"Haiqal, aku nak kau jaga Azzim. Kalau dia keluar dari rumah, kau call aku."
"Huh?"
"Jaga Azzim! Malam ni dia off, aku tak nak dia keluar pergi mana-mana."
"Kau nak pergi mana pulak?"
"Pergi cari makanan akulah, dah tu kau ingat aku nak pergi mana?"
"Eh, kau ajelah yang jaga dia. Aku pergi carikan darah untuk kau~"
"BOLEH TAK KAU JANGAN NAK NAIKKAN DARAH AKU, HAIQAL? AKU SURUH KAU BUAT BENDA YANG SENANG JE KAN?"
"Kai, aku~"
"DENGAR SINI BAIK-BAIK, KAU JAGA DIA. JANGAN BAGI DIA KELUAR DARI RUMAH. ANGIN AKU TENGAH TAK ELOK MALAM NI. PASTIKAN DIA DUDUK DALAM RUMAH TU SAMPAI AKU BALIK.
KALAU DIA KENA AIM DENGAN NAHLIA, DENGAN KAU KAU SEKALI AKU BUNUH NANTI, HAIQAL! KAU DENGAN DIA PUN SAMA, TAK HABIS-HABIS NAK MENYUSAHKAN AKU!"
SWOOSH!
"Siallah kau!"
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
"ALLAH~Qal? Apa kau buat kat depan pintu rumah aku ni?"
Terkejut. Tapi pada masa yang sama, sedikit teruja dapat bertemu dengannya lagi. Tapi aura Qal kali ini seakan annoying sangat rasanya.
"Kau nak pergi mana ni?" Tanya Qal, mukanya ketat.
"Aku nak keluarlah, nak jumpa kawan aku."
"Masuk balik, Kai tak bagi kau keluar!" Qal menolak dadanya.
"Apa ni?"
"Kai suruh aku jaga kau. Dia suruh aku pastikan kau tak keluar dari kawasan rumah ni."
"What the hell?"
"You know Kai, right? You don't wanna mess with him."
"So kalau kau nak keluar rumah jugak, kau nak buat apa kat aku?"
"Aku gigit kau. Aku ni vampire."
"Yeah right, vampire sangat!"
"Kau nak sangat ke kena gigit dengan aku, Jim?"
"Kau ingat aku tak tau kau jenis vampire apa ke, Qal?"
"Apa yang kau tau?"
"Kau memang pure blood, tapi kau masih dalam keadaan manusia."
"Siapa yang cakap kat kau? Kai?"
"Tak, Phoenix."
"Look, aku tak nak cari pasal dengan kau. Kai suruh aku jaga kau, sebab dia ambik berat pasal kau. Aku mintak kau dengar jelah cakap dia."
"Qal, kau tau tak? Dalam tempoh seminggu dua ni, sejak Kai duduk dengan aku, semua benda dia nak control. Aku rimaslah. Aku nak keluar rumah nak beli top up pun susah~"
"Not my problem! Sorry Jim, tapi aku tak boleh kasi kau keluar."
"Qal, please. Aku kena keluar jugak sekarang, aku nak jumpa kawan aku. Dia sakit, aku nak bagi dia ubat."
"NO!"
"Qal, please? Aku tau kau baik. Kau tak macam Kai dan kau tak macam Phoenix. Bagi aku keluar kejap je, lepas tu aku balik."
"Kalau Kai tau macam mana? Bukan kau sorang je yang sakit nanti, aku pun kena sama karang."
"Apa kata kau ikut aku, kalau kau nak sangat dengar cakap Kai, boleh?"
YOU ARE READING
INFINIT (Siri Vampire Infinit Pertama)
VampireAmirul Azzim, seorang pembantu farmasi yang baru dua minggu bekerja di sebuah hospital, telah ditanda oleh seekor makhluk penghisap darah yang bernama Kai. Maklumat ini diketahuinya oleh seorang gadis aneh yang bernama Phoenix. Semua ini terjadi set...