31 END

552 28 2
                                    

"eomma rasa.. Taehyung balik esok," puan Kim membuat kesimpulan. Seokjin yang dari setengah jam menunggu tetap tak untuk menunggu kekasihnya balik setelah 5 tahun berpisah. Setiap tahun melaluinya dengan berat tanpa Taehyung tanpa orang yang boleh memberinya kasih sayang yang sangat dia ingini.

"Kalau macam tu.. nampaknya Jinie rayakan tahun lahir tanpa Taehyung..lagi. Arraseo, khajja kita balik," Seokjin memegang tangan ibu Taehyung dan tersenyum. Dia cuba fikir positif, esok dia akan tetap berjumpa dengan kekasihnya kan.  Dari minggu lepas Taehyung selalu berkata bahawa dia akan balik esok dan sehingga sekarang dia tak datang berjumpa dengannya. Dan itu membuatkan Seokjin sedikit kecewa.

"Sabarlah Jinie," Jimin menggosok bahu Seokjin dengan lembut untuk menenangkan lelaki yang kecewa itu. Memang Taehyung tak janji akan balik ke Seoul untuk sambut hari lahirnya tapi, setelah 4 tahun tanpa berjumpa membuat Seokjin keliru. Dia takut, disana Taehyung mungkin ada perempuan simpanan atau lelaki yang lebih bagus darinya. Tapi dia tetap ingat. Taehyung ke England belajar untuknya, untuk mereka. Taehyung sanggup menghabiskan 5 tahun disana untuk Seokjin dan Seokjin tak sepatutnya memikirkan hal lain.

"Seokjin, apa permintaan kamu di hari lahir kamu yang ke 23? Mana tahu boleh dikabulkan," Jimin berkata dibelakang. Seokjin tersenyum dan melihat langit dari tingkap.

"Aku berharap..masa aku dan Taehyung lebih panjang.. dia sihat dan gembira..aku nak yang terbaik untuk dia dan aku, kami." Tanpa sedar mata Seokjin memerah, airmatanya bertakung tak mengalir.

"Sabarlah, Seokjin. Dia mesti akan ingat kau," Jimin menepuk bahu sahabatnya. Seokjin mengangguk. Selama 4 tahun kebelakang ini, sahabatnya sentiasa memberikan sokongan padanya. Untuk tetap kuat dan tabah melalui hidupnya.

"Seokjin kita dah sampai," mendengar suara puan Kim, Seokjin menghapuskan air matanya yang yang bertakung. Tidak ada niat untuk mengalir sama sekali.

"Kami dah balik.." Seokjin masuk ke rumah puan Kim iaitu keluarga Taehyung yang ingatnya akan membawa Taehyung pulang bersama. Yang lain nampak riak wajah kecewa Seokjin akhirnya memeluk Seokjin ramai-ramai. Seokjin mesti sedih.

"Sabarlah Seokjin..dia pasti akan balik dan jumpa kau," ucap Suga. Seokjin memberi senyuman nipis pada mereka. Dia harus tersenyum dihari lahirnya sendiri kerana hari lahirnya lah yang mengingatkannya bersama Taehyung. Diwaktu kecil, Taehyung akan membaling tepung padanya. Main kejar-kejar dan yang paling dia sering kali menunggu apabila-

"Happy birthday baby,"

-Taehyung mencalitkan krim kek ke wajahnya sebelum dia meniup lilin.

"T-taehyung!"

Surprise! Taehyung yang sengaja balik awal untuk merayakan hari lahir Seokjin yang ke 23 dengannya. Seokjin yang dari tadi menahan airmatanya mengalir deras dengan tanganya menutup mulutnya.

"Happy birthday. Gumawo, sebab dah tunggu aku selama..5 tahun, saranghae." Seokjin tak mengucapkan apa-apa. Dia senyap dengan airmatanya tak henti-henti mengalir. Pelukan hangat yang Taehyung berikan sememangnya dirindui 5 tahun lamanya.

"Happy birthday my love. thanks for everything. who has been waiting for me for 5 years...This guy is my sweetheart, Kim Seokjin. All for you and I, US." Taehyung dengan tangannya menggenggam tangan Seokjin dan menatap Seokjin penuh kerinduan. Mata seokjin yang berkaca-kaca sehingga Isakkan kecil terdengar. Seokjin yang masih menangis kerana kekasihnya yang selama ini dia cintai. Yang dia tunggukan ada didepan mata.

"Amboi..pandainya speaking, hiks. Bogoshipeo," Seokjin memeluk Taehyung dan Taehyung menerima pelukan dari kekasihnya. Kerinduan yang meluap antara mereka.

"Wah wah, lupakan kami nampak?" Tuan Kim menegur anaknya yang memeluk kekasihnya begitu lama. Taehyung melepaskan pelukannya dan merangkul pinggang Seokjin, mendekatkan Seokjin padanya.

Seokjin dengan gembiranya memotong kek dengan kekasihnya disebelah. Ada semua orang, kekasihnya. Keluarganya dan keluarga Taehyung. Tak lupa juga keluarga Ji.

Sohyun menepuk kedua tangannya dengan kepala bersandar dibahu Namjoon. Mereka sudah berbaik. Setelah apa yang mereka lalui, mereka jadikan semua itu sebagai pelajaran. Sahabat saling memerlukan. Daripada sahabat boleh membawa ke perasaan yang lain. Yang tak boleh mereka jangkakan.

Macam biasa, Taehyung mencampakkan tepung ke wajahnya dan jadilah kejar-kejaran dirumah itu. Diantara kekasih yang terpisah lama. Puan Kim tersenyum indah melihat anaknya akhirnya dapat gembira seperti itu lagi.

"Saranghae Taehyung!" Seokjin menguncup pipi Taehyung. Taehyung tersenyum sinis. Dengan secepat kilat dia memegang pinggang ramping Seokjin. Matanya menatap anak mata Seokjin yang indah. Matanya terkunci di bibir merah Seokjin. Sudah lama dia tak rasakan kenyal bibirnya.

Seokjin yang tak membuang masa terlebih dulu bertindak. Menjengketkan kakinya sehingga bibirnya bersentuhan dengan bibir Taehyung. Taehyung membalas ciuman mereka dengan cinta, kasih sayang dan rindu.

Sweetnya!

Tamat,

Eits belum!

5 bulan kemudian.

"Taehyung berat badan I naik lagi," Seokjin dengan bibir muncung kedepan memanggil kekasihnya yang mengeringkan rambut. Taehyung tersenyum kotak dan melilitkan tangannya dipinggang sang kekasih.

"Naik berapa kg?" Tanya Taehyung merehatkan dagunya diatas bahu lebar Seokjin. Seokjin memejamkan matanya sebentar.

"Naik 2 kg, biyy. I taknak gemuk," Seokjin menoleh pada si kekasih. Taehyung mencubit pipi Seokjin yang semakin tembam.

"Pregnant tu. Ada baby kecil ke dalam ni?" Taehyung mengusap perut Seokjin. Seokjin mengerut dan memukul bahu Taehyung. Taehyung ketawa kecil melihat kekasihnya yang begitu coommmeeell.

"Mana boleh lelaki mengandung! Siap biyy kalau sampai I pregnant," Seokjin menunjukkannya jari telunjuknya ke batang hidung lelaki kacak didepannya.

"Tak apa, I boleh tanggungjawab. Asalkan dia anak kita," kata-kata Taehyung buat wajah Seokjin berubah merah. Seokjin menyiku perut Taehyung yang otaknya dipenuhi dengan benda yang pervert.

"Jom sayang kita 'bersenam'. Biyy tolong you turunkan berat badan," Taehyung dengan laju mengangkat Seokjin dibahunya membawanya ke bilik.

" Yah! Taehyung! You bukan tolong I turunkan berat badan, you naikkan adalah!"

Baru betul tamat☺️

Terima kasih sangat-sangat pada yang membaca🤭 author akan berusaha buat cerita yang bagus untuk korang 💕 tapi hanya Taejin dan Jikook.

Tak sangka setelah beberapa minggu, akhirnya author menyiapkan kerja author ni😘

Kalau berminat singgahlah ke novel ff Jikook, bukan budak yang sama😊 jgn lupa votes dan follow I 😁

Thx yall

Luv u💜💝

And,

U nice keep going 👍

-yana-

you and I, US (Taejin) .End.Where stories live. Discover now