Assalamualaikum...
Pertama sekali, kami minta maaf sebab jalan cerita mungkin agak tak manarik dan mengelirukan.
Tapi apa yang kami nak sampaikan dekat sini adalah tentang isu sensitif ni.
Sebenarnya, bukan LGBT je. Banyak yang kami selitkan dalam cerita. Tapi mungkin tak nampak.
OK, untuk mudahkan bahagian penerangan ni, kami buat soalan dalam bentuk points.
1.Kenapa dalam bentuk cerita?
Memang mulanya nak straight to the point je. Macam buku lain, terus cakap pasal isu ni. Tapi bila difikirkan balik, mungkin ada yang tak dapat gambarkan situasi tu. Bukan semua pernah lalui atau faham benda ni kan? Jadi kami cuba buat cerita dulu, tunjuk macam mana situasi tu.
Tapi cerita ni bermula dengan seorang budak perempuan 12 tahun. Dan cerita ni lambat timbulkan isu-isu yang sebenarnya kami cuba tunjukkan.
Tapi ini apa yang kami nak tunjuk, kisah hidup sepanjang dia membesar. Masalah kawan, masalah crush, masalah kepercayaan pada manusia dan lain-lain. Dan juga... untuk panjangkan cerita, kena buat dari dia kecil.
Kami harap cerita ni sedikit sebanyak bagi pengajaran dan ibrah kepada pembaca. Tolong ambil yang baik-baik ya, yang buruk kita tinggalkan. Memang ada perkataan, ayat dan situasi yang macam tak sesuai dalam ni. Tapi sebenarnya semua tu tak lebih dari untuk tak jadikan cerita terlalu formal macam baca surat khabar sahaja.
Dan kebanyakan apa yang kami tulis adalah berdasarkan cerita dan pengalaman orang lain.
2.Isu 1: Masalah kawan
Kalau perasan, ni yang mula-mula dan paling banyak dalam cerita. OK, bukan semua orang ada masalah yang sama. Tapi biasanya masalah kawan ni memang selalu jumpa. Dalam kehidupan kita, mesti ada masalah, tak kira besar ke kecil.
Isu kawan dalam ni lebih ditunjukkan untuk orang yang introvert. Introvert, secara kesimpulannya, pendiam dan tak banyak bergaul dengan orang lain. Biasanya suka bersendirian dan tak ramai kawan. Tapi perlu diingatkan, buka semua introvert macam ni.
Mungkin ada orang menganggap masalah kawan ni tak lah besar mana. Biasa je. Tapi, sedar tak sedar, kawan adalah antara pengaruh besar dalam kehidupan.
Kalau salah pilih kawan, bahaya hidup kita. Lagi-lagi kalau kita ni mudah terpengaruh. Sebab tu kita kena pandai pilih kawan.
Memang ada yang baik kawan dengan yang tak berapa baik, tapi yang baik dapat pengaruh yang tak berapa baik jadi baik. Bagus kalau macam tu.
Dan ada juga yang baik terpengaruh jadi tak berapa baik disebabkan kawan tak berapa baik dia.
Manusia ni ada pegangan dan prinsip hidup masing-masing. Ada yang sangat berpengaruh dan ada yang kurang berpengaruh.
Itu sebabnya kawan ni penting. Kalau takde kawan boleh hidup tak? Mungkin...? Kami tak pasti juga...
Apa yang penting ialah, cari kawan yang boleh bawa kita ke syurga. Kawan yang boleh tegur salah kita. Tapi kawan pun tak sempurna. Kita pun boleh tegur salah kawan. Kita saling menegur.
Ramai yang cakap, 'saya dah nasihat kawan saya tapi dia tak nak dengar', dan seumpamanya. Kami faham, bukan senang nak tegur orang ni, lagi-lagi kawan yang dah rapat tu kan. Tapi apa yang perlu kita buat bila dah terjadi macam tu?
Kita doakan dia berubah. Kita boleh nak kawan dia lagi, masih cuba tegur. Tapi kita ni manusia, kita takde hidayah nak bagi kat kawan kita. Tapi kita kan Muslim, kita ada doa nak bagi kat dia. Cubalah, cuba berdoa dan sentiasa positif. Yakin dengan kuasa Allah, kawan kita berubah juga suatu hari nanti. Amiin...
YOU ARE READING
BUTA
SpiritualIslam Memang Islam ni satu agama seperti adanya agama-agama lain. Tetapi Islam tidak sesekali boleh disamakan dengan agama-agama lain. Memang ada syariat Islam yang kelihatan sama dengan cara pelaksanaan agama-agama lain. Tetapi tujuan pelaksanaan s...