Kriingg
Matapelajaran Terakhir telah tamat. Semua pelajar sudah dibenarkan untuk balik kerumah. Tapi tidak dengan Seokjin, dia dan Taehyung akan ke taman kerana ada hal yang penting mahu disampaikannya. Dengan itu Taehyung dan Seokjin dalam perjalanan ke taman belakang sekolah.
"Penting sangat ke Taehyung?" Tanya Seokjin dengan berjalan bersama Taehyung disebelahnya. Taehyung tak menjawab tapi mengangguk. Seokjin kembali diam apabila tangan Taehyung memegang tangannya yang kecil. Jari jemari mereka saling menyilang.
Mereka tiba di sebuah pokok besar, Seokjin mengambil tempat duduk di bawah pokok redup itu bersama Taehyung. Taehyung membuka pembicaraan.
"Aku dan Sohyun dijodohkan.." Seokjin terkejut dengan pembicaraan Taehyung dan langsung menatapnya tak suka. Taehyung membalas tatapan sahabatnya itu dan mengusap pipinya.
"Kau tak boleh kawin dengan dia!" Seokjin berkata dengan bibir yang muncung yang sangat comel. Bagaimana lelaki didepan Taehyung ini daripada selalu memuji diri sendiri world wide handsome menjadi comel seperti bayi.
"Habis tu, kau tak bagi aku kawin?" Tanya Taehyung. Seokjin mengangguk laju. Tangan Seokjin memegang tangan Taehyung dengan tatapan mata sedih.
"Jangan tinggalkan aku.." kata-kata lirih Seokjin terdengar. Taehyung membalikkan tangannya bergantian memegang tangan Seokjin. Menggenggam erat tangan Seokjin yang muat didalam genggamannya.
"Kalau macam tu kau lah jadi kekasih aku, huh?" Taehyung dengan suara rendahnya membuat hati Seokjin bergelora sebentar.
"Okay," jawab Seokjin singkat dengan senyumannya yang menawan. Taehyung juga ikut tersenyum memegang tangan Seokjin lebih erat dengan sebelah tangannya.
"Kalau macam itu, tunggu aku 5 tahun Seokjin.."
Mata Seokjin terbuka luas. Mencuba faham apa yang dikatakan lelaki didepannya. Seokjin menatap Taehyung dengan penuh tanda tanya.
"Apa maksud kau? Kau nak tinggalkan aku ke?"
"Seokjin-"
"Tak! Kau tak boleh tinggalkan aku!"
"Dengar dulu-"
"Aku nak penjelasan Kim Taehyung!hiks, kau tipu!..kau takkan tinggalkan aku kan.." tangan yang Taehyung genggam perlahan-lahan terlepas. Tangan Seokjin yang digenggam membawa ke bahu Taehyung. Memukul bahu Taehyung meminta penjelasan.
Grab
Kedua tangan Seokjin dipegang dengan Taehyung. Wajah Taehyung dekat dengannya, Seokjin memberhentikan tangisannya. Menatap manik hitam Taehyung.
"Kalau kau taknak tengok aku kawin dengan Sohyun..kau kena tunggu aku.." Seokjin yang merasakan penjelasan Taehyung yang tak cukup menghempaskan tangannya dari pegangan Taehyung. Menolak dada Taehyung menjauh darinya. Airmatanya yang dari tadi tak henti-henti mengalir mendengar lelaki yang paling sayangi akan meninggalkannya.
"Seokjin.." tangan Taehyung cuba mencapai Seokjin. Seokjin dengan cepat mengelak daripada dipegang oleh Taehyung. Isakkan kesedihan terdengar dan bermain di telinga Taehyung. Suara tangisan yang paling dia benci untuk mendengar.
"Kalau kau macam ni..kau takkan selamatkan aku..kalau kau betul sayangkan aku..please tunggu aku, 5 tahun Seokjin," Seokjin terdiam lagi ditempatnya. Tak mampu membuka mulutnya. Tatapan mata Taehyung berubah menjadi sedih. Kalau begini dia tak sanggup akan pergi meninggalkan Seokjin. Masanya sudah singkat. Sangat singkat. Lagi 2 minggu dia akan meninggalkan Seoul dan mulai belajar di England. Meninggalkan keluarganya dan orang yang dia cintai.
"Seokjin..aku nak jujur dengan kau..dengar baik-baik-"
"Saranghae Taehyungie..hiks, saranghae..hiks please..jangan tinggalkan aku! Aku taknak.."
Kata-katanya berhenti apabila sesuatu benda kenyal menempel di bibir Seokjin. Mata basah Seokjin yang masih setia terbuka melihat lelaki didepannya mencium bibirnya. Ciuman pertama mereka. Seokjin memejamkan matanya, membalas setiap gerakan yang dilakukan Taehyung.
Chua
Suara kuat bibir mereka berjauhan, wajah merah Seokjin ditakup oleh tangan Taehyung. Seokjin dengan nafas beratnya menatap mata Taehyung yang mempunyai keikhlasan dan cinta.
"..for you and I, US Seokjin. ..Arraseo?" Mendengar kata-kata Taehyung yang diiringi dengan senyuman kotak Taehyung, Seokjin dengan pasrah mengangguk. Air matanya terjun kembali. Tak meninggalkan setitik yang tinggal. Seokjin masuk ke dakapan lelaki didepannya. Semua yang Taehyung lakukan adalah untuk mereka. Seokjin tak boleh keras kepala kerana dia harus memberi kerjasama pada lelaki yang didepannya.
"Seokjin..kau milik aku..milik Kim Taehyung, faham? Sesiapa pun tak boleh sentuh kau selagi aku tak ada. Bibir kau aku punya. Seluruh diri kau hanya aku punya," kata-kata Taehyung itu diangguk oleh Seokjin yang masih dipeluk Taehyung.
Sebuah rantai terpasang dileher Seokjin. Seokjin melepaskan pelukannya dari Taehyung dan melihat benda yang melilit di lehernya. Seokjin memegang rantai itu. Rantai yang dia sayang sampai sekarang.
"Mulai sekarang, rantai ini bukan untuk best friend tapi untuk best couple. Pakai sehingga aku balik, baby." Seokjin mendapat kuncupan ringan di dahi. Seokjin dengan wajah merona merah mengangguk mengiyakan. Bekas airmatanya mengering apabila tiada lagi air mata mengalir.
"Taehyung selama kau kat sana.. jangan lupakan aku..jangan terlalu dekat dengan perempuan lain atau lelaki..hiks, rajin-rajin belajar..hiks, jangan lupa makan sampai kenyang..tidur mesti cukup..hiks jangan minum alkohol..janji?" Pipi basah Seokjin dikeringkan dengan ibu jari Taehyung. Taehyung mengaitkan jari kelingkingnya dijari kelingking Seokjin yang mulai sekarang adalah kekasihnya.
Seokjin terdiam ketika mendengar tepukan dibelakang mereka. Seokjin bangun dari duduknya melihat adiknya ada disitu dengan senyum diwajahnya.
"Soonie..oppa boleh jelaskan-"
"Nak jelaskan apa? Tak payahlah," Jisoo mengibaskan tangannya dengan wajah datar. Seokjin menyengetkan wajahnya bertanda tak faham. Jisoo mencubit pipi oppanya yang berisi.
"Memang ini tujuan Jisoo oppa, untuk satukan oppa dengan Taehyung. Oppa jangan menangis.. Taehyung oppa takkan curang, kalau dia curang..ini dia dapat!" Jisoo menunjukkan tangannya yang digempalkan didepan muka Taehyung. Seokjin dengan bekas air matanya masih mengering ketawa kecil.
"Mianhe Jisoo..oppa tak dapat bantu Jisoo, hiks. Oppa memang oppa yang tak berguna.." Seokjin menunduk. Jisoo yang melihat oppanya,memeluk tubuh Seokjin. Mengelus rambut perang oppanya dan menciumi pipi tembam Seokjin.
"Jangan risau. Come on! Ini Kim Jisoo tau. Anak perempuan tuan Kim," Jisoo memuji diri sendiri. Seokjin ketawa kecil melihat gelagat adiknya.
"Semua orang dah tahu pasal pemergian Taehyung..oppa relakan kan?" Tanya Jisoo mengusap tangan Seokjin. Seokjin dengan senyuman yang suam, mengangguk dengan menyandarkan kepalanya dibahu Taehyung.
"Sebab oppa percayakan Taehyung.."
tbc
Jalan ceritanya pelik tak?😬 Author tak yakin lah kalau cerita ni macam best sebab..kawan baca kata macam biasa😥 tapi author nak luar biasa😁
Tolong berikan penjelasan bahagian mana yg tak faham. Author akan cuba yg terbaik untuk perbaiki 😚
And,
U nice keep going 👍
-yana-
YOU ARE READING
you and I, US (Taejin) .End.
Romancebayangkan apabila Taehyung jatuh cinta pada sahabatnya sendiri iaitu si manja Kim Seokjin walaupun dia tahu bahawa sahabatnya itu sudah ada kekasih, bagaimana pula, jika adik Seokjin jatuh cinta pada Taehyung dan Seokjin pula membantunya? bagaimana...