-DUA KOSONG-

27 3 0
                                    

Kelakar betul. Aku ingatkan aku bermimpi yang Yana call aku tadi. Tapi aku dapat call dari dia lagi.

"Jangan lupa pukul 5 ni. Aku send alamat cafe."

Yana macam semangat je nak suruh aku jumpa orang tu. Siapa lah agaknya? Kawan rapat dia waktu sekolah menengah?

Aku harap tak awkward je nanti. Aku masih tak biasa dengan jumpa orang baru ni.

Selepas bersiap ala kadar, aku terus keluar bilik.

"Mimi, saya pergi keluar sekejap." aku bagi tahu dulu Mimi. Mana tahu dia cari ke nanti.

Mimi hanya mengangguk. Aku terus tutup pintu dan berjalan menuju ke destinasi.

-

Cafe ni tak sesak sangat. Mungkin waktu ni tak.

Aku mencari kelibat Yana. Mana dia ni? Nak call ke?

Aku malas sangat nak call. Jadi aku cari dia je lah. Tapi aku pun dah lama tak jumpa dia. Macam mana muka dia tadi?

"Sorry..." kenapa aku selalu hampir langgar orang? Eh, tak, ni dia yang hampir langgar aku. Aku berpaling ke arah orang tu.

Alamak! Nasib tak terlanggar lelaki ni.

"Ma-maaf..." aku pula yang minta maaf. Tak sengaja kut berdiri tengah jalan orang. Lelaki itu pandang aku pelik sebelum tergelak.

Aku rasa malu. Apa yang kelakar?

"Kenapa awak minta maaf? Takpe, saya yang tak nampak awak." lelaki itu hanya tersenyum. Aku tundukkan pandangan. Tak biasa lah macam ni.

Ah, aku kena cari Yana sekarang. "Maaf lagi. Saya nak jumpa kawan saya." aku dah nak beredar sebelum lelaki tu genggam lengan aku.

Aku terus tarik tangan aku. Muka lelaki tu terkejut, tapi tak setanding muka aku yang sangat terkejut. Dia ingat dia siapa?

Hmm, lelaki macam ni... Memang tak hormat perempuan Islam ke? Aku bertudung kut.

Aku kena berhati-hati. Situasi ni sangat bahaya.

Aku menjeling tajam lelaki tak sedar diri tu sebelum menghilangkan diri. Aku rasa dia cuba kejar aku.

Aku nak lari, tapi ramai orang sekarang ni.

Tapi aku tak nak menjerit. Takpe, ramai orang sekarang ni. Dia tak kan buat apa-apa kat aku.

Aku pandang belakang. Tak nampak dah lelaki tu. Ya Allah, aku takut sangat.

Mia, kau kena biasakan diri kat luar. Memang luar ni lagi bahaya. Aku kena jaga diri elok-elok!

Aku sambung cari Yana. Tapi aku tak tenang sangat, rasa gelisah. Aku takut dia ikut aku lagi!

Tapi Allah selamatkan aku. Aku nampak Yana duduk kat sudut hujung. Alhamdulillah.

Eh, betul ke tu Yana? Aku akhirnya keluarkan telefon, nak call Yana.

Tapi aku nampak semula lelaki tu. Betul-betul depan aku. Aku dah nak menjerit dan menangis.

"Mia? Mana kau?" Yana dah angkat panggilan, tapi aku kaku. Aku takut sangat sampai tak boleh nak cakap.

Ya Allah, selamatkan aku...

Lelaki tu mendekati aku. Dia cuba nak cakap sesuatu. Tapi aku makin ke belakang.

"Aduh!" padan muka dia. Aku dah rasa lemah. Ada orang datang dan ketuk kepala lelaki tu. Aku bersyukur sangat!

BUTAWhere stories live. Discover now