Semenjak kejadian yang terjadi di tandas itu, Jimin sering diam. Tak berbicara atau bersembang. Tatapan matanya kosong tak berarti. Kerana dia menyadari sesuatu iaitu-. Apabila dia berjumpa dengan Jungkook, dia akan berusaha cari alasan dan menjauhi Jungkook. Jungkook merasa bersalah. Bersalah kerana melakukan hal yang buruk pada hyungnya.
Jungkook POV
Apa aku nak buat?? Semua member dah tanya apa masalah aku dengan Jimin..apa aku patut buat biar dia tak macam ni lagi? Lagipun waktu berciuman bukan dia tolak pun..dia..menangis.
"Jimin..mianhe.."
Jimin jika terserempak dengan aku, dia akan terkejut dan melarikan diri dan ada banyak alasan. Mana Jimin aku yang ceria dulu..kenapa..
Kenapa aku ni tak berguna untuk dia, padahal aku dah janji takkan buat lagi. Aku mungkir janji yang dia buat. Aku jatuh cinta pada dia.
Dan aku akan berusaha dapatkan dia. Dapatkan Jimin yang dulu yang selalu tersenyum dan membahagiakan orang yang sedih.
End of Jungkook POV
Petang datang, Jungkook berancang mahu datang ke rumah Jimin dan menjelas semua perkara. Harap saja dia terima. Jungkook sekarang betul-betul ada didepan pintu rumah Jimin.
Tok
Tok
Tok"Eh, Jungkook. Masuklah," ucap seorang wanita berpakaian cantik.
"Gamsahamnida auntie," Jungkook menunduk hormat pada wanita bergelar ibu Jimin.Jungkook masuk ke rumah mereka dan melihat tuan Park di depan televisyen bersama Jimin. Jimin terbangun dari duduknya menatap Jungkook dari kejauhan.
"Kebetulan sekali, auntie dan uncle nak pergi satu tempat. Kalau tak keberatan, jagakan Jiminie 1 hari boleh? Kami balik dalam waktu petang esok. Boleh lah ya, nanti auntie tanya ibu kamu Kay?
"Boleh je, saya tak keberatan pun. Tapi keringanan," Jungkook berkata dan dihujung ayatnya dia berkata dengan perlahan dan tidak dapat didengar oleh auntie Park.
"Baby, mama and papa pergi dulu sayang. Jaga diri dan dengar cakap Jungkook. Jangan melawan cakap dia, arraseo?" Jimin mengangguk dengan pesanan puan Park.
"Dan Jungkook kalau Jimin tak dengar cakap kamu, kamu mesej je uncle tau," ucap tuan Park pula pada Jungkook. Sepasang suami isteri itu menguncup dahi anaknya yang akan ditinggalkan olehnya.
Kereta yang dinaiki suami isteri itu menghilang di perjalanan. Jimin yang masih memandang luar termenung. Bagaimana jika Jungkook tiba-tiba melakukan aksi bodoh. Jika dia menciumnya bagaimana. Hanya itu yang difikirkan Jimin.
"Jimin hyung.." Jimin tersentak apabila sebuah tangan besar menyentuh bahunya. Jimin menolak pada yang memegangnya. Jungkook yang ditolak tangannya sedikit terkesan. Mata Jungkook berkaca-kaca. Siap ditumpahkan isinya yang ditahan.
"Mianhe..please bagi saya peluang.." Jungkook menangis didepannya, Jimin hanya tercegat mendengar kata maaf dari Jungkook.
"Jungkook.." Jimin mengangkat tangannya menghapus air mata jernih Jungkook. Sama seperti yang dilakukan Jungkook ketika ditandas beberapa hari yang lalu.
"Hyung ada disini.." Jimin berkata dengan lirih. Hatinya juga sakit, tapi air matanya sudah mengering. Tidak dapat dikeluarkan lagi.
Jimin berjengket dan mencium dahi Jungkook singkat. Dan masuk ke dalam pelukan hangatnya. Itu semua yang dilakukan Jungkook hari itu dan kini Jimin mengikutinya.
- iaitu, dia mencintai sahabatnya, Jungkook.
.
.
."Taehyung..apa aku nak buat? Hiks, dia tak percayakan aku..hiks, kenapa.." Seokjin menangis dibahu Taehyung. Kejadian tadi memang membuat hati Seokjin panas. Sangat panas.
Flash back
Seokjin sedang berada ditaman, memakan aiskrim ditangan sambil menunggu kekasihnya selesai membeli coklat strawberi dikedainya tak jauh dari situ.
Sedang Seokjin makan aiskrim ditangan, seorang yeoja dari belakang merampas aiskrim miliknya. Seokjin kenal orang itu.
"Kau nak apa? Pulangkan balik aku punya aiskrim!" Seokjin merampas semula aiskrim miliknya tadi. Siapa lagi kalau bukan Sohyun.
"Aku datang nak jalankan rancangan aku lah. Apa lagi?"
"Apa rancangan kau huh? Rancangan nak jatuhkan aku? Aku takkan jatuh dan kalau aku jatuh sekali pun aku akan bangun semula,"
"Lebih baik kau dengar apa yang aku nak cakap. Kau, lelaki busuk yang pernah aku jumpa. Aku tak tahu kenapa ada orang yang boleh sayangkan kau macam ni. Kenapa kau boleh ada kekasih. Kalau dia tahu yang kau ni lelaki busuk, macam mana agaknya?" Sohyun berkata dengan tangan berlipat didada. Seokjin semakin panas bernafas berat.
"Apa kau nak perempuan?!"
Sohyun terduduk dilantai dengan aiskrim di rambutnya terkena baju cantiknya. Dengan pura-pura menangis.
"Baby?" Seorang lelaki datang membawa keropok yang disukainya. Seokjin memandang kekasih. Meminta untuknya memberi penjelasan. Dia taknak seperti kejadian beberapa tahun lalu. Pergi meninggalkannya seperti ayahnya.
"Namjoon..dia yang..datang cari pasal dengan I. Bukan I tolak dia.." ucap Seokjin lirih. Namjoon pula diam. Tidak tahu mahu berkata apa. Namjoon berjalan kedepan mereka berdua. Seorang yeoja iaitu murid baru dan seorang namja kekasihnya.
"Nah," Namjoon memberi bungkusan plastik ditangannya.
"Namjoon..you percayakan I kan?" Namjoon tak menjawab. Suara tangisan Sohyun terdengar. Ramai orang ditaman memandang mereka bertiga.
"Seokjin..aku minta maaf, tapi betul aku tak ikut kau..hiks, percaya lah aku.." Seokjin membuat muka jijik apabila Sohyun berlakon meminta maaf. Sangat sesuai dengan lakonan itu.
"Cik, biar saya tolong hantar cik," Namjoon menghulurkannya tangannya pada wanita yang terjatuh itu. Segera Sohyun mencapainya dan bangun.
"Namjoon..you lebih percayakan dia ke?" Tanya Seokjin dengan sayu. Tatapan matanya seperti tidak percaya apa yang dilihatnya. Sohyun dibelakang Namjoon tersenyum lebar melihat aksi mereka.
"Balik lah, nanti I chat okay?" Namjoon berkata mengusap rambut Seokjin. Seokjin dengan lemah mengangguk. Melihat pemergian kekasihnya bersama wanita busuk hati itu, sama seperti ayahnya yang memapah wanita itu menjauhi Seokjin.
Sebuah jaket terbentang menutupi belakang Seokjin. Seokjin melihat lelaki yang sangat dia sayangi ada di sebelahnya.
"Taehyung.."
Tbc
Stay safe Army 💕
And,
U nice keep going 👍
Love you 💝
-yana-
YOU ARE READING
you and I, US (Taejin) .End.
Romancebayangkan apabila Taehyung jatuh cinta pada sahabatnya sendiri iaitu si manja Kim Seokjin walaupun dia tahu bahawa sahabatnya itu sudah ada kekasih, bagaimana pula, jika adik Seokjin jatuh cinta pada Taehyung dan Seokjin pula membantunya? bagaimana...