"Hello Qilah!"
"Ya sis? What's up?"
"You ada contact Kai tak, sejak last time yang kitorang datang rumah you malam tu?"
"Takde, why?"
"I tengah cari dialah ni. I called, dia tak angkat phone. I telefon rumah dia pun dia tak reply lagi."
"Kau ada WhatsApp dia?"
"Kalau I called pun dia tak angkat, nak reply WhatsApp I pun apatah lagi?"
"Dah tu, kau cari aku kenapa? Dia bukannya tinggal dengan aku pun!"
"Qal takde kat situ ke?"
"Dia pun takde, aku tak pernah langsung nampak batang hidung dia sejak hari tu. Kenapa ni, apa halnya?"
"Kai lah, dia buat hal!"
Doktor Aqilah mengeluh pendek.
"Hal yang akan menyusahkan diri dia dan kita-kita sekali. Nahlia dah datang balik, Phoenix pun sama!"
"Lah? Kan pasal tu kita memang dah tau?"
"Sis, in case, just in case, kalau dia ada call you, suruh dia call I balik, secepat yang mungkin jugak!"
"Yelah."
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
"Jadi besok, saya datang kerja malam ke Kak Amy?"
"For the time being-lah. For the moment, HR pun baru nak cari replacement untuk arwah Fizi. Tapi Mirul faham-faham jelah, staf untuk pharmacy department memang tak cukup. Kak Dayah pun dah setuju.
Kesian jugak dengan dia, dia pun terpaksa masuk kerja walaupun husband dia masih lagi dalam ICU. Takkanlah akak nak bagi dia kerja shift malam pulak kan?"
"Saya faham kak."
"Macam yang akak cakap tadilah, untuk sementara waktu je. Tapi untuk berapa lama tu, akak tak boleh cakaplah. Tapi once kita dapat pharmacist dengan assistant pharmacist baru, akak akan rotate kan Mirul balik kerja morning shift, akak janji."
"Okay kak."
"Kalau diikutkan, shift malam ni start pukul 11:00, tapi disebabkan hal ni, Mirul kena masuk pukul 7:00 malam besok."
"Okay."
"So tadi, macam mana buat report polis pasal arwah Fizi?"
"Macam tu jelah, report saya pun takde beza sangat statement yang polis ambik semalam."
"Akak faham, Mirul mesti terkejut pasal kes ni, sebab Mirul yang first jumpa mayat arwah. Akak nak cakap lebih pun, akak pun tak tau benda. Tapi akak faham Mirul mesti takut, sebab baru je kerja kat sini kan? Entahlah Mirul, kes orang mati kat hospital ni memang bukan benda baru, tapi mati kena bunuh dalam hospital ni yang buat akak dengan staf yang lain pelik. Benda ni first time jadi kat hospital kita. Kecoh satu Malaya pasal benda ni sekarang.
Macam inilah, Mirul kalau takut, jangan duduk lama-lama sangat kat tempat Mirul. Kalau ada patient nak ambik ubat, baru Mirul pergi. Lagi elok kalau Mirul temankan front desk shift malam kat kaunter.
Kalau nak pergi tandas, akak rasa baik Mirul pergi tandas tingkat lain, jangan pergi tandas kat floor Mirul tu."
"Okay Kak Amy."
YOU ARE READING
INFINIT (Siri Vampire Infinit Pertama)
VampireAmirul Azzim, seorang pembantu farmasi yang baru dua minggu bekerja di sebuah hospital, telah ditanda oleh seekor makhluk penghisap darah yang bernama Kai. Maklumat ini diketahuinya oleh seorang gadis aneh yang bernama Phoenix. Semua ini terjadi set...