1

1.3K 70 2
                                    

"Kim Taehyung! Mana kau?" Habislah rumah Taehyung. Disergah oleh Seokjin.

"Aku kat atas,wae?" Taehyung menyahut dari tangga. Seokjin terus berlari ke atas dan melihat Taehyung memandangnya dengan wajah yang tertanya-tanya.

Seokjin melompat ke arah Taehyung dan memeluknya erat.

"Taehyung! Namjoon terima aku!! Kau happy tak untuk aku?" Seokjin memeluk Taehyung dengan erat.

Senyuman Taehyung menghilangkan apabila mendengar nama Namjoon itu. "Taehyung?" Seokjin memanggil.

Taehyung mengusap kepala Seokjin. "Humm, aku happy. Lepas ni Namjoon pulak jaga kau kan?" Seokjin memandang Taehyung apabila mendengar ayat Taehyung.

"Mana ada! Kau kena jaga aku jugak! Kau sahabat aku mana boleh tinggalkan aku.." Seokjin berkata sedih.

'ya tuhan..Seokjin. aku cuma sahabat kau..' Taehyung berkata dalam hati. Bukan senang untuk mengingati perkataan sahabat bila bersama Seokjin selama lebih dari 10 tahun. Mereka beza 2 tahun namun kelas yg sama.

Si genius Kim Taehyung melompat kelas setiap tahunnya. Seokjin melarang Taehyung melompat kelas lagi kerana Seokjin mahu sekelas dengan Taehyung.

"Taehyung.. jangan tinggalkan aku," Seokjin memeluk Taehyung lagi. Taehyung tahu sangat perangai manja sahabatnya. Sejak mereka kecil lagi sudah bersama. Mereka adalah mereka. Takkan ada yg boleh dipisahkan.

"Iya..siapa boyfriend kau sekarang ni?aku atau Namjoon?" Taehyung mengejek Seokjin. Seokjin diam.

"Tae! Jinie marilah makan dulu," panggil ibu Taehyung puan Kim Hyuri. Mereka berdua turun tangga bersama dan bergerak ke dapur. Mereka duduk bersebelahan.

"Amboii, tak boleh dipisahkan langsung huh?" Pn Hyuri mengejek. Taehyung memandang ibunya dengan pandangan tajam.

"Appa," Seokjin menyapa ayah Taehyung, Encik Kim Saewon.

"Seokjin? Papa kamu sihat ke?" Appa Taehyung bertanya dan menyelak surat khabar yg dibaca.

"Dia sihat," Seokjin senyum apabila bercakap dengan ayah Taehyung. Ayah mereka adalah sahabat begitu juga ibu mereka sehinggalah mereka.

"Chan! Mari makan, sayang jom makan," puan Hyuri memanggil suaminya. Suaminya bangun dari sofa dan mengambil tempat disebelah isteri kesayangannya dan didepan Seokjin.

Mereka sarapan bersama. Tak lama itu, mereka dah habis sarapan Seokjin menolong puan Hyuri membasuh pinggan mangkuk.

"Gumawo Jinie," puan Hyuri berterima kasih. Seokjin senyum dan berkata "sama-sama eomma," puan Hyuri tersenyum "harap suatu hati nanti Taehyung bawa kekasihnya yg pandai memasak, mengemas dan menjadi pendamping hidup Taehyung.." puan Hyuri mengadu.

"Dia akan eomma," Seokjin menambah. Taehyung dari belakang memeluk Seokjin, puan Hyuri yg melihat hanya menggelengkan kepalanya. Sikap manja Taehyung memang begitu sejak mereka masih kenal.

Tak heran kalau ramai yang kata mereka itu, dianggap sepasang kekasih bila keluar bersama.

"Tae pergilah tunggu Jinie kat bilik, jangan kacau dia," marah appa nya. Taehyung mengangguk dan naik ke tingkat atas. " Macam mengganggu moment menantu dan mertua saja," bebel Taehyung semasa menaiki tangga.

.
.
.

"Taehyung besok aku nak keluar date dengan Namjoon, kau nak ikut?" Tanya Seokjin mengusap rambut Taehyung yg ada di pahanya.

"Mana boleh, orang date mana boleh bawa kawan. Itu mengganggu namanya. Apa lah kau ni," Taehyung memandang Seokjin dengan tatapan kecewa.

Seokjin tak melihat hal itu. Besok adalah hari terakhir mereka bercuti kerana esoknya mereka akan kembali ke sekolah.

Seokjin masih berumur 18, manakala Taehyung? Umurnya 16 tapi fikirannya lebih matang dari Seokjin. Mungkin kerana Seokjin dimanjakan oleh ibu bapanya bahkan keluarga Taehyung dan Taehyung sendiri.

Keluarganya pernah melarang Seokjin pergi ke perkhemahan sewaktu umurnya 12 tahun tapi Seokjin berkeras mahu pergi sehingga dia menangis. Untung ada Taehyung, Taehyung yg menjaganya sepanjang perkhemahan berlangsung.

Seokjin berhati lembut dia tidak suka kekerasan. Dia hidup penuh kasih sayang sama seperti Taehyung. Walaupun keluarga Taehyung bukanlah keluarga sebenarnya.

Tbc😁

Jgn lupa vote, yg nak follow boleh follow.

-yana-

you and I, US (Taejin) .End.Where stories live. Discover now