Iffah tetap kawan aku, tak kira macam mana keadaan dia.

Iffah mengangguk.

-Jangan mudah terpengaruh dengan benda negatif. Carilah kawan dan sahabat yang boleh bantu kita ke arah kebaikan.-

TAMAT

BUTATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang