-SATU TUJUH-

26 1 0
                                    

Aku tak nak pergi. Aku tak nak pergi sana.

Aku sekarang sedang baring atas katil dan tak bersiap lagi. Barang semua dah pack. Tapi aku tak nak bangun lagi dari katil ni.

Siling bilik aku nampak sama macam dulu. Mungkin aku juga macam tu. Dari dulu sampai sekarang, aku tak banyak berubah.

"Ya Allah, Mia... Kenapa tak bersiap lagi ni? Nanti lambat." mak masuk ke bilik aku dengan bebelan khas. Hmm, salah aku juga sebab tak tutup pintu.

Mak duduk sebelah aku. Aku pandang mak. Kenapa mak nampak lain hari ni?

Aku terus duduk, bangun dari pembaringan. Rasa cuak dah ni. Mesti ada sesuatu mak nak cakap.

Aku tunggu mak bersuara tapi mak diam je, sambil pandang aku.

"Mak nak cakap apa?" aku tertanya. Tunggu punya tunggu. Mak pandang aku pelik.

"Pergi lah bersiap! Nak suruh mak cakap juga?" aku tersengih-sengih sebab kena lagi dengan mak. Ingatkan mak nak cakap benda penting.

Selepas mak keluar, baru aku bangun dari katil. Nasib baik aku mandi awal pagi tadi. Aku tengah malas ni.

'Tak nak pergi...' itu yang aku cakap dari semalam. Aku tak tahu kenapa perangai aku macam budak tadika tak nak pergi sekolah.

Aku dah nak masuk universiti kut! Haha, makin besar makin jadi budak-budak.

Aku tak nak pergi uni hari ni. Tak boleh ke bila aku rasa nak nanti baru pergi?

'Dah cuti lama pun malas lagi?', 'Kamu nak cuti berapa tahun lagi?', aku yakin tu apa yang mak dan nenek akan cakap nanti.

Tapi bukan aku tak nak pergi sebab malas. OK malas tu ada lah sikit. Aku cuma terlalu banyak fikir tentang beberapa tahun lepas.

Aku dan Iffah... tiba-tiba jadi stranger. Setiap kali aku nak tegur Iffah, dia akan lari. Aku tak tahu apa yang buat dia macam tu.

Jadi aku pun habiskan dua tahun berbaki lebih kepada berseorangan. Aku kembali jadi Mia yang dulu, sangat pendiam dan tak ramai kawan.

Intan je yang selalu tegur aku. Orang lain pun ada tapi Intan lebih rapat dengan aku.

Dia ada tanya nak tak jadi best friend dia. Tapi aku cakap, semua tu macam budak-budak. Budak-budak je yang pilih kawan baik.

Aku tahu pemikiran aku salah. Tapi demi pujuk hati sendiri. Aku terpaksa fikir macam tu. Kawan dengan semua orang tu lebih baik.

Aku benci Iffah sebab dia buat aku macam tu. Tapi dalam masa sama... aku tak nak salahkan dia. Aku yang salah.

Apa yang aku buat sampai Iffah jadi macam tu pun aku tak tahu. Kat mana semua tu bermula pun aku tak pasti. Tahu-tahu dia dah jauhkan diri.

"Mia! Bersiap cepat!" habis pintu bilik aku diketuk macam nak roboh dah. Alamak, mak dah mengamuk! Baik aku cepat.

Jangan buat macam ni dah Mia! Tak baik buat mak tunggu kau.

-

"Semua barang dah bawa masuk?" aku mengangguk, menjawab soalan mak. Ini dia, akhirnya aku akan pergi hari ni.

Nenek tersenyum tengok aku. Aku nak balas semula tapi rasa pelik. Kenapa nenek senyum? Ada sesuatu kat muka aku ke?

Aku memegang muka. Takde apa. Mesti nenek nak cakap sesuatu.

Aku pandang nenek dengan senyuman kekok. "Jom lah. Ni kenapa senyum-senyum ni?" mak datang tengok kami yang senyum sesama sendiri. Aku pun tak tahu apa yang aku sedang buat sekarang.

BUTAWhere stories live. Discover now