-EMPAT-

35 2 0
                                    

"Selamat pagi murid-murid. Nama saya Cikgu Aiman, guru kelas 1 Anggerik untuk tahun ni. Cikgu mengajar subjek Bahasa Melayu." hari pertama sekolah, awal-awal lagi Cikgu Aiman dah masuk.

Aku dapat dengar bisikan-bisikan dari budak perempuan. Pantang betul mereka ni, mentang-mentang Cikgu Aiman muda lagi. Aku mengeluh.

"Rasanya lepas ni kamu kena pergi dewan kan? OK sebelum tu, cikgu nak lantik ketua dan penolong kelas sementara dulu. Sesiapa ada cadangan?" Cikgu Aiman nampak bersemangat sangat. Cikgu baru kut.

Maka bisinglah kelas dengan suara-suara menyebut nama. Ada sebut nama kawan sebelah. Ada angkat tangan sebab nak bagi cadangan. Yang sebut nama sendiri pun ada!

"Cikgu tengok kamu semua ni masih tak pandai bagi cadangan. Cuba sorang-sorang angkat tangan. Haa kamu, bangun!" Cikgu Aiman memanggil budak paling depan sekali.

"Nama saya Syahir. Saya cadangkan Fikri." budak bernama Syahir berkata. Tak sangka betul cara dia bagi cadangan nama tu.

"Bagus Syahir. Macam tulah cara dia ya kelas. Sebab dah tak banyak masa, cikgu minta Fikri dan Syahir bangun." tak pasal-pasal dia sekali kena. Ni sorang je bagi cadangan...

"OK kamu berdua pusing belakang, jangan tengok! Cikgu nak buat undian. Siapa sokong Fikri?" Cikgu Aiman menulis nama Fikri dan Syahir di papan putih. Aku tak tahu macam mana sikap mereka, macam mana nak pilih?

Beberapa orang yang pilih Fikri angkat tangan. Aku tengok kiri kanan. Semua budak perempuan angkat tangan. Aku pula masih teragak-agak.

"OK, siapa pilih Syahir?" tak sempat aku angkat tangan... Nampaknya terpaksa aku pilih Syahir ni. Kalau tak nanti cikgu perasan pula.

Aku nampak ramai budak lelaki angkat tangan kali ni. Aduhai, malunya, aku sorang je perempuan.

"OK, nampak nya kita dah ada pemenang." Cikgu Aiman menyuruh dua budak tadi duduk semula.

"Jadi ketua kelas sementara kita... Syahir! Tahniah. Cikgu harap kamu laksanakan tugas dengan baik. Ni nama pun sementara, jadi kita tengok dulu macam mana Syahir laksanakan tugas dia. Lain kali, baru kita pilih yang sebenar punya." Cikgu Aiman nampak gembira. Ni macam pilih kasih je...

"Cikgu, penolong ketua kelas takde ke?" seorang budak lelaki lain menanya.

"Penolong kita bagi perempuan pula ya." Cikgu Aiman memandang kami semua. Aku harap bukan aku yang kena...

"Haa, siapa nak bagi cadangan?" Cikgu Aiman memandang kami, budak perempuan. Dia cakap nak suruh perempuan pula bagi cadangan sebab kami diam je.

Habislah... Takde siapa angkat tangan. Semua masih tak biasa ataupun malu. Tapi nampak macam yang pertama tu sebab susah nak jumpa budak perempuan pemalu pada akhir zaman ni...

"Kalau macam ni, kita suruh Syahir je yang pilih nak?" Cikgu Aiman memberikan cara lain. Dah dengar dah, budak-budak lelaki berbisik-bisik. Bunyi-bunyi pelik pun ada...

Syahir bangun dah pusing ke belakang. Aku mula rasa tak selesa bila semua budak lelaki pun pandang belakang. Sibuk betul.

"Haa Syahir, ni bukan pilih calon kekasih ke isteri ya." sempat lagi Cikgu Aiman mengusik. Syahir tersengih bila budak lelaki lain bersorak sorai. Boys...

"Hmm... dia." jari telunjuk dia menghala ke kami. Siapa? Siapa jadi pilihan dia tu? Jap, kenapa macam lain je bunyi tu...?

"Haa, awak sila berdiri ya. Syahir dah pilih awak." Cikgu Aiman menyuruh siapa yang dah 'dipilih' berdiri. Aku tak nampak siapa. Semua orang macam teragak-agak. Aku pun sama.

Akhirnya ada pun orang bangun. Dia budak perempuan yang aku jumpa semalam, kat sinki kantin. Dia pakai cermin mata. Agak kecil tubuhnya.

"Ya awak! Apa nama?" aku ingatkan Cikgu Aiman yang tanya, rupanya Syahir... Kelas jadi riuh tiba-tiba. Budak lelaki dah bertepuk tangan pula.

"Iffah." budak bernama Iffah tu menjawab. Nampaknya kita dah ada kisah baru untuk permulaan tahun. Aku harap kisah zaman sekolah rendah aku tak terjadi kat sini...

"Iffah, awak jadi penolong ketua kelas sementara ya? Jangan risau, kalau awak rasa tak boleh nanti, kita tukar." Cikgu Aiman tersenyum, setelah memaksa Syahir duduk sebab terlebih. Aku ketawa kecil.

Iffah mengangguk. Dia pun duduk setelah Cikgu Aiman menyambung bebelan. Aku nak tegur Iffah sebab dia nampak diam macam aku. Tapi dia duduk agak jauh dari aku.

Setelah loceng pertama berbunyi, barulah Cikgu Aiman membenarkan kami keluar kelas. "Esok kamu semua tak perlu masuk kelas. Awal-awal lagi pergi ke dewan ya. OK semua boleh keluar." bunyi kerusi pun kedengaran. Semua dah rasa excited nak mulakan hari pertama.

Aku membetulkan tudung sebelum melangkah keluar. Dekat sini tak ramai aku kenal. Budak sekolah rendah aku pun ada kat kelas lain. Kami dalam empat orang je dari sekolah sama.

Aku ternampak kelibat Iffah dari belakang. Laju betul dia jalan. Aku nak kejar tapi dihalang orang lain yang jalan lemah gemalai je, macam jalan pergi melancong.

Akhirnya terpaksa aku jalan sorang-sorang. Takde siapa tegur aku lagi. Kalau macam ni, lama lah nak cari geng.

"Weh Syahir, kau ada apa-apa ke dengan penolong kita tu? Lain macam je semangat kau tadi..." aku terdengar kumpulan budak lelaki yang jalan tak jauh dari aku. Bergema ketawa mereka.

"Tak lah, kami sekolah sama dulu. Aku tahu dia boleh diharap." Syahir menjawab. Eh, kalau sekolah sama, kenapa dia tanya nama Iffah?

"Dah tadi kau tanya nama dia. Tak kan kau tak tahu?" ada juga orang yang sefikiran dengan aku. Aduhai, kenapa aku perlu masuk campur perbualan mereka ni?

"Saja nak suruh dia bercakap. Dia tu pendiam. Lagipun kalau aku cakap nama dia, makin bertambah korang mengusik kan." mereka ketawa lagi. Aku tak suka dengar budak lelaki ketawa macam tu. Aku boleh tahu dah macam mana perangai mereka tu.

"Yelah Syahir. Tahu-tahu nanti, dah berbalas surat." kenapa topik mereka mesti pasal perempuan? Aku tak suka dengar nama kaum sejenis aku disebut oleh mereka...

Apa-apa jelah. Aku tak nak masuk campur urusan orang. Kalau mereka bijak, datang sekolah mesti utamakan belajar.

'Love study before you love somebody' itu apa yang aku terbaca tadi. Kena sangat.

Tahu-tahu, dah sampai dewan. Ah, kenapa berdebar pula aku ni? Tenang Mia...

Aku nak kawan... bosan lah jalan sesorang ni.

Aku masuk ke dalam dewan selepas semua orang dah masuk. Aku cuma tak biasa dengan suasana baru je. Biasanya Yana yang akan ajak aku pergi mana-mana.

Aku kena berdikari. Sampai bila nak harapkan orang lain tolong aku? Ya, aku kena berani!

Sebab takde mak, nenek dan Yana dekat sini.

BUTAWhere stories live. Discover now