-SATU DUA-

25 2 0
                                    

Ah, angin pagi yang nyaman...

Ini dia! Hari baru pada tahun baru. Aku dah bersedia nak hadapi alam yang lebih mencabar...

Upper form!

Wah, sedar tak sedar, dah tiga tahun zaman sekolah menengah aku. Tahun ni aku akan jadi senior! Ya... senior Form 4.

Sepanjang beberapa tahun, aku dah dapat biasakan diri dengan kehidupan asrama. Alhamdulillah, setakat ni takde apa yang teruk sangat berlaku.

"Mia, sarapan!" suara mak dah memanggil. Aku cepat-cepat kemas katil sebelum keluar. Bila dah biasa dengan peraturan...

Apapun, hari ni aku balik ke asrama dan esok dah mula sekolah. Sekejap je rasa cuti kali ni. Mentang-mentang dah lepas PT3...

Aku cepat-cepat keluar bilik sebelum mak mengamuk. Aku tak nak rosakkan mood pagi sesiapa, termasuk aku.

Mak dan nenek dah duduk di meja makan. Aku pun mengambil tempat di meja.

"Gembira nampak? Tak sabar nak jumpa kawan ke?" nenek tersengih tengok aku. Aku nampak gembira sangat ke pagi ni?

"...Ke, kekasi hati...?" uhuk! Aku terus mengambil segelas air dan teguk sampai habis. Apa mak ni... tak habis lagi ke dengan topik ni?

Ni bukan kali pertama, dah banyak kali mak cakap macam tu. Macam nak sangat pula. Tapi dia juga cakap 'belajar dulu sebelum sibuk bercinta' kat aku tu.

"Mak... kan Mia dah cakap, Mia takde. Hmm..." letih dah aku dengan soalan mak. Kadang-kadang aku buat-buat tak layan je. Lepas tu dia cakap aku sorokkan sebab diam je.

Aku betul-betul belajar sebelum bercinta lah ni. Sepupu, sedara semua lah, asyik tanya benda sama juga. Yang lebih kurang sama umur dengan aku lagi lah...

Boleh mereka tanya siapa nama boyfriend aku? Dah tak tanya sama ada aku ni ada sorang ke takde. Stres aku rasa.

Aku tak suka soalan ni, agak sensitif. Bukan sensitif sebab aku nak! Tapi sebab... Syahir.

Aku masih ada sikit perasaan kat dia. Tapi dah tak teruk macam dulu. Semua ni, terima kasih sebab Iffah.

Iffah banyak tolong aku. Sejak hari dia cakap aku tak patut suka Syahir, dia banyak tolong aku.

Syahir dah tak main jumpa aku macam tu je. Iffah akan pastikan dia tak dekat dengan aku.

Tapi dalam masa sama... aku rasa pelik. Mungkin ke Iffah... suka Syahir?

Boleh jadi juga, sebab mereka pernah satu sekolah dari tadika. Aku tahu pun lepas setahun, sebab aku tanya kenapa Syahir macam rapat dengan dia.

Jadi sebab tu Syahir macam tahu banyak pasal Iffah. Aku rasa aku sendiri tak tahu banyak macam dia.

Tapi Iffah tak bagi aku dengar apa yang Syahir cakap. Dan dia pernah cakap dia tak rasa apa-apa dekat Syahir. Soalan sekarang ialah...

Iffah sorokkan sesuatu ke? Yang pasti dia bukan sakit sebab Syahir cakap bukan waktu tu. Iffah pun pernah cakap dia takde apa-apa sakit dekat Cikgu Aiman.

Aku tak tahu nak percayakan siapa sekarang. Iffah? Syahir? Entah lah...

"Jangan termenung je. Cepat makan dan bersiap. Barang-barang semua, pastikan cukup." suara mak terus kembalikan aku ke alam realiti.

Tak perasan pula aku. Dengan masalah semua ni, aku tak pernah terdetik nak bagi tahu mak atau nenek. Selama tiga tahun ni aku diam je.

Sebab aku rasa masalah ni tak penting untuk mereka tahu. Lagipun, pelajaran aku OK. Jadi tak mungkin mak atau nenek perasan apa-apa.

BUTATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang