Hari baru pada tahun baru. Aku rasa mengantuk sebab tak dapat tidur sangat malam tadi. Kenapa tah tiba-tiba tak boleh tidur pula.
"Morning Iffah." aku menegur Iffah yang dah tunggu aku kat depan pintu pagar asrama. Kelas tahun ni kat tingkat paling atas blok. Memang terseksa lah aku. Tapi Iffah lagi sedih, bilik pun tingkat paling atas.
"Kau berjaga ke apa ni. Nampak sangat mata tu mengantuk." Iffah pun perasan dah. Habislah aku dalam kelas nanti.
Aku malas nak jawab apa-apa. Aku sendiri tak tahu kenapa tak boleh tidur. Kami berdua terus berjalan ke sekolah. Eh, pergi dewan makan dulu. Sarapan.
"Kau tengok dah jadual kita?" Iffah bersuara dalam perjalanan kami ke kelas. Aku masih rasa mengantuk. Mata ni nak tertutup je.
"Kita mana dapat buku lagi. Jadual pun takde lagi lah." aku menjawab malas. Semangat tahun baru aku dah hilang sejak pagi tadi.
"Eh, ya lah. Hehe." aku menjeling Iffah yang ketawa sendirian. Biarlah dia.
Akhirnya, selepas mendaki 'gunung' tangga, kami sampai di kelas baru. Yeay...
"Hai korang!" baru aku nak melangkah masuk kelas, ada orang menegur. "Hai, awak buat apa kat sini?" Iffah membalas. Intan rupanya.
Intan berjalan mendekati kami. "Saja jalan-jalan. Saya sampai awal pagi tadi." Intan mesti tak biasa lagi dengan orang lain.
"Jom masuk kelas kami." aku mengajak. Sebenarnya aku malas nak jalan-jalan pagi ni. Semalam pun dah letih.
Kami bertiga masuk ke kelas 4 Anggerik. Ada lah seorang dua dalam kelas yang datang lebih awal. Aku bercadang nak pilih meja depan tahun ni.
"Nanti kita tukar juga kan." Iffah mehancurkan harapan aku. Lantaklah, aku duduk depan juga. Iffah pun duduk sebelah aku.
"Biarlah aku nikmati saat ni sebelum pergi." dengan dramatis nya aku duduk dan terus meletakkan kepala atas meja. Kalau bawa bantal lagi best.
"Mia mengantuk pagi ni. Tak tahu lah apa dia buat malam tadi." Iffah mengajak Intan duduk bersama kami.
Maaf semua, aku mengantuk lagi ni. Dan aku pun terlelap depan kawan aku.
-
"Mia... bangun." siapa yang mengejutkan aku ni? Aku dah lena tadi.
Aku pandang sekeliling, dah kosong kelas. Aku tidur sepanjang kelas ke?
"Mana semua orang? Pukul berapa ni?" aku panik dan terus tanya sesiapa je yang kejutkan aku tadi. Intan?
"Awak tidur dari awal sampai habis kelas. Dah pukul 4 petang ni." Intan menjawab sambil memandang aku. Mata aku terbeliak. Apa?!
"Ma-mana Iffah?" aku rasa agak terkilan dengan Iffah. Sanggup dia biar dan tinggalkan aku. Kenapa Intan yang kelas lain ni boleh pula datang?
Aku baru rasa nak menangis tapi Intan tiba-tiba gelak. "Mia, awak ni comel betul. Haha." aku tak faham, apa yang lawak? Apa yang comel?
"Perhimpunan lah. Sekarang pagi lagi. Iffah pergi tandas tadi, dia minta saya kejutkan awak." aku rasa ditipu. Memang ditipu pun.
Apa nasib aku kena macam ni. Langit ni pun satu, nampak macam dah petang. Aku pun sama, percaya sangat.Tak kan cikgu tak masuk sepanjang kelas hari ni...?
"Kenapa awak tipu saya...? Huhu..." kepala aku berada atas meja lagi sekali. Aku hampir mati terkejut sebab ingat betul-betul tadi.
Lama aku menyembamkan muka. Intan tak cakap apa-apa. Dia dah pergi ke? Sedihnya aku rasa...
Aku mengangkat kepala, nampak Intan sedang merenung aku. Ada lagi kat sini rupanya.
Tapi dia masih diam. OK, yang ni rasa awkward...
"Jom lah. Nanti lambat." aku menggeliat sebelum berdiri. Sekurang-kurangnya dah tak rasa mengantuk sebab terkejut sangat.
"Oh ya..." Intan bangun dan berjalan sama. Aku tunggu je, kalau-kalau dia nak minta maaf sebab kenakan aku tadi. Tapi dia diam je.
"Sorry Mia tapi kau comel sangat tadi. Aku nak buat kau tak ngantuk dah je." OK dia dah cakap. Aku pun terima jelah maaf dia.
"Mia, aku nak jadi kawan kau." aku rasa macam aku masih tidur sekarang ni. Aku bermimpi lagi ke?
Ada orang nak kawan dengan aku... Jarang nak dengar tapi boleh diterima.
"Kita memang kawan pun." aku memandang Intan dan senyum. Intan menundukkan kepala tiba-tiba.
"Tak sangka kau cakap macam tu." Intan tersengih pula. Mungkin dia jarang ada kawan juga? Aku faham perasaan dia.
Aku mengusap kepala Intan. Entah kenapa aku tak boleh kawal tangan aku. Intan nampak pelik dengan tindakan aku.
"Aku faham kau..." aku tersenyum dan pandang ke depan semula. Aku nak cakap je yang dia boleh percayakan aku.
"Kalau kau tahu sesuatu tentang aku, kau nak lagi ke kawan dengan aku?" aku dengar Intan bisik sesuatu tapi tak jelas. Aku memandang dia. "Haa?"
Intan menggeleng. "Jom lah cepat!" Intan tarik tangan aku. Tahu-tahu je kami dah berlari ke dewan. Harap-harap sempat lah.
-
"Mia, nak pergi kantin tak?" Iffah dah bersedia mengemas buku. Cepat betul dia ni, cikgu pun tak keluar kelas lagi.
Aku menggelengkan kepala tanda tak nak. Malas nak bersesak kat kantin. Aku takde mood sangat pun.
Selepas cikgu keluar, barulah semua orang berpusu-pusu ke kantin. Macam tak makan seharian. Iffah pun termasuk mereka yang pergi ke kantin.
Aku membuka buku semula. Jujurnya aku tak faham sangat bab satu ni tadi. Jadi aku nak cuba fahamkan semula.
"Tak rehat?" aku pandang sebelah. Syahir? Kenapa dia tegur aku pula ni? Tiba-tiba pula tu...
"T-tak..." aku masih tak boleh nak cakap dengan dia. Syahir pandang aku pelik. Dia terus keluar tanpa balas balik jawapan aku. Hei, dia yang tanya dulu.
"Apa lah kau ni. Aku yang tanya." aku pandang sebelah satu lagi. Intan rupanya. Jadi, aku salah orang lah ni? Ya Allah, malunya!
Aku tergelak sambil tutup muka. Memang memalukan sebab orang tu Syahir.
"Hmm... mesti crush kau kan." Intan duduk sebelah aku. Dia pun tak rehat.
Aku cuba kawal muka supaya tak nampak betul. Aku gelengkan kepala dengan yakin.
"Aku nampak lah. Kau suka dia. Budak kelas ni ke?" Intan masih tak mengalah. Aku tak nak cakap pasal ni dah. Iffah seorang je yang tahu.
Intan masih tak berganjak. Aku pula sedang baca buku jadi aku biarkan dia. Aku jeling sikit nak tengok apa yang dia buat.
Intan masih pandang aku. Ada apa kat muka aku? Rasa macam dia kerap pandang aku.
"Kau pun tak rehat." aku bersuara tanpa pandang dia. Aku dapat rasakan dia tersenyum.
"Aku tak nak, tak suka." OK aku boleh terima kalau tak nak. Tapi tak suka? Tak suka makan?
Loceng berbunyi menandakan tamat waktu rehat. Kelas mula dipenuhi budak-budak. Ada yang bawa makanan sekali untuk bekalan. Waktu makan tak pernah habis.
Iffah yang baru masuk agak terkejut dengan Intan yang duduk kat tempat dia. Aku pula sedang fokus baca buku.
"Intan..." bila dengar suara Iffah, barulah aku dan Intan pandang dia. Aku kembali baca buku semula. Intan bangun dari tempat Iffah.
"Jumpa nanti." sebelum keluar kelas, sempat Intan melambai kami. Aku membalas dengan senyuman.
"Apa korang buat tadi?" Iffah duduk dan keluarkan buku teks. Aku mengangkat bahu. Fokus sangat sampai tak perasan apa Intan buat tadi.
Iffah tak tanya apa-apa dah. Lagipun aku tak nak cakap pasal Syahir tadi. Aku dah janji tak kan cakap apa-apa kat Iffah pasal dia.

ANDA SEDANG MEMBACA
BUTA
روحانياتIslam Memang Islam ni satu agama seperti adanya agama-agama lain. Tetapi Islam tidak sesekali boleh disamakan dengan agama-agama lain. Memang ada syariat Islam yang kelihatan sama dengan cara pelaksanaan agama-agama lain. Tetapi tujuan pelaksanaan s...