-ENAM-

32 4 1
                                    

Akhirnya, seminggu dah berlalu. Aku rasa macam seminggu tu setahun dah. Banyak benda berlaku...

Tapi bosan lah pula duduk kelas je. Semua buat kerja masing-masing kalau cikgu tak masuk, macam sekarang ni lah.

Aku buka buku teks matematik. Orang cakap math sekolah menengah lain. Mestilah kan. Jadi aku nak perhati jap math ni.

"Mia, jom keluar." Iffah menarik tangan aku. Keluar? "Kenapa?" aku tanya dengan muka pelik. Tak kan dia nak ponteng kelas. Tahu lah cikgu takde.

"Kau ni, dah habis waktu lah. Sekarang PJ. Jom lah!" Iffah tarik lagi tangan aku. Kuat betul dia tarik, tak padan dengan badan kecil.

Aku berdiri dan berjalan di sebelah Iffah. Budak lain dah keluar kelas. Waktu PJ, memang bukan waktu yang aku suka. Dari dulu lagi aku akan cuba mengelak dari kena turun padan. Macam-macam alasan aku bagi kat cikgu.

Tapi aku tekad, masuk sekolah menengah aku dah tak nak buat perangai budak kecil. Jadi aku pun terpaksa ikut je.

"Hei kamu berdua! Cepat sikit! Jalan lenggang kangkung macam pergi pasar!" aku hampir tersadung dengan jeritan halilintar tu. Oh, cikgu rupanya.

Sekelip mata, aku dan Iffah berlari pecut. Malu betul. Semua orang tersengih sambil pandang kami. Iffah hampir terjatuh. Nasib aku sempat pegang tangan dia.

Buat terkejut je cikgu ni...

"Kelas, selamat datang saya ucapkan. Nama saya Cikgu Mira, cikgu PJ kamu. Dan saya nak terus terang, saya tak suka orang lambat datang kelas saya..." Cikgu Mira pandang aku. Aku pun tendukkan kepala. Tak mampu pandang mata cikgu ni.

"Saya memang tegas dengan murid-murid. Jadi kamu tak boleh bagi alasan mengarut tak nak turun padang. Faham?!" kecut perut aku dengar suara cikgu. Nasib aku dah tak nak bagi alasan kat kelas PJ.

"OK, budak lelaki, pergi court bola keranjang. Cikgu Lee akan ajar kamu. Mulai hari ni, setiap kali waktu PJ, lelaki dekat court bola keranjang, perempuan kat sini. Faham?!" kami serentak menjawab 'faham'. Rasa macam dekat kem askar pun ada.

Bagus, tak nampak budak lelaki waktu PJ. Pandai sekolah ni. Aku suka.

Semua budak lelaki pun pergi ke court. Harap-harap Cikgu Lee tu lagi garang dari Cikgu Mira. Biar padan muka mereka.

"Cepat sikit jalan tu! Lari! Lari!" sekali lagi nak tercabut jantung aku dengar suara Cikgu Mira. Budak lelaki pun terus pecut. Tergelak kami semua.

"Dah, tak yah gelakkan orang. Saya akan pastikan kamu semua pun kena dengan saya. Bersedialah." seram aku dengar. Macam ni ke kelas PJ untuk setahun ni?

"Baiklah, untuk permulaan, pusing padang lima kali. Dan saya tak nak jalan ya. Slow jog! Ni bukan nak pergi pasar pagi. OK mula sekarang!" aku rasa macam tak sempat nak buat apa-apa. Sedar-sedar aku lari, eh, slow jog keliling padang.

Aku cari Iffah. Sebab terkejut sangat, terlupa dia. Iffah ada kat belakang. Tapi aku nampak pelik sikit cara lari dia. Macam nak terjatuh.

Aku perlahankan larian. Bila Iffah nak dekat, aku tarik tangan dia. Kesian dia, terjatuh.

"Mia!" Iffah menjeling aku. Gulp! Aku terbuat salah.

"Sorry... sorry Iffah. Aku nak kau cepat je. Kau OK tak?" aku mencangkung depan Iffah. Dia cuba untuk bangun. Aku nak tolong tapi dia buat tak kisah je.

Iffah marah aku ke? Hmm...

"Iffah..." aku ikut Iffah berlari semula. Tapi larian dia masih pelik macam tadi.

Iffah diam je. Dia tak pandang aku pun.

Aku lari je sebelah Iffah. Cikgu Mira dah jerit-jerit suruh kami cepat. Tapi Iffah ni agak lambat.

Sama ada tinggalkan Iffah atau lari dengan dia? Aku pilih lari dengan Iffah. Sebab dia nampak susah sangat nak lari tu. Aku rasa orang lain pun perasan.

Akhirnya kami habis pusing lima kali. Cikgu Mira dah bercekak pinggang dengan muka bengisnya. Kecut perut aku, aku tundukkan kepala.

"Apa kamu berdua buat haa?! Tadi lambat, sekarang ni lambat juga? Saya tak kan biar je walaupun ni kelas pertama. Ketuk ketampi 10 kali sekarang!" hari pertama belajar, hari pertama kelas PJ, dan aku dah kena denda.

"Cikgu, Mia tak salah. Dia tolong saya tadi." Iffah menjawab. Aku memandang Iffah tak percaya. Bukan macam tu...

"Cikgu, saya yang tarik Iffah sampai jatuh tadi. Jadi saya yang salah." aku yakin memang tu salah aku. Kalau tak, takde nya Iffah terjatuh.

Tapi malangnya muka Cikgu Mira masih bengis. Aku rasa tu antara alasan mengarut yang dia sebut tadi.

"Saya tak kira! Alasan tak boleh pakai. Dua-dua, ketuk ketampi 10 kali!" aku dah agak. Tapi sekurang-kurangnya Iffah tak kena denda sorang-sorang. Aku rasa bersalah sebab tarik dia tadi. Maaf Iffah...

Kami pun buat ketuk ketampi depan budak-budak lain. Aku nampak ada yang gelak, ada yang berbisik. Yang simpati pun ada. Hmm, lepas ni mesti kena usik selalu. Baru kelas PJ...

"Lain kali jangan bagi alasan yang mengarut. Saya tak terima semua tu. Lain lah kalau ada penyakit kronik. Tu kena bagi tahu awal-awal. Faham?!" aku dan Iffah mengangguk. Kalau macam tu, aku cari penyakit lah...

Selepas sesi 'panaskan badan' dan denda tadi, kami kena pilih nak main apa. Ramai yang nak main bola jaring, permainan yang paling aku tak suka.

Dan kalau nak mengelak tak boleh... Habislah aku. Aku memang tak tahu apa-apa pasal bola jaring ni.

"Iffah, kau OK tak? Sorry tadi aku tarik kau. Kalau tak..." "Takpe, kau tak salah. Memang aku yang lambat." Iffah jawab laju. Dia tak pandang pun aku.

Iffah nampak sedih... Aku keliru, dia marah aku ke tak? Ke dia malu sebab kena denda tadi. Aku pun sama.

"Kau ada masalah ke? Cerita lah kat aku." aku memandang Iffah dengan senyuman. Dia kan kawan aku. Aku bersalah kalau tak tolong dia.

Iffah gelengkan kepala. Tangan dia digenggam. Kenapa ni? "Mia, tak semestinya sebab kita kawan, kau kena tahu semua masalah aku. Ada juga yang aku tak bagi tahu sesiapa. Kau tak perlu risaukan aku selalu..." tiba-tiba Iffah pergi.

Aku tergamam. Aku salah cakap ke? Iffah nampak marah dan... menyampah dengan aku. Aku tak berniat pun... Mungkin aku terlebih.

Aku cuma nak jadi kawan yang baik. Lagipun kami baru seminggu kenal. Kenapa Iffah nak marah sangat? Aku tak faham...

Aku nak cari Iffah semula. Tapi ada sesuatu dalam diri aku ni yang tak bagi. Akhirnya aku pergi berkumpul di tengah padang.

"Cepat buat dua kumpulan!" Cikgu Mira macam biasa, keluarkan suara lantang dia. Aku masuk je dalam kumpulan mana-mana.

Oh, Iffah dekat kumpulan lain. Nampaknya aku kena lawan dia. Tapi sedihnya, aku tak pandai main benda ni.

PREET!

Aku tergamam bila semua orang berebut bola. Ada yang menjerit, pas sana, pas sini. Aku tak faham. Aku tak pernah main! Ni semua akibat bila selalu ponteng dari main bola jaring.

Aku rasa Cikgu Mira dah mengamuk bila nampak aku berdiri tegak macam tiang. Aku tak faham apa yang berlaku dan kepala aku pening.

Aku rasa nak pitam. Aku rasa macam nak terjatuh. Aku ingatkan aku terjatuh pengsan bila dengar jeritan.

Tapi orang lain yang jatuh.

"Iffah!"

BUTAWhere stories live. Discover now