-SATU SATU-

32 4 0
                                    

Aku bersyukur sangat sebab Iffah tak cakap apa-apa pasal hari tu. Hari tu, pada waktu rehat, Iffah dah cakap semula dengan aku.

Tapi dia langsung tak sentuh bab memalukan aku tu. Dia cuma nak tahu kenapa aku pelik sangat sebelum tu.

Dan aku bersyukur sebab bagi tahu Iffah, bukan Aimi. Kalau tak, aku rasa dah kecoh satu kelas dengan rahsia terbesar aku tu. Lagi teruk satu sekolah!

Aku tak nak semua tu berlaku. Iffah pun dah kunci mulut pasal benda tu. Aku selamat.

Setakat ni.

"Mia! Kau buat apa lepas rehat nanti?" Aimi dengan riangnya tegur aku.

Sejak aku tanya soalan yang tak sepatutnya kat dia hari tu, tiba-tiba kami jadi 'rapat'. Aku tak kisah kalau dia nak kawan aku, tapi cara dia salah.

Aku pun tak kisah kalau dia nak tanya soalan pasal akademik dekat aku, tapi mesti ada terselit benda tak berkaitan lepas tu.

"Sambung buat homework lah." aku selamba menjawab. Malas nak pandang dia yang tersengih-sengih je.

"Ni, kau sedang buat..." Aimi main ambil je buku kat atas meja aku. Haih, ada juga yang kena lenyek dengan aku ni nanti.

"Tak sempat nak siapkan. Lagi lima minit sebelum kelas sains." aku melihat jam di tangan. Lepas ni kelas sains di makmal.

Kalau boleh aku nak duduk kelas je. Aku 'tersangatlah' malas kalau kena pergi tempat lain waktu sekolah. Kecuali library. Yang tu aku tak kisah.

"Oh, aku teman kau nak?" Aimi masih tak putus asa. Dia ingat aku akan senang-senang je cakap pasal tu? Memang taklah...

"Takpe. Aku tak nak susahkan kau." aku cuba cari jawapan yang akan buat dia terdiam dan terus pergi.

Oh dah kena pergi makmal ni! Aku terus bangun dan simpan buku. Ambil buku sains sekejap. Aimi yang tak sempat nak balas apa-apa, berdiri tegak.

"Dah lah tu Aimi. Jom pergi makmal sains." aku terus berjalan ke luar kelas, tinggalkan Aimi yang masih tekial-kial cari buku.

Sampai bila lah baru dia nak berhenti? Apa yang menarik dengan rahsia aku? Pasal crush je kut. Takde apa yang pelik. Bukan semua orang ada ke?

Kalau lah aku tak tanya apa-apa kat Aimi hari tu, mesti dah tenang hidup aku.

Aku pasti rasa suka tu makin lama makin kurang dah. Lega aku sebab tak perlu larikan diri dari ketua kelas lagi.

Syahir pun makin kerap tanya aku pasal Iffah. Tu pun antara sebab kenapa aku dah tak suka sangat dia. Aku pasti dia ada simpan perasaan kat Iffah.

Iffah pula, aku tak pasti kalau dia tahu pasal tu. Dia tak pernah cakap nama Syahir sejak hari tu. Aku pun tak kisah sebab dia tak cakap apa-apa pasal aku juga.

Dan dia tak cakap apa-apa pasal dia.Tapi aku nak tahu apa perkara yang Syahir maksudkan hari tu. Jaga Iffah? Sampai sekarang dia tanya pasal Iffah.

Kalau betul lah Iffah sakit, mesti penyakit yang agak kronik dan dari dulu lagi. Tapi... tak kan lah...!

Kalau betul... macam mana?

Aku kena tanya Iffah ni. Tapi dia mesti tak nak cakap apa-apa. Aku tak nak kena marah macam hari tu lagi, waktu dia cakap jangan sibuk pasal dia.

Makin lama aku fikir, makin aku yakin dengan tanggapan aku.

"Mia!" aku hampir-hampir tercekik. Aduh, sakit tengkok, ke leher? Apa-apa jelah. Sakit sebab ada orang tarik baju aku dari belakang.

BUTAWhere stories live. Discover now