"Iffah, aku kena pergi sekarang..." aku pandang Iffah dengan rasa bersalah. Apa aku nak buat ni?
Tapi mak Iffah dah siap. Kami kena pergi ke kereta pula.
"Ibu..." "Takpe! Jom pergi." aku terus angkat beg Iffah. Aku tak sampai hati nak biar mak Iffah seorang diri. Nak bawa beg lagi, tolak kerusi roda Iffah lagi.
Aku tolong mereka dulu, lepas tu aku pergi tengok apa jadi dengan Yana.
Harap-harap takde benda buruk berlaku.
"Mia, kau kenapa?" Iffah dan mak dia sampai. "Takde apa. Mak cik, saya kena cepat ni. Ada kecemasan." selepas letakkan barang Iffah ke dalam bonet kereta, aku bersalaman dengan mereka.
"Nak pergi mana? Biar mak cik hantarkan." mak Iffah nampak sama macam Iffah, pelik dengan perangai aku. Aku menggeleng sambil minta maaf.
"Takpe. Saya naik taxi. Maaf ya, maaf sangat-sangat." nasib aku baik sebab ada taxi dalam perjalanan. Aku malas nak guna app semua tu.
-
Aku terus turun dari taxi lepas bayar tambang. Apa lah dah jadi pada Yana ya?
Aku masuk ke dalam cafe hari tu. Kali ni tak ramai orang sangat dah.
Bukan tak ramai orang, memang takde orang. Dah tutup ke cafe ni?
Aku ternampak seorang lelaki di kaunter. "Maaf ganggu. Cafe ni nak tutup dah ke?" dia nampak macam pengurus cafe ni.
Lelaki yang dah berusia tu pandang aku. Muka dia nampak sangat stres. "Belum. Tapi ada pergaduhan tiba-tiba tadi. Semua orang keluar. Saya pun dah halau yang buat gaduh tu." aku kesian dengan dia.
Aku pun minta diri dan keluar semula. Mana Yana pergi? Aku tak tahu dia ke mana sekarang ni.
"Mia!" baru aku nak call Yana. Dia dah datang dengan muka cemas.
"Kau pergi mana? Aku baru sampai." aku memandang Yana yang tercungap-cungap. Tulah, berlari lagi.
Yana pandang sekeliling sebelum tarik aku ke jalan. Apa dia nak buat ni?
Oh, pergi ke kereta dia. "Mana kawan aku tu?" aku baru teringat kenapa Yana call tadi. Dia cakap ada kawan aku yang serang dia tadi.
Yana menekup mulut aku. "Shhh! Kau nak suruh dia jumpa aku dengan kau ke? Aku kena bawa kau pergi!" Yana tarik aku masuk kereta.
Aku tak faham apa-apa yang jadi sekarang. Teruk sangat ke orang yang serang Yana tu? Macam mana boleh jadi kawan aku?
Aku nak tanya Yana apa yang jadi. Tapi dia nampak cemas sangat. Aku tak nampak kesan lebam ke apa kat badan atau muka dia.
Aku tak tahu dia nak bawa aku ke mana. "Yana, kita nak pergi mana ni?" tak kan aku nak diam je. Aku mula rasa tak sedap hati dah ni.
Tapi Yana hanya diam dan teruskan memandu.
Ring! Ring!
Akhirnya ada benda yang selamatkan aku dari situasi tegang ni. Aku mengambil telefon dalam beg.
"Mia jangan!" Yana cuba halang aku. Tapi aku dah angkat panggilan.
"Siapa ni?" aku memang ada masalah dengan tengok dulu siapa yang call sebelum angkat.
"Mia, kau kat mana? Dengan siapa?" suara Iffah yang risau berbunyi. "Aku dengan kawan sekolah rendah aku, Yana. Kenapa?" sebab aku pun tak tahu aku nak ke mana, jadi aku tak jawab soalan tu.
Diam. "Mia, Intan cari kau. Dia cakap dia jumpa seorang perempuan yang cuba nak halang kau dari jumpa dia."
Apa semua ni? Kenapa Intan pula tiba-tiba?
"Mana kau jumpa Intan?" aku ingatkan Iffah dengan mak dia dah balik rumah. "Aku jumpa dia kat pasaraya tadi. Baik kau hati-hati. Ikut je Yana selagi selamat."
Apa Iffah cakap ni? Pelik semacam je.
Aku cuba berbisik dan cakap perlahan. Tak nak bagi Yana dengar. "Tapi, aku tak tahu aku kat mana! Yana tiba-tiba bawa aku pergi tapi tak cakap ke mana." aku sebenarnya makin risau dengan Yana ni.
Aku ingatkan dia kat cafe dengan si Dani tu...
"Mia, aku kena bagi tahu kau sekarang juga..." Iffah berhenti sekejap. Dia bunyi macam teragak-agak.
"Kau kena hati-hati sebab..." "Mia! Kau dengar tak?!" Yana lagi sekali tarik aku. Kali ni kami keluar kereta.
Dah sampai? Aku pandang sekeliling. "Kita kat mana?" aku menanya Yana. Alamak, aku terletak panggilan dengan Iffah tadi. Ni semua sebab Yana tiba-tiba tarik aku tadi.
"Rumah Dani." aku takut aku salah dengar, jadi aku tanya lagi sekali. "Apa? Kat mana?"
"Rumah Dani!" OK aku tak salah dengar.
Apa yang kami buat kat sini?!
"Jangan risau. Kita menyorok sekejap je. Dani tak balik lagi." Yana cuba tarik aku masuk rumah itu. Tapi aku tarik tangan aku semula.
"Aku tak kan masuk! Kita bukan terdesak pun!" kenapa dengan Yana ni? Dia memang sangat pelik dan menakutkan. Sampai rumah lelaki pun dia nak masuk?
"Sekejap je Mia... Aku janji, takde apa berlaku. Aku selalu je pergi sini." lagi lah aku tak nak masuk bila Yana cakap macam tu. Tak kan sekali-kali!
"Yana, kenapa kau jadi macam ni? Kau berubah! Kau... kau..." aku tak sanggup nak cakap semua ni. Aku cuba tarik nafas dalam-dalam.
Yana nampak macam faham. Dia berhenti tarik aku dan diamkan diri. Aku pun terdiam.
"Apa dah jadi pada kau?" aku tanya perlahan. Rasa nak menangis je. Dari mula lagi, Yana memang buat aku tak selesa.
"Mia!!" apa pula sekarang ni? Aku pusing ke belakang. Intan? Dia ada kat sini?
Yana nampak sangat terkejut. Intan ke yang serang dia tadi? Dan kenapa Intan tak bertudung, rambut pendek macam lelaki? Pakaian dia buatkan dia nampak macam lelaki betul.
"Mia, aku cari kau. Aku nak jumpa kau je. Tapi perempuan ni cuba halang aku!" Intan pandang aku dengan senyuman sebelum pandang Yana.
Mereka sedang berlawan mata pula. Apa kena dengan dua orang ni?
"Hei, kenapa korang ni?" aku menanya sambil jauhkan diri. Takut aku tengok dua orang ni.
Intan berjalan ke arah Yana. Yana nampak takut dan undurkan diri.
Tapi dia tiba-tiba berhenti. "Aku tak faham kenapa kau nak marah sangat?" Yana pula tanya Intan. Mungkin dia marah sebab kau bawa aku lari?
"Kau tak nampak lagi ke? Kau cuba larikan Mia dari aku! Apa hak kau nak buat dia macam tu?" Intan makin marah. Kalau tak berhenti ni, memang habislah mereka.
Tapi aku tak tahu nak buat apa. Jadi aku cuba beranikan diri dan tanya mereka. "Korang, tenang. Cuba bagi tahu apa jadi. Intan, kenapa kau cari aku? Yana, kenapa kau tak bagi Intan jumpa aku?" tu je yang aku boleh fikirkan sekarang.
"Mia, perempuan ni sebenarnya..." Yana bersuara tapi dipotong Intan. "Kau... aku dengar apa kau cakap pasal dia! Kau cakap pasal Mia dengan lelaki tu."
Lelaki mana pula? "Aku dengan Dani, kami couple! Kau nak cakap apa?!" ... itu bukan apa yang aku tahu. Aku ingatkan Dani dengan Yana kawan je? Yana cakap macam tu.
"Aku bongkarkan rahsia kau kalau kau cakap sesuatu." Yana mengugut Intan. Tapi Intan langsung tak takut.
"Aku pun. Kau tak kan selamat kalau Mia tahu..."
"DIAM!!!" aku dah hilang sabar. Semua ni memang tak masuk akal. Rahsia apa? Kenapa Yana tipu aku?
Ring!
Lagi sekali Iffah call aku.
"Mia, hati-hati!" aku tak mampu nak jawab apa-apa dah. Fikiran aku serabut.
"Intan tu... " aku terus pandang Intan yang sedang pandang aku, muka dia sangat pucat dan takut.
"...lesbian."
Aku rasa aku dah tak berapa waras.
YOU ARE READING
BUTA
SpiritualIslam Memang Islam ni satu agama seperti adanya agama-agama lain. Tetapi Islam tidak sesekali boleh disamakan dengan agama-agama lain. Memang ada syariat Islam yang kelihatan sama dengan cara pelaksanaan agama-agama lain. Tetapi tujuan pelaksanaan s...