Hari semakin malam. Taehyung menghantar seokjin sehingga ke depan pintu rumahnya.
"Taehyung tak nak singgah dulu ke?" Seokjin pelawa Taehyung. Taehyung hanya menggelengkan kepalanya.
Seokjin memuncungkan bibirnya kedepan. "dah kenapa ni?" Taehyung mengusap rambut Seokjin.
"Tak ada apa, jumpa besok Taehyungie," Seokjin melambai depan Taehyung. Taehyung tersenyum.
"Mana boleh jumpa, kan kau nak jumpa Namjoon? Kesian nnti dia jeles," Seokjin menunduk dengan kata Taehyung.
"Hmm, okay.." Seokjin berkata sedih. Taehyung mengusap rambut Seokjin. Dan mula hendak pergi tapi,
Seokjin menarik baju Taehyung sambil berjengket menyamakan ketinggian mereka dan meletakkan bibirnya di pipi Taehyung.
"Selamat malam, Tae," Seokjin dengan pantas masuk dan menutup pintu didepan muka Taehyung.
"A-apa tadi tu?" Taehyung berkata sambil berjalan ke keretanya dan memandu kerumah nya.
"Amboii, anak mama dah balik. Macam mana eomma Hyuri? Sihat?" Mama Seokjin menegur anak lelakinya dari dapur. Seokjin menghampiri mamanya.
"Eomma sihat mama," Seokjin mahu masuk ke tapi berhenti seketika.
"Umm, mama,"
"Ye sayang?" Mamanya menjawab lembut.
"Kalau kita sukakan seseorang macam mana perasaan kita?" Seokjin bertanya dan mengambil tempat di depan mamanya. Mamanya tersenyum nakal.
"Ekhem dah ada orang ke?" Mama Seokjin berkata nakal. Wajah Seokjin memerah kerana kata-kata mamanya.
"Ada, tapi Jinie ragu. Sebab tu Jinie tanya mama," Seokjin memainkan jarinya dan menunduk.
"Dengar ya sayang, kita sukakan seseorang hanyalah perasaan yg mengganggu kita. Jika perasaan kita selesa dengan seseorang itu bermaksud kita hanya selesa. Tetapi jika sampai jantung kita berdegup dengan laju bermaksud hati kita menyebut namanya..sampailah suka kita berlebihan sehingga tercipta sebuah perasaan bernama cinta, faham?" Jelas mamanya Seokjin.
Seokjin mengangguk faham dan bangun dari tempatnya dan mencium pipi mamanya. Dia berlari kearah papanya yg di sofa melihat tv dan mencium pipi papanya.
"Selamat malam mama papa," Seokjin berlari ke tingkat atas dan masuk biliknya.
Seokjin meletakkan tangannya didada dan merasakan degupan jantung yg laju. "Kim..Namjoon?" Mulut Seokjin kaku apabila hatinya hampir menyebut Kim Taehyung.
Seokjin mencampakkan badannya dikatil dan mengambil handphone dari poketnya. Dia membuka Whatsapp dan chat bersama Taehyung kerana kebetulan Taehyung sedang online.
Jinie💖
Taehyung..
Hello?
Heyy yohhTae👽
Dae?
Kenapa?Jinie💖
Betul ke tak nak ikut?
Kenapa tak ikut?Tae👽
Jinie..tolonglah jgn cerita pasal ni lagi, nnti dia akan salah faham.Jinie💖
Tak lah, kau saja lebih ni. Dia baik dan pengertian..tolonglah ikut aku, aku nak kau..Tae👽
Haihh
Kat mana?
Pukul berapa?Jinie💖
Yeayy
Kat taman xxx, pukul 9 tepat.
Thx Tae, love you.Tae👽
Yee
Love you too
Pergi tido sana, byeJinie💖
Bye gdnght, gumawo,💕Seokjin mengecas telefon pintar itu dan membaringkan badannya yg kepenatan juga menyelimutkan dirinya sehingga bahu.
.
.
."Sayang, mana Taehyung ni?" Namjoon melihat jamnya yg sudah hampir pukul 10. "entahlah biy, Humm," Seokjin duduk semula di kerusi panjang di sebelah Namjoon.
"Hei, sorry lmbt.." akhirnya Taehyung datang menghampiri mereka. Namjoon bangun dari tempat duduknya.
"Hmm, tak apa. Sekarang dah boleh gerak, jom kita berseronok!" Namjoon berkata dengan girang. Semasa mereka mahu bergerak, telefon Seokjin berbunyi.
Seokjin mengangkat panggilan itu. "hello?..mama kenapa ye?..uhh, Jinie dengan Taehyung dan Namjoon..adik? Humm jap," Seokjin menutup sebentar telefonnya dan beralih pada Namjoon dan Taehyung.
"Mama saya suruh saya bawak adik..boleh ke?" Seokjin berkata serba salah. Namjoon memandang Taehyung juga Taehyung memandang Namjoon. "boleh je, bawa lah dia sekali mesti dia pun nak ikut. " Jawab Namjoon.
Seokjin kembali kepada panggilan telefon itu, " eum, boleh...Kat depan taman xxx dan suruh dia cepat sikit..bye, love you mama. " Seokjin menamatkan panggilan dan beralih pada kekasihnya.
"Nampaknya kita kena tunggu sorang lagi orang. Sorry buat biy tertunggu, mianhe," Seokjin menunduk. Namjoon memeluk Seokjin dan mengusap belakangnya.
Taehyung yg melihat perkara itu hanya mengalihkan pandangannya ke arah lain.
Tak lama menunggu, seorang perempuan menghampiri mereka.
"Sorry lambat oppa," perempuan berumur 16 tahun meminta maaf pada Seokjin.
"Apa yg buat kamu lambat Soonie?" Seokjin bertanya dan melipatkan tangannya didada bertanda marah.
Adiknya ketawa kecil. Jelas-jelas oppanya pura-pura marah padanya. Dengan wajah yg comel bila marah siapa takut? Lebih geram adalah.
"Kim Jisoo?" Taehyung menyampuk. Jisoo yg melihat Taehyung terus melompat peluk si lelaki handsome itu.
"Taehyung? Kau pun ada?" Jisoo memeluk erat Taehyung. Taehyung mengusap rambut panjang Jisoo dan membalas pelukan hangat itu.
"Yelah, lama tak jumpa kau sejak aku lompat kelas. Kau pun satu asyik sangat melepak tak ingat aku," Taehyung berkata sedikit kesal.
Tbc
Jadi? Ada yg baca?
-yana-
YOU ARE READING
you and I, US (Taejin) .End.
Romancebayangkan apabila Taehyung jatuh cinta pada sahabatnya sendiri iaitu si manja Kim Seokjin walaupun dia tahu bahawa sahabatnya itu sudah ada kekasih, bagaimana pula, jika adik Seokjin jatuh cinta pada Taehyung dan Seokjin pula membantunya? bagaimana...