KISAH SYED KHAIRULLAH & ANDRITA AKAIE

70 0 0
                                    


Khairullah dengan perlahan-lahan memutar tombol pintu depan rumah. Suasana masih terang benderang. Dia sudah arif dalam waktu-waktu sebegini, Andrita sudah pasti tidur dan dia seboleh-bolehnya tidak mahu membuat sedikit pun bunyi bising.

Hatinya sayu apabila melihat isterinya itu sedang tidur mengiring di ruang tamu yang cuma beralaskan helaian-helaian suratkhabar lama di atas lantai. Selalunya Andrita akan tidur di dalam bilik tidur, tapi malam ini, dia lena di situ pula.

"Dita?" Panggil Khairullah. Punggungnya di labuhkan di sebelah isterinya yang masih lagi aman tidur tanpa menyedari kepulangannya. Plastik makanan yang dibawa pulang diletakkan jauh sedikit darinya dan Andrita.

Kepala Andrita diusapnya lembut. Panas. Suhu badan Andrita rasanya lebih panas dari pagi tadi. Dia mula risau. Demam isterinya ini makin menjadi-jadi nampaknya.

Tubuh Andrita memberi respon impulsif dengan sentuhan Khairullah. Keningnya berkerut dan matanya perlahan-lahan terbuka.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam. Eh, dah lama dah ke sampai?"

"Baru je~Eh, tak payahlah bangun! Baring jelah. Kau kan tak sihat?"

Andrita tetap bangkit dan duduk dari pembaringan menatap wajah suaminya.

"Busuknya bau badan kau," rungut Dita. Rambut panjangnya yang menggerbang dibetulkan dan disanggul tinggi.

"Yelah, aku baru balik kerja kot? Yang kau ni, tidur kat sini ni dah kenapa?"

"Tunggu kaulah. Kan hari ni kau kerja shift pagi? Sampai habis Isyak aku tunggu, kau tak balik-balik lagi. Sekarang ni dah pukul berapa?" Andrita melihat ke jam tangan Khairullah. "Pukul 11:45 malam dah Kai."

"Sorry. Tadi aku terpaksa buat overtime. Man ada MC petang tadi. Budak Bangla yang baru kerja hari tu pulak dah kena buang. Staf tak cukup, jadi aku kena cover-lah."

"Kesian laki aku ni. Kau dah makan belum?"

"Dah, aku dah makan kat restoran tadi."

"Makan apa?"

"Makan apa lagi? Kalau dah kerja kat Italian restaurant tu, makan makanan Itali lah. Aku makan spaghetti cabonara, makan pizza, roast chicken..."

"Sedapnya."

"Ni, aku ada tapau untuk kau ni." Bungkusan plastik yang diletak jauh darinya tadi disuakan pada Andrita.

"Kau nak makan lagi tak?" Tanya Andrita.

"Aku dah makan dah. Kau makanlah."

"Aku ada masak tadi."

"La? Kau masak apa?"

"Beef, black pepper."

"Ai, bila masa kau beli daging?"

"Tadi Kak Aiza ada menyinggah. Dia bawa daging batang pinang dengan black pepper sekali. Tu yang aku masak tu."

Khairullah tersenyum, walaupun dalam hatinya dia masih rasa sayu. Dalam keadaan sakit, Andrita masih juga gigih untuk memasak.

"Kita makan sama-sama eh? Kau makan makanan yang aku bawak ni, aku makan daging black pepper kau," cadangnya.

"Aku dah makan tadilah."

"Makanlah sikit, please?"

"Yelah," respon Dita malas-malas.

"Eh, nak ke mana tu?"

"Nak panaskan makanan ni semualah. Kata nak makan sama-sama?"

"Alah, tak payahlah. Aku tak kisah pun makan nasik dengan lauk dingin ni. Lagi pun kau tak sihat tu kan?"

INFINIT (Siri Vampire Infinit Pertama)Where stories live. Discover now