22

314 24 1
                                    

Seokjin POV

Apa maksud dia nak memperisterikan aku? Kenapa dia cakap macam itu? Ottokhae??

Mama dan papa mesti dah bencikan aku..kenapa aku susah nak dapatkan kepercayaan dorang walaupun aku ni anak dorang. Kenapa semua orang percaya yang sakit yang menderita saja betul. Sebab mereka menangis ke? Aku pun menangis. Menangis dalam kecewa.

"Seokjin apahal termenung?" Sebuah suara menegur aku. Aku hanya memberikan senyuman tipis ketika lelaki yang paling aku sayang duduk didepan aku.

"Taehyung..aku rasa aku nak..lari lah," aku saja buat suara sedih nak tengok reaksi dia macam mana. Mata dia membulat. Dia terus meletakkan cawan yang dia pegang tadi dan memegang kedua tangan aku diatas meja.

"Kenapa ni? Kau jangan risau lah. Aku kan ada. Kau tak percayakan aku ke? Jangan ambil keputusan terburu-buru Seokjin," ucapnya. Aww Taehyung kau ni sweet lah.

Jodoh orang..

"Hahaha mana ada, aku gurau jelah...tapi..kalau aku betul nak lari aku mesti akan ajak kau dan Jisoo. Tapi kalau kau nak lah," aku berkata dengan selamba dan menyedut minuman jus strawberi segar didepan aku.

Sepi menyapa aku dan dia. Tiada sesiapa mahu berbicara dan dia juga sibuk membelek airnya.

"Eumm Taehyung-"

"Eumm Seokjin-"

Kami tergelak bersama. Tulah dah duduk dalam sepi lama sangat. Aku mengelap air mata di hujung mata aku dan melihat ke arah Taehyung yang menongkatkan dagunya memandang aku. Aku mengalihkan pandangan aku ke tempat lain apabila teringat di kelas cikgu impian.

"Aku takkan mengalah dengan cita-cita aku, Seokjin. Tak akan," sebaik sahaja mendengar kata-kata Taehyung, aku menutup muka aku dengan kedua tangan.

"Jangan cakap macam itu! Malu lah aku.." aku mengintai dia jari celah jari aku. Wajahnya dihiasi dengan smirk yang teruknya menambah handsome dia.

Jangan risau. Aku world wide handsome,

Aku sedikit terkejut apabila tangan besar mengalih tangan aku yang dimuka dengan wajah yang rapat. Sejak bila dia pindah ke sebelah aku,

Mata aku dan dia bertemu. Menatap dan terkunci.

End of Seokjin POV

Taehyung dapat rasakan jantungnya berdegup kencang, akhirnya duduk ditempatnya semula dan berdehem kecil.

"Kalau keluarga kau bergaduh, kau datang je rumah aku. Kalau kau nak lah," Taehyung berkata memandang luar tidak mampu menatap anak mata secantik Seokjin. Seokjin mengangguk.

Petang itu, mereka balik awal dan berniat untuk tunggu sahabatnya yang lain untuk minum bersama. Dan kebetulan Jungkook ada berita baik untuk semua sahabatnya.

"Sorry lambat, Suga ni susah betul nak dikejut. Kena pakai periuk dan senduk baru boleh," ucap Jhope lantas menarik Suga yang malas berjalan duduk disebelah lelaki yang mengejutkannya dikelas tadi.

"Tak apa, mana yang lain?" Seokjin bertanya sambil menyedut minumannya dengan comel. Suga dengan setengah mengantuk tersenyum memperlihatkan senyum gummy yg popular.

"Sorry oppa kami lambat," Jisoo dan 3 orang kawan perempuannya datang bersamaan. Jisoo mengambil tempat disebelah oppanya dan kawannya yang lain mengambil tempat didepan Seokjin dan disebelah Suga.

"Jiminie tak datang lagi?" Rose mengangkat bahu tidak tahu dengan pertanyaan Seokjin. Rose memikirkan sesuatu dan berharap semuanya berjalan dengan lancar. Lisa disebelah pun memegang bahu Rose memberinya semangat.

Rancangannya untuk memberitahu tentang perasaannya terhadap Jimin yang dia sayangi dan cinta sejak Jimin masuk ke kelasnya dahulu. Dahulu selalu bersamanya dan tak pernah mengecewakan dirinya.

Dua orang lelaki datang bersama. Lelaki yang lebih pendek menunduk manakala yang lebih tinggi dengan yakin berdiri tegak dengan memegang tangan kecil lelaki yang menunduk.

"Err..duduklah dulu," Seokjin menunjukkan dua kerusi yang masih kosong disebelah Jisoo. Jungkook masih diam ditempatnya dan Jimin pula juga ikut diam. Seluruh cafe itu memandang mereka.

"Perhatian! Saya dan dia," Jungkook berhenti sebentar dan menarik Jimin dan memeluknya dari belakang. Menatap semua orang yang ada di cafe begitu juga sahabatnya yang duduk didepannya.

"Adalah kekasih sekarang. Dia milik saya, seorang." Jungkook menghabiskan kata-katanya dan menarik Jimin kedalaman ciuman singkat dan dihadiahkan tepukan oleh yang ada di cafe.

Jimin dengan pipi yang merah menyorokkan wajahnya didada kekasihnya. Rose masih ditempatnya. Memproses apa yg dikatakan yang mudah memeluk orang kesukaannya.

Jungkook menarik Jimin duduk di kerusi di sebelahnya kerana Jungkook yang duduk disebelah Jisoo. Kerana Jimin telah menjadi miliknya kerana itu dia menjadi lebih posesif.

Suasana menjadi senyap. Sangat senyap. Rose yang tak tahan dengan suasana itu akhirnya bangun dari duduknya dengan membawa begnya.

Rose terus keluar dari tempat itu diikuti dengan Jennie dan Lisa. Jisoo yang melihat kawan-kawannya mengejar Rose akhirnya mengikut mereka dan menatap Jimin sebelum pergi.

Rose berlari kemana yang boleh dia pergi. Yang dia mahu hanya lari. Sebuah tangan menariknya daripada melintas jalan.

Kereta laju melintasi mereka. Rose menangis dibahu yang menyelamatkannya tadi. Yang menyelamatkannya memeluk dan mengusap rambut Rose lembut.

"Jennie..aku sedih.." Rose mengeluarkan kekesalannya. Jennie tersenyum nipis mendengarnya. Rancangannya hancur. Rancangan yang telah di rancangkan beberapa hari lalu untuk Jimin. Mereka bertiga membantu Rose mengumpul keberanian sehingga sekarang dan semuanya dah hancur.

"Rose.." mereka berempat berpelukan. Menenangkan sahabatnya yang kesedihan. Kerana itu lah gunanya kawan, yang selalu didekatnya apabila jatuh. Dan memberi semangat untuk bangkit.

Tbc

Hi? Bosannya..😣 and yall ingat tau,

U nice keep going 👍

-yana-

you and I, US (Taejin) .End.Where stories live. Discover now