Gelap semacam. Itu yang terlintas di fikiran apabila matanya terbuka. Dia menguap seluas-luasnya, menggeliat dan meregangkan setiap sendi-sendi yang ada pada badan. Dah lama dia tak rasa puas bangun dari tidur seperti ini.
Dia mengalami mimpi yang paling pelik, tapi paling menyeronokkan; mengenai vampire.
Dia ditanda oleh seekor vampire lelaki yang bernama Kai, bertemu dengan seekor lagi vampire perempuan yang bernama Phoenix dan kemudian Qal, vampire lelaki yang berambut blond yang berusaha melindunginya dari serangan vampire jahat; seronoknya mimpi tu, macam cerita dalam filem Hollywood, kan?
Dia menarik nafas dalam-dalam, menguap untuk kali yang kedua.
Tapi kenapa keadaan rumahnya ini sekarang gelap semacam? Dia perhatikan jendelanya yang sepertinya sudah dilapisi tiga empat helai kain selimut supaya betul-betul terlindung dari cahaya matahari.
Dan ada bunyi kelentang kelentung dari dapurnya yang Azzim lihat lampunya menyala.
Siapa yang ada di dapur? Dan tidak lama selepas itu, kedengaran bunyi paip air di sinki dibuka, air deras mengalir.
Siapa tu?
Dia bangkit, perlahan-lahan menuju ke dapur. Dia tidak ingat yang dia ajak siapa-siapa pulang ke rumahnya malam semalam.
"Good morning pretty boy!"
Azzim istighfar.
Vampire yang bernama Kai ini sedang tersenyum padanya.
"Shoot, I wasn't dreaming!"
"No you weren't!"
Dalam keadaan berlenggeng, Kai hanya berbalutkan sehelai seluar jeans hitam di tubuhnya. Badannya putih bersih dan tiada langsung kesan atau parut luka.
"Thanks, subuh tadi kau dah dermakan darah kau kat aku," katanya, sekarang menghiris sebuah blok daging batang pinang di atas cutting board di sinki.
"Tadi kau luka teruk kot?"
"Yeah I was. But you gave me your blood, so I healed."
"So fast?"
"I'm a vampire, of course I heal fast! And you thought you were dreaming."
"Yelah, rupanya kau betul-betul wujud."
Kai gelak.
"Apa yang kau buat dengan semua tingkap rumah aku ni? Kenapa semuanya berlapis-lapis dengan kain macam ni? Gelap kot ruang tamu aku jadinya?" Tanya Azzim. Dia perasan yang jendela di dapur pun sama juga halnya.
"Sorry, aku terpaksa buat macam tu. Kau tau kan, yang aku tak boleh kena cahaya matahari? So aku terpaksalah buat macam tu. Aku kena pastikan yang tak akan ada segugus pun cahaya matahari boleh masuk dalam rumah kau ni."
"Kau tak boleh kena cahaya matahari? Habis tu, yang lampu kat atas siling tu, okay je aku tengok dengan kau?" Azzim memaksudkan lampu kalimantang yang sedang bernyala terang di dapurnya.
"Theorically, cahaya dari sumber matahari dan cahaya buatan dari tenaga ciptaan manusia tak ada beza, tapi bagi vampire macam aku, banyak bezanya. Cahaya matahari dalam sistem suria kita tak dihasilkan oleh tangan manusia, so that particular light could kill a night walker like me easily."
"Kau buat apa ni?" Dia tidak begitu ambil perhatian dengan penjelasan Kai tadi, kerana matanya lebih tertarik dengan apa yang sedang dilakukan oleh Kai sekarang.
"Masak breakfast-lah. Aku nak masak black pepper beef untuk kau, sebab kau bagi aku darah kau subuh tadi. I hope you won't mind sebab aku ambik semua barang ni dari fridge kau.
YOU ARE READING
INFINIT (Siri Vampire Infinit Pertama)
VampireAmirul Azzim, seorang pembantu farmasi yang baru dua minggu bekerja di sebuah hospital, telah ditanda oleh seekor makhluk penghisap darah yang bernama Kai. Maklumat ini diketahuinya oleh seorang gadis aneh yang bernama Phoenix. Semua ini terjadi set...