-SEMBILAN-

32 5 0
                                    

Makin lama aku duduk sini, makin aku dapat biasakan diri. Betul cakap mak. Dah dua bulan berlalu sejak kejadian hari pertama tu. Haih, siapa sangka hari pertama boleh jadi sangat 'bermakna'.

Aku dan Iffah pun makin OK. Aku dah tak nak cakap apa-apa pasal masalah dia ke. Kalau dia nak bagi tahu aku, dia akan bagi tahu. Aku percayakan dia.

Kadang-kadang ada rahsia yang kita tak boleh nak luahkan kat siapa-siapa, walaupun best friend sendiri. Lagipun kami baru dua bulan kenal.

Tapi ada juga orang yang terus bagi tahu masalah dia kat kawan baru. Kalau ada macam tu, kau perlu bersyukur sebab dia percayakan kau pertama kali dia kenal kau.

Friendship is a hard journey.

"Mia, jom pergi kantin." Iffah dah berdiri sebelah meja aku. Lama sangat aku termenung hingga tak perasan Iffah.

Kami selalu pergi ke mana-mana bersama sekarang. Walaupun bilik kami tak sama, kami saling melawat.

Lagipun, Iffah punya bilik sebelah aku je. First time aku nampak dia kat tandas. Tandas kami kongsi, dua bilik satu tandas.

Tersengih aku bila ternampak dia. Dah beberapa hari baru perasan bilik sebelah je.

"Mia!" terkejut aku, rasa nak tercabut jantung. Aku jeling Iffah di sebelah. Tak sah kalau tak kacau aku dalam sehari.

"Kau sengih-sengih ingat siapa?" alamak, Iffah nampak pula aku tadi. "Biarlah, bukan aku kacau pandangan kau pun." aku menyilangkan tangan. Sibuk nak tahu.

"Memang lah tak. Tapi kau kacau pandangan orang lain." Iffah menjawab lagi. Apa? Ada ke orang lain perasan?

"Aku tahu lah aku sengih macam kambing..." aku buat-buat merajuk. Aku nak Iffah pujuk aku sebab nanti dia belanja aku. Hehehe.

"Tak lah, kau sengih nampak comel." hmm, tak nak belanja aku lah tu. Sebab tu puji je. "Yela tu..."

Aku malas dah nak balas apa-apa bila Iffah cakap lagi pasal 'kecomelan' aku. Aku tak kan termakan dengan kata-kata dia.

"Mia, kau nak makan apa? Mia?" aku tak dapat dengar apa Iffah cakap sebab aku dah ternampak sesuatu. Seseorang sebenarnya...

Aku tak tahu kenapa setiap kali aku nampak orang tu, aku rasa kaku. Takut? Tak... Terpegun? Tak...

"Hei Mia, kenapa kau tenung si Syahir tu?" bila Iffah sebut nama dia, baru aku tersedar. Waktu ni, aku akan rasa malu terus. Benda ni dah berlaku banyak kali.

"Tak-takde apa-apa. Jom beli makanan." aku menarik tangan Iffah untuk pergi beratur.

Sebelum tu aku sempat pandang Syahir sekali lagi.

Dan dia pandag aku. Dia nampak aku.

Dan kenapa dia senyum?

Aku cepat-cepat pandang depan semula sebelum Iffah perasan. Mia, kau betul-betul kena kawal diri kau. Dah berapa kali benda ni berlaku?

"Mia, kau OK tak? Kau makin pelik tau..." kenapa lah kau ni cepat sangat perasan Iffah? Aku benci kau...

"Nothing... Aku rasa tak sedap badan sangat." apa-apa jelah alasan aku bagi kat Iffah ni. Jangan bagi dia tahu aku...

...suka Syahir.

Aku cakap tu ke? Aku betul-betul cakap kan? Aku tak maksudkan semua tu tapi...

Kenapa perasaan ni muncul tiba-tiba?

Nasib baik Iffah dah tak tanya apa-apa. Kami beli makanan dan duduk di tempat kosong.

Aku selalunya makan terus makanan aku. Tapi hari ni, nampak dia kat sini... Aku tak boleh nak makan.

Aku dah cuba banyak kali mengelak dari nampak dia. Mula-mula aku nampak dia kat library waktu rehat. Aku pun dah tak pargi library.

Lepas tu aku selalu nampak dia kat dalam kelas waktu rehat. Jadi aku keluar kelas, pergi tempat lain selain library.

Aku memang jarang pergi kantin sebab nak jimat duit. Tapi tiba-tiba aku pergi kantin dengan Iffah selalu. Dua sebab, nak elak dari Syahir. Dan kedua, aku lapar.

"OK Mia, aku tahu kau ada sesuatu yang kau sorok. Aku perasan kau..." jangan cakap lagi Iffah!

"Aku... aku..." aku tak boleh bagi tahu. Aku tak sedia untuk mengaku lagi.

"Iffah, aku balik kelas dulu." jadi aku pun larikan diri dari Iffah. Aku tahu nanti Iffah akan tahu juga. Tapi bukan sekarang.

-

Aku cepat-cepat kemas semua barang. Cepat, cepat!

"Mia..." dah terlambat... Iffah dah nampak aku.

Ya, aku tak nak jumpa Iffah sekarang ni. Aku tak nak jawab apa-apa soalan dia.

Aku tak pandang Iffah dan terus keluar kelas. Sampai bila aku nak lari dari dia? Sampai dia berhenti tanya pasal tu...

"Iffah, kau tunggu jap boleh? Cikgu nak jumpa kita." tu ayat terakhir aku dengar sebelum aku menghilangkan diri dalam kesesakan budak-budak lain.

Nasib baik ada orang panggil dia. Kalau tak aku dah nak lari pecut tadi.

Hari ni hari Jumaat. Jadi takde kelas petang dan boleh terus masuk asrama. Tapi aku kebuluran sebab tak makan banyak waktu rehat tadi.

Aku kena fikirkan cara nak hadapi Iffah. Aku tak boleh selamanya buat dia macam tu. Nanti dia terasa...

"Hai Mia." ada seorang budak tegur aku. Aku nak pergi dewan makan ni. "Hai Aimi..." aku membalas. Aimi terus berjalan sebelah aku. "Jom pergi makan."

Wah, ada apa ya ni? Tiba-tiba seseorang yang aku tak rapat tegur aku.

"Ke-kenapa?" aku rasa agak awkward bila dengar orang lain. Tak biasa. "Hm? Aku saja nak borak dengan kau. Kau diam sangat dalam kelas." oh, alasan yang bagus.

"Dan... aku nak minta kau tolong aku boleh?" dan itu dia niat asal dia. Aku tahu dah ada sesuatu dia nak dari aku.

"Kau pandai matematik kan? Aku nak minta kau ajar beberapa bab boleh tak? Banyak kerja sekolah aku tak siap. Boleh tak Mia?" Aimi membuat muka berharap dia.

Tak kan aku nak tolak pula. "OK. Bila kita nak mula?" aku setuju nak tolong Aimi. Lagipun aku tak kisah sangat kalau pertolongan macam ni.

"Yeay, thanks Mia! OK, petang ni kau sibuk tak? Pukul 3?" amboi cepat betul mula. Aku baru ingat nak basuh baju dan tidur.

"OK. Kat bilik belajar aras aku boleh?" sebab malas nak pergi jauh-jauh, aras aku jelah. Aimi setuju dengan rela hati. Nampak bersemangat nak belajar.

...

"Aimi..." aku tak pasti sama ada betul ke tak apa yang aku buat ni. "Kau pernah suka sesiapa ke?" tapi aku dah buat, aku tanya soalan tu.

Aimi tersenyum penuh makna. "Hmm, aku pernah, banyak kali!" dengan bangganya dia cakap. Dia tak rasa malu ke cakap macam tu kat orang lain?

Aku nak cakap kat Iffah pun malu. "Perasaan suka seseorang yang lain jantina ni normal. Aku tahu kau sedang hadapi sekarang. Jangan risau, kau normal je."

Ya... aku normal. Tapi aku tak suka perasaan tu. Dia buat aku berdebar, sakit dada, tergagap, seram sejuk...

Tapi ianya normal. Pelik. Benda yang buat kau tak normal adalah normal.

"Jangan risau, kau boleh percayakan aku. Siapa orang tu?" jadi Aimi nak tahu rahsia aku ni... Hmm...

"Takde siapa. Saja tanya." aku cover sebaik yang mungkin. Kalau Iffah pun aku tak bagi tahu, ni kan orang lain yang jarang aku cakap.

Aku pasti perasaan ni akan hilang juga kalau aku buat-buat tak nampak dia. 

BUTATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang