Seorang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan bermain bersama di sebuah rumah agam yang mewah milik si budak lelaki itu.
Budak lelaki yang masih berumur 12 tahun bermain di sekitar tangga bersama anak patung alpaca yang diberikan oleh sahabat lelakinya yang datang semalam. Dia bermain seorang diri di tepi tangga.
Datang seorang budak perempuan dengan wajah cantik dan comel. Mata bulat dan pipi yang tembam. Namun itu semua palsu kerana budak itu mengambil pembedahan plastik.
"RJ nak makan apa?" Budak itu membuat suara untuk patung berkepala hati yang dipegang di tangan kiri.
"Tata nak masakkan ke?" Budak itu membuat suara untuk patung alpaca di tangan lainnya. Sedang budak itu bermain dengan patung itu, seorang budak perempuan merampas patung alpaca miliknya.
"Sohyun..pulangkan patung saya balik," Seokjin masih berlembut. Seokjin mungkin lelaki tetapi dia mengingati pesan ibunya untuk melayan wanita sebaiknya dan berlembut.
"Kau tu lelaki dan masih main patung? Tgk muka kau buat aku muak saja tahu?!" Budak yang lebih muda marah. Bydak perempuan yang bernama Sohyun itu mengangkat tinggi patung itu dan menghalakan pada luar palang tangga.
"Apa kau nak buat?" Seokjin bangun dari duduknya. Berdiri berhadapan dengan budak perempuan yang tak habis mendengki nya.
"Aku tak boleh lah tgk muka kau, aku benci. Aku harap kau hilang kat dunia ni," Sohyun mencampak patung alpaca itu dari tingkat atas dan Seokjin mahu mengejar jika tidak ada tangan yang menarik lengannya.
"Huahh!" Seokjin ditolak dari atas tangga namun refleks Seokjin menarik rambut gadis kecil itu dan bertukar. Gadis itu yang menarik Seokjin keatas dan membiarkan dirinya jatvh ke tangga.
"Arghh..s-sakit.." Sohyun memegang tangannya dan menangis. Seokjin yang masih diatas tangga bernafas berat. Memikirkan apa yang terjadi.
"Seokjin," nama Seokjin disebut. Lantas Seokjin memandang kearah suara itu. Ayahnya ada di belakang Sohyun yang menangis sedih. Bukan. Sedih tapi kejam. Seokjin melihat ayahnya membantu Sohyun bangun dari duduknya dan memapah nya keluar tanpa membantu Seokjin yang masih dibelenggu kejadian tadi.
"Papa.." Seokjin memanggil namun papanya langsung tidak memandang belakangnya. Sejak kejadian itu, papanya sering memenangkan Sohyun dari Seokjin. Bila Seokjin bermain patung, Sohyun akan rampas patung itu. Dan apabila Seokjin mengadu, papanya akan melecehkan Seokjin.
"Jinie lelaki, tak payah main patung. Sohyun perempuan jadi mengalah dengan dia faham?"
Jawapan yang sama apabila Seokjin mempertahankan diri sendiri. Tetap Sohyun yang menang. Kalau kejadian itu, Seokjin yang jatuh..akankah papanya mempercayainya semula.
.
.
."Oppa? Dah lah tu..jangan termenung lama sangat. Papa cuma mengingatkan oppa je, tak lebih. Sabar okay?" Jisoo mengusap belakang oppanya yang masih duduk menghadap tingkap yang terbuka menunjukkan langit malam.
"Oppa tak tahan Jisoo..Sohyun dimata orang, dia baik..tapi dimata oppa, dia jahat..salah apa oppa pada dia?" Seokjin yang duduk menghadap tingkap beralih pada Jisoo yang dibelakangnya. Seokjin menatap manik lembut Jisoo.
"Oppa..tak bencikan dia..oppa nak ubah dia, tapi oppa tak mampu. Oppa hanya ada kamu dan Taehyung..kamu berdua nampak kejadian itu kan?" Seokjin mengusap pipi adiknya.
Jisoo mengangguk. Dia tahu kejadian yang menimpa oppanya dahulu. Jelas didepan mata dan disebelah nya ada Taehyung, lelaki yang bersamanya dulu di sebalik dinding dapur.
.
.
.Sebaik sahaja pergi tuan Kim dan anak perempuan sahabatnya, Jisoo berlari kecil kepada oppanya yang menangis kecewa. Mengusap pergi air mata oppanya yang jernih. Manakala Taehyung, mengambil patung alpaca yang terjatuh dari atas kerana perbuatan Sohyun.
"Nah, simpan elok-elok," Taehyung menghulurkan patung milik Seokjin yang dihadiahkannya semalam. Seokjin tersenyum manis dan menerima huluran Taehyung.
"Kami percayakan oppa," Jisoo dan Taehyung memeluk Seokjin yang masih memeluk patung alpaca dan tata di tangan. Seokjin menangis didalam pelukan adiknya dan sahabatnya yang terakhir.
.
.
.Jisoo dah masuk biliknya semula. Kini hanya tinggal Seokjin dan patung alpaca disebelah nya. Yang selalu menemaninya tidur. Seokjin yang hampir terlelap terkejut mendengar telefonnya bergetar di meja sebelah katilnya. Seokjin dengan malas mengambil telefon itu dan membaca nama yang tertera.
'taetae'
Seokjin menekan tombol hijau menerima panggilan yang tak diundang itu.
"Hello?"
"Amboi, macam tak suka je aku call?"
"Mana ada..aku dah mengantuk.. huahh,"
"Kesian alpaca aku ni huh? Tidurlah, aku temankan. Aku nyanyikan lagu nak?"
"Nak,"
"Lagu ala
"Lagu apa?"
"Moon by BTS Jin,"
"Okay, kau tidur je, macam biasa..esok pagi baru tutup panggilannya okay?"
"Eumm, okay,"
"Selamat malam baby angel Seokjin, saranghae,"
"..nado saranghae.."
Seokjin tertidur mendengar suara Taehyung dari panggilan menyanyikan lagu kegemarannya. Lagu yang takkan pernah dinyanyikan oleh orang lain dan hanya Taehyung. Baginya lagu itu sangat special untuk mereka.
Mereka suka lagu itu, ketika mereka pindah sekolah bersama-sama dan balik ikut teksi dihujan lebat. Lagu teksi terpasang lagu yang mereka tak jangkakan. Moon, lagu itu sangat indah apabila didengar waktu hujan dan apabila kita bersama orang istimewa.
So, actually I nak buat cerita sweet💗 tentang Taejin❣️. Tapi ini cerita kan so I buat drama sikit☺️. Biarkan mereka sedar betapa mereka memerlukan sesama sendiri😘💝,
Tapi, kat sini ada sedikit bahagian yang typo 😣jadi sorry kalau I masih tak betul kan🙏.
Tentang Sohyun pulak, I just nak tambah karakter je😁 so don't worry bout it😉
And!
U nice keep going 👍
-yana-
YOU ARE READING
you and I, US (Taejin) .End.
Romancebayangkan apabila Taehyung jatuh cinta pada sahabatnya sendiri iaitu si manja Kim Seokjin walaupun dia tahu bahawa sahabatnya itu sudah ada kekasih, bagaimana pula, jika adik Seokjin jatuh cinta pada Taehyung dan Seokjin pula membantunya? bagaimana...