"biyy..You believe me?"
"...I, I don't know, kenapa mereka sekeluarga rasa bimbang kalau anak dia jumpa you? You ada buat apa-apa ke kat dia?"
"Jadi..you tak percayakan saya lah? Lebih percayakan mereka..kenapa susah sangat you nak percaya I? I'm your boyfriend.."
"Ini bukan pasal percaya atau tak Seokjin, I tahu I tak patut tinggalkan you kat taman seorang diri tadi. Sorry, tapi..dia betul-betul minta maaf pada awak,"
"Saya maafkan dia kali ni saje,"
"Dan.. I nak you minta maaf kat dia esok okay?"
"What? Shireo,"
"Jangan degil baby, you tak kesian ke tgk dia menangis? Baju dia kotor sebab you tau, sepanjang perjalanan tadi dia asyik minta maaf je,"
"..."
"Baby?"
"Sudahlah.."
Tut
Panggilan ditutup. Dari petang menunggu kekasihnya untuk menelefonnya tetapi ini topik membicaraan mereka. Lelaki yang Seokjin sukai dan kagumi rupanya lebih mempercayai air mata palsu seorang wanita.
"Hiks, kenapa semua orang susah nak percayakan aku?..aku tak nak macam ni.." Seokjin berkata memeluk lututnya.
Malam ini Seokjin betul-betul hilang selera makan. Jika Seokjin badmood dia akan makan makanan sebanyak-banyaknya kerana itu boleh membuatnya hilang stress.
Kali ini Seokjin hanya memandang cheese cakes didepannya tanpa menyentuh makanan itu. Air matanya mengalir dan mengering.
.
.
."Baby, kenapa tamatkan panggilan semalam?" Namjoon bertanya pada kekasihnya. Seokjin tersenyum lemah dan menatap mata lelaki tinggi itu.
"Kalau I tak tamatkan panggilan malam tadi, you akan percayakan I ke? Sampai pagi nak cakap pasal ni and you tak percayakan I," Seokjin menahan tangisnya. Seokjin bagus dalam menahan tangisnya tapi jika sampai satu tingkat dia sendiri akan menangis tanpa diminta. Air mata susah mahu dikawal. Yang mengawalnya adalah hati, hati yang membuat keputusan dan diri sendiri yang mengucapkannya.
"Seokjin, you ni kenapa? Look, I tak percaya dia dan I sebenarnya keliru..I hope you understand," Namjoon memegang bahu lebar Seokjin dan berkata lembut. Seokjin menepis tangan besar dibahunya. Namjoon agak terkejut dgn kelakuan kekasihnya.
"Namjoon.. let's break up.."
.
.
."Hyung, matapelajaran akhir pukul berapa?" Tanya Jungkook. Jimin melihat jam tangannya.
"Pukul 2, kenapa?"
"Balik awal, nanti kita masak sama-sama, okay?" Jimin mengangguk dengan cadangan diberikan oleh Jungkook. Jungkook pula tersenyum manis.
"Taehyung, kau nak datang rumah aku tak?" Tanya Jimin pada Taehyung yang sedang bermain handphone. Taehyung mendiamkan diri sebentar.
"Tak, aku nak ke rumah Seokjin hyung. Aku rasa macam perlu bincang sesuatu kat dia.." Taehyung menjawab. Jungkook mengangguk laju.
Bagus, dia mempunyai peluang untuk meminta maaf pada Jimin dan memulakan persahabatan mereka semula. Berharap semua akan menjadi okay.
Mereka bertiga ternampak seorang wanita bersama seorang lelaki tinggi di hujung taman. Jimin dan Jungkook kelihatan kenal siapa mereka berdua.
"Kenapa Sohyun dan Namjoon hyung berdua? Mana Seokjin hyung?" Tanya Jungkook. Jimin mengangkat bahu dua kali. Taehyung bangun dari tempat duduknya dan berlari mencari Seokjin tak kesah tentang mereka berdua. Yang dia tahu sekarang adalah..
"Seokjin perlukan aku," Taehyung berlari keluar dari taman sekolah. Mencari di bilik khas seperti bilik muzik dan tandas. Tapi usahanya sia-sia.
"Seokjin?!" Nama Seokjin dipanggil. Taehyung memukul dinding koridor kuat kerana marah tidak dapat mencari sahabatnya.
Telinga Taehyung dapat menangkap suara tangisan. Tangisannya lirih dan lemah. Seperti disakiti. Taehyung bergerak 2 langkah dan berada di kelas lama. Taehyung dapat melihat dari cermin dipintu, seorang pelajar menangis meletakkan kepala dilipatan tangannya. Taehyung membuka pintu kelas itu seketika pelajar itu tersentak.
"Seokjin?.."
Pelajar itu menaikkan wajahnya. Manatap sedih wajah Taehyung. Seperti terpukul melihat tangisannya Taehyung mendekati pelajar yang tidak bersuara.
"Shhh, menangis je. Aku ada kat sini," Taehyung memeluknya erat.
"Akhirnya aku jumpa kau Seokjin.."
Seokjin pelajar yang dipeluk Taehyung, menangis teruk didalam pelukannya. Taehyung membelai rambut perang Seokjin dan menciumi pucuk kepalanya.
"A-aku..dah.."
"Shhh, jangan cakap apa-apa! Nangis je, aku takkan tinggalkan kau,"
"Jangan tinggalkan aku Taehyung!"
Seokjin menangis. Menangis dan menangis sepuas-puasnya. Air matanya yang ditahan tadi benar-benar tak kalah seperti air terjun. Seokjin berkali-kali menyebut nama kekasihnya. Dan membuat hati Taehyung tergores.
Tangisan Seokjin semakin perlahan dan tinggal isakkan kecil. Taehyung yang setia membelai rambut Seokjin dan memberikan pelukan yang sangat diperlukannya.
"Sekarang cerita kat aku, apa yang terjadi?" Taehyung membuka pembicaraan. Seokjin mengangguk.
"Pasal semalam ke?" Taehyung bertanya. Seokjin mengangguk. Perlahan-lahan melepaskan pelukan mereka. Seokjin mengelap air matanya. Taehyung tersenyum lemah melihat sahabatnya.
"A-aku..dah..putus, hiks, dengan.. Namjoon," Seokjin berkata putus-putus. Taehyung tak terkejut mendengarnya. Kejadian semalam mungkin sedikit sebanyak telah menyakiti hati kecil Seokjin.
"Kenapa kau kena sedih? Huh? Lebih baik kau putus dengan dia sekarang dan berterima kasih sebab kau boleh nampak diri dia yang sebenar," Seokjin mendiamkan diri dengan kata-kata Taehyung.
"Sekarang cakap, kau dan dia dah apa?" Taehyung memegang kedua bahu sahabatnya.
"A-aku dan dia d-dah,"
"Cakap elok-elok,"
"Aku dan Namjoon dah,"
"Kau tu siapa?"
"Aku, Seokjin dan dia, Namjoon dah putus!"
"Kuat lagi,"
"Aku, Seokjin dan dia, Namjoon dah putus!!"
Tess
TessAir mata Seokjin jatuh lagi. Taehyung tersenyum bangga dengan sahabatnya itu. Membawa Seokjin kedalam pelukan hangatnya lagi.
"Seokjin..aku bangga dengan kau,"
Tbc
Sambil buat cerita sambil dengar lagu, lagu apa? Lagu stay with me,
And,
Love you❣️
-yana-
YOU ARE READING
you and I, US (Taejin) .End.
Romancebayangkan apabila Taehyung jatuh cinta pada sahabatnya sendiri iaitu si manja Kim Seokjin walaupun dia tahu bahawa sahabatnya itu sudah ada kekasih, bagaimana pula, jika adik Seokjin jatuh cinta pada Taehyung dan Seokjin pula membantunya? bagaimana...