9

357 29 3
                                    

Sekelas mereka makan malam, Jisoo mengetuk pintu bilik oppanya yang berniat untuk memberi tahu sesuatu tentang perasaannya. Seokjin yg sedang membaca novel sambil makan coklat strawberi berhenti dan membuka pintunya.

"Soonie, masuklah," Seokjin membuka pintu lebih luas untuk Jisoo masuk. Jisoo tersenyum indah dan masuk, duduk di katil besar si oppa.

Seokjin mengambil tempat disebelah adiknya yang sedang kelihatan ragu. Seokjin menyentuh bahu adiknya dan adiknya pula terkejut dari lamunan.

"Mesti ada benda penting kan? Cie cie cie, ada dambaan ke?" Usik Seokjin dengan tangan yg membentuk love.

Jisoo yang tadinya diam, memukul bahu oppanya yg mengusik. Jisoo kemudian mengambil nafas banyak-banyak dan menatap oppa didepannya serius.

"Oppa..Jisoo..suka.."

Seokjin mendekatkan telinganya depan wajah Jisoo untuk mendengar lebih dekat.

"Taehyung.."

Deg!

"Dah lama Soonie suka dia.."

Deg!

"Cuma..tak dapat nak ungkapkan.."

Deg!

"Oppa..Soonie suka Taehyung.."

Jantung Seokjin seperti mahu tercabut mendengar adik perempuannya memberi tahu perasaannya menyukai sahabatnya. Itu bagus bukan. Takkan sampai rasa sakit hati macam ni?

"Oppa?" Jisoo melambaikan tangannya didepan wajah oppanya yang terkejut. Seokjin mengerdipkan matanya beberapa kali dan menatap adiknya.

"B-baguslah..haha.. lagipun kamu dah boleh lupakan budak tu kan?..bagus lah.." Seokjin berkata canggung.

Tangan Jisoo membelai wajah bersih Seokjin. Memandangnya dengan tatapan yang sulit diertikan.

"Bantu Soonie, oppa.." ucapnya. Seokjin terdiam lama dan mengangguk perlahan menahan sebak didada. Jisoo tersenyum lagi dan meminta diri keluar dari bilik si oppa.

"Oppa..Jisoo..suka.."

"Taehyung.."

"Dah lama Soonie suka dia.."

"Cuma..tak dapat nak ungkapkan.."

"Oppa..Soonie suka Taehyung.."

"Bantu Soonie, oppa.."

Seokjin mengingat satu-satu ayat yang didengarnya. Dadanya terasa semakin berat. Matanya terasa berair. Seokjin memeluk patung RJ dan menenggelamkan wajahnya di patung lembut itu

"Taehyung..aku sepatutnya bantu adik aku kan?..tapi..kenapa aku pun sedih? Kalau aku tolong adik aku..dan kalau kau pula terima dia..kau masih sayangkan aku tak?..hik..aku tak nak kau tinggalkan aku..hik..aku tak nak..aku tak sanggup nanti..kau akan lupakan aku...hiks, huhu..aku taknak.." Seokjin mengeluarkan isi hatinya dengan perasaan terbawa-bawa. Perasaannya saat ini bercampur aduk sehingga dia sendiri tak dapat jalan penyelesaian.

Air matanya mengalir dengan sendirinya tanpa diminta Seokjin. Seokjin segera menghapuskan air matanya apabila handphone di sebelahnya berdering.

"H-helo?.."

"Seokjin? Kau kenapa?"

"T-tak ada apa-apa.."

"Suara kau serak, kau menangis ke?"

"Mana ada,"

"Tipu. Aku tahu kau Seokjin..siapa buat kau?Namjoon?"

"Bukan.. gwenchana,"

you and I, US (Taejin) .End.Where stories live. Discover now