"Mia? Kau buat apa kat sini?"
Terdiam aku sebab malu. Janganlah orang tu nampak yang aku pandang dia.
Perempuan tadi terus berjalan melepasi aku. "Kau ni Mia. Jangan merayau boleh tak?" perempuan tu tarik seorang budak kecil.
Kenapa nama aku mesti common sangat. Aku teruskan berjalan ke campus.
"Mia..." lagi sekali? Ramai betul orang nama Mia kat sini.
"Damia..." sekarang Damia pula. Aduhai, susah nama sama ni.
"Damia Ali!" nama ayah pun sama ke?
Aku ditarik perlahan dari belakang. Nasib tak jatuh je. Aku pandang orang yang tarik aku tu.
Terus berubah air muka aku. Dari nak marah... terus jadi terkejut sampai pucat. Aku bukan nampak hantu ya.
"Iffah...?" bibir aku bergerak sendiri.
Dan orang yang nampak macam Iffah tu mengangguk.
Tu memang Iffah?
Aku terus pusing ke belakang semula. Nak buka langkah dah ni. Aku harap Iffah tak tahan aku.
Aku berjalan ke depan, tak pusing belakang dah. Jangan pandang belakang, Mia...
Tapi aku rasa agak hampa sebab Iffah tak tahan aku. Aku... nak tanya dia banyak benda. Tapi aku ego. Dan dia masih sama ke macam dua tahun lepas?
Iffah, tengok apa kau dah buat. Kau buat aku menangis lagi! Kau suka ke dengan semua ni? Kau bangga sebab dah berjaya buat aku macam ni?!
Aku nak cakap semua tu kat depan dia. Biar dia tahu aku sangat terluka dengan sikap dia. Persahabatan yang tercipta untuk tiga tahun, terus musnah.
"Mia?" aku tahu dia akan datang juga. Tapi aku masih ego, tak pandang dia.
"Mia, kau dengar tak? Kenapa tak pandang aku?" tapi kenapa suara dia macam lain? Sakit tekak mungkin?
Aku berhenti berjalan sebelum mengeluh perlahan. Pandang jelah dia Mia. Kau juga yang nak cakap dengan dia.
Aku pusing ke belakang. "Iffah, aku..."
Tak, bukan Iffah. Tapi seorang perempuan yang aku tak cam tapi macam kenal.
"Maaf, kau salah orang..." perempuan tu cakap macam pernah kenal aku. Tapi aku tak ingat siapa. Budak sekolah rendah? Sekolah menengah?
Tak sempat aku jawab apa-apa, dia dah tarik aku ke dalam pelukan. What?! Siapa dia ni?
"Maaf... tapi saya rasa awak yang salah orang..." aku cepat-cepat lepaskan diri. Kalau nak berkenalan pun, jangan sampai terus peluk orang tu.
"Hahaha! Mia, kau tak ingat aku? Sampai hati kau. Aku ingat kita kawan baik." perempuan tu hanya tersenyum. Dia sendiri tahu yang aku tak kenal dia.
Eh, tak ingat dia? Jap... kawan baik? Aku tak ramai kawan. Kawan baik pun...
"Yana?!" nama first yang terlintas. Aku memandang dia dengan penuh terkejut.
Senyuman dia makin lebar. Memang Yana!
Aku peluk semula Yana. Tergelak aku, Yana pun sama.
Kami lepaskan pelukan sebelum aku tergelak semula. Kelakar lah aku ni.
"Sorry, aku betul-betul tak cam kau. Aku masih ingat kau tau." aku kata selepas gelak tak henti-henti tadi.
"Kau... Aku cam je kau tadi. Dari belakang tau. Kau tu, depan-depan pun masih tak dapat." ya memang aku lambat sikit.
Tapi bukan aku tak cam Yana sebab dah lama sangat. Tapi sebab muka dia berubah. Dan...
Dia tak bertudung. Aku mana ada kawan baik bukan Islam.
Adakah Yana...
Tak, tak mungkin. Aku nak tanya pun bersalah.
"Kau nak pergi mana ni?" Yana menanya lagi. Masih tak berubah perangai suka tanya dia tu.
"Aku nak balik campus. Tak jauh sangat dah ni." aku tengok semula kedudukan campus dalam telefon. Mula-mula ni, memang macam masuk hutan. Jangan sesat sudah.
"Aku pun. Kau course apa?" Yana turut menjeling telefon aku.
"Eh, kau sambung sini juga? Aku ingat kau melawat ke apa." aku tak sangka akan sama uni dengan Yana. Agaknya course apa dia ambil?
"Ya lah, mak cik! Tak kan saja-saja aku nak datang." Yana mencubit pipi aku. Ya, ini memang Yana yang sama dari dulu. Cuma berbeza... pada luaran.
Aku tersengih. "Cepatlah jawab, kau course apa?" oh ya, soalan Yana tadi.
"Aku ambil medic untuk jadi pediatric." aku malas nak ulas panjang-panjang. Cakap je medic.
Yana mengangguk sambil tepuk bahu aku. "Aku bangga dengan kau. Budak sains berjaya ni nanti, Insya Allah." Yana buat-buat mengesat air mata.
Ceh, drama betul. Eh, dia masih Islam lagi lah...
"Amiin. Kau pula ambil course apa?" teringin nak tahu apa dia minat. Dah lama kan tak jumpa.
"Aku... fashion design. Ya Mia, budak sekolah sukan tak semestinya jadi atlet." wah, dia dah dapat baca muka aku! Aku baru nak tanya soalan tu tadi.
Jadi, dia tak jadi atlet negara lah ni?
"Aku ambil kelas tambahan untuk semua ni dulu. Aku belajar menjahit, belajar fashion dan lain-lain. Sebab mama aku cakap aku ada taste yang bagus dalam fashion." Yana sambung lagi. Tak bagi ruang untuk aku tanya semua tu.
Dia memang dah jawab semua soalan aku. "Hebat nya kau! Aku tak tahu pun. Boleh aku dapat special discount kat butik kau nanti. Hehe." aku dah berangan, terbayang baju-baju yang cantik. Aku kan perempuan juga.
Yana mencubit pipi aku lagi. Aku kena pakai topeng muka ni, nak halang dari kena cubit. Nasib lah dah lama tak jumpa.
"Banyak cantik muka kau! Tapi... kau memang makin cantik pun." tergelak aku dengan jawapan Yana. Yana pun sama, gelak dengan aku.
"Dah lama tak jumpa. Kau pun cantik, sampai aku tak cam." aku hampir-hampir cakap sesuatu yang tak berapa elok.
Yana diam. Aku ingat dia akan buat muka bangga ke apa. Aku pasti dia salah faham apa aku cakap.
Tapi aku nak tanya kenapa dia jadi macam tu.
"Aku ada banyak nak cerita kat kau. Bila kita ada masa ya?" Yana pandang aku. Mata dia nampak agak sedih. Dia masih ada rasa bersalah dalam diri.
"Ah, aku pun tak pasti. Kita tukar nombor?" disebabkan aku takde telefon waktu sekolah rendah, kami lost contact. Tak dapat buat apa-apa.
Yana mengambil telefon aku. Amboi dia ni, suka hati je.
"Nombor?" Yana menanya. Aku sebut nombor telefon aku yang tak pernah aku tukar dari mula-mula dapat telefon. Aku malas nak tukar-tukar nombor.
Yana bagi semula telefon aku. Dia keluarkan telefon dia pula.
"Hello..." oh ada orang call dia. Aku buat-buat tengok telefon, padahal nak dengar juga.
"Nanti kita sampai. Tengah dengan kawan ni. OK, bye sayang." aku nampak Yana senyum-senyum dari tadi. Siapa tu?
"Siapa?" terlepas cakap, memang aku nak cubit-cubit mulut ni sampai lebam.
"Eh, ni kan campus kau, Mia?" Yana memandang bangunan sebelah. Dah sampai rupanya. Tak perasan pula aku.
"Aku pergi dulu ya. Kalau rindu mesej lah! Call pun boleh!" Yana cepat-cepat pergi. Macam nak kejar kereta api.
Kenapa dia mengelak soalan aku tadi? Buatkan aku makin curiga.
Mia, berbaik sangka lah... Yana kan kawan baik kau.
Tapi manusia boleh berubah hati.

ANDA SEDANG MEMBACA
BUTA
SpiritualIslam Memang Islam ni satu agama seperti adanya agama-agama lain. Tetapi Islam tidak sesekali boleh disamakan dengan agama-agama lain. Memang ada syariat Islam yang kelihatan sama dengan cara pelaksanaan agama-agama lain. Tetapi tujuan pelaksanaan s...