"Sohyun mengaku sajalah," puan Ji berkata. Sohyun menggeleng laju tidak mahu. Masih lagi menafikan kebenaran yang telah terbongkar. Air matanya sudah tidak berharga lagi untuk ini. Semuanya sudah kelihatan palsu. Sangat palsu.
"Kalau oppa aku yang berhati perempuan..kai ni yang perempuan tak malu ke? Sebagai perempuan kau yang kena lembut..kalau oppa aku lelaki..jadi aku sebagai perempuan-"
Plak
"-berhak tampar kau! Ini untuk kau ganggu oppa aku!"
Plak
"Untuk segala kesedihan oppa aku, sedar lah Sohyun..."
Plak
"Ini untuk kesalahan melahirkan kamu, Sohyun," keluarga kim terkejut melihat puan Ji menampar anaknya sendiri. Tapi itu semua betul. Kelakuan yang patut dia lakukan dari dulu. Terlalu memanjakan anaknya dan akhirnya anaknya yang melawan kata-katanya sendiri.
"Saya minta maaf bagi dia. Seokjin memang anak yang baik," puan Ji menunduk pada keluarga Kim. Keluarga kim mengangguk memaafkannya.
Mereka semua balik semula ke keretanya dengan Jisoo. Mereka dapat melihat Seokjin sudah ada didalam kereta menunggunya dari tadi.
"Haihh, puasnya dapat tampar dia tadi!" Jisoo berkata meregangkan tangannya. Seokjin sedikit terkejut dengan pernyataan adiknya.
"Tampar?"
"Dia dah mengaku..papa salah Jinie, papa dah jumpa perakamnya..mianhe
Papa bukan papa yang baik..""..."
Seokjin diam tak menjawab maaf papanya. Dia terluka dengan semua yabg dilakukan papanya tapi..dia juga seorang anak bukan, datang dari ayahnya.
"Enn, Jinie dah lama maafkan papa. Asalkan papa tak buat lagi," Seokjin tersenyum manis. Tuan kim membalas senyuman anaknya itu. Tak sangka dia ada anak yang sangat mengerti dan baik.
.
.
."Tae dah sedia eomma..tapi, tolong jangan bagitahu pada Seokjin pasal ni.." ucap Taehyung perlahan. Puan Kim dan tuan Kim mengangguk. Bukan senang dengan cabaran yang diberikan pada anaknya itu.
"Jangan risau sayang kamu mesti boleh! Hwaiting," puan Kim mengelus rambut anaknya yang satu itu. Tae tersenyum lebar tapi terlihat sakit.
Perjodohan yang dilakukan oleh keluarganya dengan keluarga sohyun beberapa tahun lalu sedikit sebanyak menyakitkan hati Tae. Tapi itu semua kesilapan. Keluarganya tahu tentang perasaan Taehyung pada Seokjin Seokjin. Keluarga Seokjin dan keluarga Taehyung akan membatalkan perjodohan itu jika Taehyung memenuhi syarat dengan belajar diluar negeri sehingga dia habis tahunnya di sana. Di England yang jauh itu, mengambil 5 tahun disana untuk menghabiskan tahun belajarnya. Tapi semua itu tak masalah untuk mencapai cita-citanya bagi bersama Seokjin.
"Tae akan usahakan.. Tae tak yakin Jinie boleh berpisah dengan Tae dalam 5 tahun eomma..eomma tahukan perangainya macam mana?" Ucap Taehyung dengan lemah memikirkan sicantik itu.
"Kamu boleh Tae, jangan mengalah," appa Taehyung memberikan semangat. Taehyung senyum dengan berat. Dalam 2 bulan lagi dia akan meninggalkan Seoul dan belajar di England 5 tahun. Apakah dia boleh buat macam itu. Tapi itu semua untuk masa depan Seokjin juga.
.
.
."Taehyung kau janganlah asyik sibuk je," Seokjin memujuk Taehyung yang dari tadi menghadap komputer. Seokjin yang tak dilayan mendapat idea.
"Ahh! Taehyung kaki aku!" Seokjin meringis kecil. Taehyung mula panik dan memegang tangan Seokjin.
"Kenapa? Kenapa?" Tanya Taehyung. Seokjin yang melihat wajah Taehyung yang begitu dekat, terdiam sebentar. Taehyung yang perasan Seokjin berpura-pura, tersenyum sinis.
"Sakit kat mana huh? Baby?" Mendengar suara seksi Taehyung berbisik ditelinga merahnya, Seokjin perlahan-lahan menolak dada Taehyung menjauhinya.
"Mana? Kat sini ke?" Tangan Taehyung dari lutut Seokjin beralih pada paha Seokjin. Seokjin menggigit bibirnya apabila merasakan aura panas bermain disekelilingnya.
"T-taehyung.." suara Seokjin kedengaran perlahan. Taehyung akhirnya menjauhi Seokjin dan sambung kerjanya di komputer. Seokjin pula ditempat nya masih memikirkan aura dominan yang dikeluarkan Taehyung tadi. Kenapa begitu.
"Kenapa kau asyik belajar je?" Tanya Seokjin meletakkan kepalanya diatas meja. Taehyung berhenti membuat kerjanya dan mengurut dahinya.
"Untuk masa depan kau Seokjin. Semua yang aku buat ni untuk kau..aku taknak kita susah dihari akan datang Seokjin...For you and I, US. " Balas Taehyung mengusap pipi Seokjin. Seokjin mengerut tak faham apa yang dikatakan sahabatnya.
"Apa maksud kau? Us? Kenapa dengan kita?" Tanya Seokjin sambil menunjukkan jarinya pada diri sendiri dengan kepala menyenget sedikit yang membuat Seokjin lebih comel.
"Cita-cita aku Seokjin..kau tahukan?" Seokjin diam sebentar. Memproses apa yang dikatakan Taehyung. Ding! Otak Seokjin siap memproses.
Merah pipi Seokjin dibuatnya. Taehyung menyeringai melihat kelakuan sahabatnya yanv sangatlah comel. Seokjin menunduk apabila seorang lelaki tinggi datang dimeja mereka duduki.
"Seokjin.."
"Namjoon.." Seokjin bangun dari duduknya. Melihat bekas kekasihnya datang padanya. Taehyung mengerut tak suka melihat lelaki yang telah menyakiti lelaki yang dia sukai.
"I dah dengar semua yang dikatakan Sohyun.. i'm sorry Seokjin," kata Namjoon. Seokjin menunduk ditempatnya. Tak tahu mahu berbuat apa. Taehyung bangun dari mejanya, merangkul pinggang Seokjin dengan posesif dan mendekatkan badan Seokjin padanya sambil menatap tajam Namjoon.
"Namjoon sunbaenim, ingatlah satu perkara ini. Seokjin bakal kekasih saya, tak ada peluang kedua untuk sunbaenim lagi. Dia milik saya, mine." Dengan aura hitam mengiringi kata-kata Taehyung itu. Jantung Seokjin berdegup kencang. Seperti mahu tercabut dan terbang tinggi meninggalkan badannya disitu.
"Keputusan pada Seokjin bukan kau Taehyung," Namjoon beralih pada Seokjin yang masih diam. Seokjin memejamkan matanya dan menghembuskan nafasnya berat dan tersenyum manis pada Namjoon.
"Namjoon.."
Tbc
Umm, awal ke?🤭
And,
U nice keep going 👍
-yana-
YOU ARE READING
you and I, US (Taejin) .End.
Romancebayangkan apabila Taehyung jatuh cinta pada sahabatnya sendiri iaitu si manja Kim Seokjin walaupun dia tahu bahawa sahabatnya itu sudah ada kekasih, bagaimana pula, jika adik Seokjin jatuh cinta pada Taehyung dan Seokjin pula membantunya? bagaimana...