Persembahan mereka menjadi lebih panas, tangan Jungkook menurun ke pinggang Jimin dan memasukkan tangannya didalam baju Jimin. Jungkook mengusap belakang Jimin yang tak berlapis dan menekannya supaya menjadi lebih rapat.
"Kookie~s-stop.." Jimin mendesah apabila bibir Jungkook menggelincir dari bibir besar Jimin ke leher mulusnya. Jungkook menghisap kulit putih itu sehingga menjadi kesan memerah dan ungu.
"Hyung saya punya," Jungkook berucap. Jimin perlahan-lahan menolak dada Jungkook dan memegang pipi Jungkook, merapatkan dahi mereka.
"Kita kawan..tak lebih Jungkook," Jimin berkata memejamkan matanya. Matanya terbuka saat Jungkook memegang kedua tangannya dan menunduk dan melutut didepannya.
"J-jungkook? Apa semua ni?" Jungkook membiarkan soalan Jimin, dan mengeluarkan kotak kecil dari kocek jaketnya dan membuka mengeluarkan sebuah cincin sama seperti yang dipakai Jungkook saat itu.
"Ekhem, sebenarnya..Kookie yang rancang semua ni, Kookie minta auntie dan uncle pergi tinggalkan Jimin hyung dan minta saya jagakan. Hyung, auntie dan uncle dah tahu semuanya. Pasal Kookie sukakan Jimin hyung.. bukan sebagai seorang kawan..hyung..saranghae," Jungkook mengeluarkan kata-kata yang terindah buat Jimin. Jimin menahan diri daripada menangis dan mengangguk laju.
Jungkook segera bangun dan menyarungkan cincin itu pada jari kecil Jimin. Sebaik sahaja Jungkook telah menyarungkan cincin itu, Jimin terlebih dahulu memeluknya.
"Saranghae Jungkook!"
(Siapa lagi yang sayang JK?).
.
.Ting
Tong
Ting
Tong"Namjoon.." Seokjin membeku saat melihat Namjoon dan Sohyun didepan rumahnya. Anak mata Seokjin beralih pada tangan Namjoon yang memegang tangan Sohyun.
"Masuklah," Seokjin membuka pintunya luas memberikan kebenaran untuk mereka masuk. Namjoon tersenyum lemah dan mengajak wanita itu masuk.
"Apa kau buat disini? Huh?" Taehyung bangun dari duduknya apabila melihat bekas kekasih sahabatnya ada disini dengan wanita lain.
"Kami kat sini tak lama, cuma nak cakap.."
"Namjoon oppa..sudahlah..Sohyun dah lama maafkan Seokjin oppa.." Sohyun memotong kata Namjoon. Namjoon memegang bahu Sohyun dan itu membuatkan hati Seokjin berkecai.
"Seokjin, kita memang dah putus. Tapi, you boleh kan minta maaf pada dia? Dia pun sakit juga," Namjoon berkata dengan lembut. Seokjin menunduk dan menggeleng.
"Seokjin. Cuba fikir siapa salah?" Namjoon bertanya. Seokjin mengangkat wajahnya dan menunjukkan jari telunjuknya pada Sohyun. Sohyun menangis dan menarik tangan Namjoon.
"Kita balik jom. Please.." Sohyun membisik. Namjoon menghela nafas. Menatap Seokjin dan Taehyung bergantian.
"Sakit hati kan? Macam tulah I rasa bila nampak you dan Taehyung bermesraan..tapi I tahan sebab I cintakan you," Namjoon keluar dari rumahnya dengan memegang tangan Sohyun. Apabila pintu depan tertutup, Seokjin rebah dilantai.
Menatap pintu yang tertutup dengan tatapan sakit hati. Membiarkan air matanya mengalir dengan sendiri dan berasa sunyi.
"Seokjin, aku ada," dua tangan melingkari di belakangnya. Seokjin menjatuhkan kepalanya di bahu Taehyung. Tidak membuat suara atau isakkan. Hanya menangis dalam sepi.
"Menangislah..buat diri kau tenang dulu okay?" Taehyung mengusap belakang Seokjin. Seokjin diam, matanya merah kerana air mata yang bertakung. Hatinya retak, dan pecah. Perasaannya bercelaru.
"Taehyung.." Seokjin memanggil nama Taehyung. Taehyung menguncup singkat dahi Seokjin dan memeluknya semula. Seketika hati Seokjin terubati.
"Hiks, aku taknak kau tinggalkan aku..aku takut kau dah taknak percayakan aku, aku takut!" Seokjin menangis teruk apabila hatinya tak dapat menahan lagi bukan kerana kekasihnya tapi takut ditinggalkan oleh Taehyung.
"Jangan tinggalkan aku. Hiks, aku taknak..aku sayang kau," Seokjin membasahi baju Taehyung. Taehyung mengangguk dan mengusap bahu lebar Seokjin.
"Kau masih ada aku..aku takkan tinggalkan kau," Taehyung mengelap air mata Seokjin dan menciumi pipi Seokjin. Seokjin menatap manik mata Taehyung dan begitu juga Taehyung. Mata Seokjin semakin panas, matanya keberatan dan terbaring didada Taehyung. Taehyung mengusap perlahan belakang Seokjin dan berkata didalam hati.
Aku pun tersakiti..
.
.
."Kau nak apa? Biar aku datang kat sini? Cepat aku tak ada masa," Seokjin berkata dengan tangan bersilang.
Wanita itu berdecih tak suka dengan perangai sombong Seokjin. Tetapi hari ini dia sangat gembira kerana kejadian semalam yang membuatnya berparti dengan sahabatnya meraikan kejatuhan Seokjin.
"Cuba kau fikirkan, sakit tak hati kau? Sakit kan? Itulah motif aku, biar kau jatuh dan menangis. Semua tu buat aku gembira my dear Seokjin," wanita itu memegang pipi Seokjin. Seokjin menepis tangannya, wanita itu mengusap tangannya yang dipukul Seokjin tadi.
"Sohyun, kau ke yang rancang supaya semua orang bencikan aku dan tak percayakan aku? Kenapa kau buat macam ni?" Seokjin bertanya. Seohyun ketawa kecil.
"Yes, aku yang rancang nak ganggu hidup kau. Sejak aku kecil lagi aku memang tak sukakan kau. Aku tak fahamlah kenapa masih ada orang boleh sukakan kau sebab muka kau tu? Kenapa aku buat ye? Humm, aku pun tak tahu. Oh! Aku nak tgk kau menderita! Seronoknya dapat tengok kau menangis, memang hati perempuan kau ni!"
Seokjin menahan tangan Sohyun yang hampir menamparnya. Seokjin tersenyum sinis.
"Kau ingat sebab aku hati perempuan, aku akan senang-senang saja? Sebab aku perempuan aku boleh-"
Plakk
"-Tampar kau,"
Sohyun terkejut apabila tangan Seokjin mendarat dipipinya. Sohyun menangis dan terduduk dilantai apabila terserempak dengan orang yang ditunggu dari jauh.
"Seokjin.."
Tbc
Hai, bosan ke? Sorry🙏.. I'll try my best, Friends❣️. Thank you for your support 😊
U nice keep going 👍
-yana-
YOU ARE READING
you and I, US (Taejin) .End.
Romancebayangkan apabila Taehyung jatuh cinta pada sahabatnya sendiri iaitu si manja Kim Seokjin walaupun dia tahu bahawa sahabatnya itu sudah ada kekasih, bagaimana pula, jika adik Seokjin jatuh cinta pada Taehyung dan Seokjin pula membantunya? bagaimana...