PSYCHIC VAMPIRE/VAMPIRE PSIKIK

59 0 0
                                    


"Hah, panjang umur kau Mirul, baru je akak sebut nama kau tadi dengan si Pei ni." Tegur Kak Dayah.

"Sorry kak, jalan jam tadi." Dia masukkan kad kerjanya dalam punch card machine untuk direkod. Tepat pukul 7:05 malam.

"Macam mana off, okay?" Tegur Pei, si penyambut tetamu hospital yang nampaknya akan bekerja satu shift dengannya malam ini.

"Okay je," jawab Azzim.

"Mesti you shocked lagi ni kan?" Kata Pei.

"Sikitlah. Apa info pasal arwah Fizi?" Tanya Azzim.

Pei berpaling pada Kak Dayah.

"Ni kalau akak cerita kat korang berdua, jangan pulak korang menyampai dengan semua staff satu hospital ni.

Ni pun akak dapat cerita dari si Mira dengan si Hajar pagi tadi. Doktor Vijaya dengan Doktor Yap pun pening kepala waktu buat post mortem arwah. Diorang sendiri pun tak tau apa benda yang bunuh si Fizi tu."

"Dia bukan kena bunuh orang meh? Kenapa nak refer pembunuh tu as benda pulak?" Tanya Pei.

"Bukannya korang tak tau cerita pasal CCTV tu. Empat kamera pun tak boleh nak detect siapa yang keluar masuk waktu arwah Fizi ada dalam toilet.

Ini hospital kot? Korang berdua ingat orang luar boleh masuk dalam suka-suka hati ke kalau waktu melawat dah habis? CCTV kat guard dengan entrance pun tak dapat detect siapa-siapa yang masuk dalam.

Nak kata arwah Fizi bunuh diri, takkanlah dia boleh nak koyakkan leher dia sampai patah tulang tengkuk dia semua? Luka dia tu semua memang kesan gigitan binatang, tapi diorang pun tak tau binatang jenis apa.

Tapi akak ada dengar si Hajar cakap yang Doktor Wijaya kata macam kesan gigitan rimau. Sejak bila pulak hospital kita ni ada rimau? Pergi baham staff kita dalam toilet pulak tu?"

"Macam kesan gigitan harimau?" Ulang Pei.

"Bukan setakat gigitan, badan arwah pun penuh kesan cakar. Macam kesan cakar kuku tajam, Pei."

Azzim rasakan perutnya mengecut, mengingatkan ada tiga ekor vampire yang dia kenal dan salah seekor sekarang ada di rumahnya. Tapi dia percaya yang Kai, Phoenix dan Qal vampire baik. Dan dia pasti yang kematian arwah Fizi bukan kerja mereka bertiga.

"Lagi satu, kata si Hajar, darah dalam badan arwah tu habis kering kena sedut." Sambung Kak Dayah.

"Habis tu, Doktor Yap dengan Doktor Vijaya tulis apa dalam report diorang? Apa benda yang bunuh Fizi kak?" Azzim buat-buat bertanya.

"Tulah pasal, diorang pun tak tau. Diorang cuma boleh agak based on condition mayat arwah dengan post mortem mayat-mayat orang yang diorang pernah bedah sebelum ni."

"Jadi diorang tak taulah apa benda yang bunuh Fizi tu?" Tanya Azzim lagi

"Kalau doktor yang buat post moterm pun tak tau, apatah lagi kita ni kan? Nak kata hantu tak mungkin, nak kata rimau pun tak mungkin, nak kata orang pun tak berjejak~serigala jadian kot?"

"Eh kak, I seramlah!" Sampuk Pei.

"Kau ingat kau punya seram, akak punya meremang bulu roma dengar cerita dia, kau tak tau?"

"Bulu roma I pun meremang dengar cerita akak ni. Dahlah I dengan Amirul kerja malam hari ni, choi!!! Harap-harap tak ada benda suwey lagi jadi."

"Korang berdua hati-hati tau? Kalau boleh elakkanlah pakai toilet tu. Kalau dah terdesak sangat, pakai je toilet tingkat bawah ke, atas ke, okay?"

INFINIT (Siri Vampire Infinit Pertama)Where stories live. Discover now