CURANG

60 1 0
                                    


Khairullah masih lagi aman dibuai mimpi dalam keadaannya mengiring, hampir meniarap di atas katil. Sudah hampir tiga jam dia terlena seperti anak kecil. Comforter tebal yang membaluti tubuhnya dari hujung kaki hingga ke tengkuk itu diselak Zafira.

Tubuh Khairullah bergetar sedikit memberi respon, mungkin kerana suhu sejuk penghawa dingin yang kini dengan terus mengenai kulit bogelnya. Zafira tersenyum. Semua tanda gigitan dari giginya melekap pada belakang tubuh anak muda ini.

Kulit Khairullah yang terdedah itu diusap lembut. Mulut Zafira terkumat-kamit. Setiap gigitan cinta yang masih memerah pada tubuh Khairullah yang putih mulus itu, hilang beransur-ansur, sedikit demi sedikit.

Dan kurang dari seminit, belakang tubuh Khairullah bersih dari sebarang love bite merah dari mulutnya. Cuma love bite pada leher kiri Khairullah saja yang ditinggalkannya.

Zafira kini menyelak pula bahagian comforter yang masih membalut Khairullah dari pinggang ke bawah.

Dia sangat senang menjamu mata violet-nya dengan keindahan batang tubuh slander Khairullah ini. Dia menghela nafas dalam-dalam.

Sudah lama dia tidak mengalami perasaan ini; cinta. Dan kali terakhir dia mabuk kepayang jatuh cinta dengan lelaki ialah lebih 500 tahun yang lalu. Semenjak tempoh itu, Zafira sudah sama sekali terlupa akan akibat penangan cinta dan apa yang pernah dirasakannya dulu, sebelum kedatangan Khairullah di dalam hidupnya kini.

Ini bukan sekadar gelora dari darah manusia dan nafsu alat kelamin semata-mata.

Dia tahu inilah cinta dan bersama Khairullah yang baru didekatinya dalam tempoh sebulan lebih ini, menjadikan dia seperti perawan yang baru dipanah asmara.

Dengan nakal, dia mengusap punggung Khairullah yang lembut. Dia mahukan manusia ini; dia mahu memiliki seluruh jiwa dan raganya. Anak muda ini akan ditukarkannya menjadi night walker tidak lama lagi. Dia mahu hidup bersama Khairullah selama-lamanya.

"Eh Fira, apa ni? Sejuklah!" Rungut Khairullah, apabila kedinginan sudah benar-benar mencengkam kulitnya. Comforter di tubuhnya yang tadi dilondehkan Zafira hingga ke paras buku lalinya tadi, ditarik semula hingga ke pangkal tengkuk.

"I love to see you naked Kai. I love the features on your back and I love your cute bubble but!" Kini Zafira menepuk manja punggung Khairullah.

Khairullah tersenyum dengan mata yang masih terkatup, senang dengan perlakuan nakal Zafira. Dia bangga dengan pujian nakal itu. Kedua belah kakinya digesel-geselkan pada tilam yang empuk; berada dalam keadaan bogel, berbalutkan selimut tebal dalam suhu yang dingin, memang satu kenikmatan yang impulsif buatnya.

Zafira yang dalam keadaan bogel tanpa seurat benang itu juga, kini merebahkan semula tubuhnya pada Khairullah. Sekali lagi comforter pada badan Khairullah diselaknya. Kali ini dia menyelinap sama di dalam comforter itu untuk merapati batang tubuh Khairullah yang hangat, tidak sepertinya.

"Mmh!" Gumam Khairullah. "Sejuklah Fira!"

Zafira senang. Dia merapatkan dadanya pada belakang Khairullah dan mula menghembuskan nafas pada telinganya. Sensasi itu membuat Khairullah menggeletar.

"Fira, janganlah buat macam tu. Aku penat sangat ni, aku nak tidur."

"Alololo... Manjanya dia macam baby!"

"Penat... Dahlah tadi kau mintak sampai second round. Kau tak kesiankan aku ke?"

Zafira ketawa.

"You don't wanna wake up at all, Kai? Dah subuh dah ni. Are you sure you wanna stay here, lying on my bed 'till sunrise?"

"Yes!" Jawab Khairullah, matanya masih juga terkatup rapat.

INFINIT (Siri Vampire Infinit Pertama)Where stories live. Discover now