"Patutlah dia tak panggil aku masuk dalam rumah tadi, kau rupanya yang pukau dia," marah Khairullah.
Kini dia, Erme dan Mandra di atas bumbung rumah pangsa yang disewa Andrita. Di tengah-tengah malam itu, bulan sedang bercahaya di atas langit dengan fasa first quarter. Suasana itu sunyi walaupun sekali-sekala terdengar lolongan anjing-anjing yang tidak menyukai kehadiran mereka bertiga.
"Aku tak perlu permisi dari kamu, apatah lagi memohon maaf untuk itu," jawab Mandra.
"Kau tau tak apa yang kau dah buat tadi tu? Are you fully aware yang Zafira boleh dapat tau kalau dia hidu bau badan Dita pada kau?" Erme mencelah.
"Pandai-pandailah aku cover! Yang korang berdua ni nak marah-marah aku macam bagus sangat ni kenapa? Tu bini aku, korang berdua dengan dia, siapa? Mak dia? Nenek dia?"
"Eh eh, dasar new born tak sedar diri! Ni, siapa sebenarnya yang berlagak bagus sangat ni? Kau ke, kitorang? Eh, let me remind you once again and please keep this in your head for as long as you can. Kau tu, baru jadi vampire, umur kau tu, tak sampai pun sebulan lagi. Kalau kau rasa kau nak hidup lama jadi vampire, kau boleh jadi macam aku. And if you're lucky, kau boleh hidup lama macam si Mandra ni~"
"Pergi mampuslah kau bangsat, perempuan sundal!"
Tanpa sebarang amaran, Khairullah sudah terbaring di atas lantai dengan kesan hentakan yang kuat. Jari-jari tangan Erme kini sudah kemas mencengkam leher Khairullah.
"Kalau ikutkan hati aku, mati kau kerjakan Kai. Aku tak takut dengan Zafira sugar mummy kau tu. Kalau aku musnahkan kau sekarang ni, dia akan cari aku dan bunuh aku. Tapi aku masih lagi fikir pasal Batra, pasal Mandra dan pasal bini dengan anak kau yang belum lagi lahir nak tengok dunia tu.
Kau nak ikut kepala kau sorang je, macam kau sorang je dalam dunia ni yang ada perasaan. Kau tak faham-faham lagi dengan semua ikhtiar yang aku, Batra dan Mandra dah buat?
Kau kata kau sayang bini kau tu, sayang dengan anak kau tu. Macam ini caranya kau tunjukkan sayang kau kat diorang?"
"KALAU MACAM TU, KAU BUNUH JELAH AKU. BUNUH JE! AKU PUN DAH TAK NAK HIDUP LAGI. KAU INGAT AKU SUKA HIDUP MACAM NI KE?
AKU TAK PILIH DAN AKU TAK MINTAK PUN HIDUP YANG KORANG KASI KAT AKU NI. TAPI KENAPA SEMUA ASYIK NAK SALAHKAN AKU? AKU PUN MANGSA KEADAAN JUGAK, AKU PUN MENDERITA SAMA JUGAK. BUNUH JELAH AKU ERME!"
Wajah Khairullah ditampar Erme dengan kuat. Bunyinya bergema, mengejutkan anjing-anjing di bawah bangunan yang segera bertempiaran lari.
"Sudah Erme, lepaskan dia."
Erme bangkit sesaat itu juga dengan kepantasan ghaibnya dan berdiri di sebelah Mandra, menenangkan diri. Tapi pandangan mata yang masih melekat tajam pada Khairullah.
Khairullah menangis lagi, bangkit dari keadaan terbaring dalam keadaan putus asa. Pandangan matanya beralih dari Erme ke Mandra.
"Ini semua salah korang, Korang dah tau dari awal-awal lagi yang aku dah kena tanda dengan Zafira. Kalau korang betul ikhlas nak tolong aku, kenapa korang tak jauhkan aku dari dia?
Kenapa nak tunggu aku dah jadi vampire macam ni, baru nak acah-acah jadi hero? Konon nak lindungi Ditalah, apalah... Kenapa tak ada siapa pun yang bawak dia keluar dari KL ni? Korang nampak kan keadaan dia yang tengah sarat tu?"
"Banyak perkara yang kamu masih belum faham, anak muda~"
"Diamlah pendek! Kau pun sama jugak macam Erme ni, tak boleh pakai! Tak ada guna!"
"Ei bangsat, kau boleh tak jangan kurang ajar dengan Mandra? Walaupun dia stuck dalam badan budak kecik, dia ni lagi tua dari kau~"
"PERGI MAMPUSLAH! PERGI MAMPUS DENGAN KORANG SEMUA. SIAL, SETAN IBLIS! MENYUSAHKAN HIDUP ORANG JE KERJANYA~"
YOU ARE READING
INFINIT (Siri Vampire Infinit Pertama)
VampireAmirul Azzim, seorang pembantu farmasi yang baru dua minggu bekerja di sebuah hospital, telah ditanda oleh seekor makhluk penghisap darah yang bernama Kai. Maklumat ini diketahuinya oleh seorang gadis aneh yang bernama Phoenix. Semua ini terjadi set...