Di bilik tidur, Andrita sudah lena dengan aman. Batra duduk di sisinya di atas katil, sekali-sekala mengusap dahi Andrita. Raut wajahnya serius memandang Andrita. Erme dan Mandra juga berada dalam ruangan yang sama, berdiri di hujung katil.
"Macam mana, dia boleh terima hakikat tak?" Tanya Erme.
"Jiwanya cekal. Dia bisa menerima hakikat Erme, hanya memerlukan sedikit masa. Itu saja."
Erme dan Mandra datang mendekat pada Batra untuk turut sama mengamati Andrita.
"Anak-anakku, aku mohon maaf kerana tidak bisa menjelaskan kepada kamu berdua akan perihal Andrita sejak mula lagi.
Erme dan Mandra berpandangan sesama sendiri, dengan ayat yang keluar dari mulut Batra.
"Lapan belas tahun yang lalu, Zafira pernah membunuh sepasang suami isteri yang punya seorang anak perempuan yang masih bayi. Ketiga-tiga mereka sudah ditandanya untuk dijadikan mangsa.
Kerana tidak tega untuk membiarkan Zafira membunuh bayi itu, aku menentangnya. Dan kerana itu, aku dibuang Zafira dan namaku terhapus dari keluarga vampira Auburn.
Setelah sekian lama aku pernah menggagalkan sebahagian rancangan kejinya secara diam-diam, cuma hanya pada saat itu, aku berani untuk bersuara padanya secara terang-terangan. Kamu masih ingat akan hal itu kan, Mandra?"
Mandra mengangguk. Dia mendekati Batra, duduk bersimpuh di lantai, mengadap Batra dan meletakkan tangan kanannya di kaki Andrita yang sedang tertidur. Erme juga kemudian mengambil posisi untuk duduk di sisi Mandra. Dia juga sedang fokus dengan apa yang sedang diceritakan Batra.
"Bayi perempuan yang kehilangan ibubapanya di tangan Zafira itu kuselamatkan. Dia tidak berdosa untuk ditamatkan riwayatnya sebegitu rupa. Kamu juga masih ingat kan Mandra? Bersama Sitin, aku meminta kamu berdua membawa bayi itu ke Pulau Pinang?"
Mandra kelihatan berkira-kira dalam fikirannya dengan matanya yang masih melekat pada Batra, sehingga dengan perlahan-lahan matanya beralih pada Andrita. Keningnya berkerut.
"Kamu bilang padaku, kamu telah menyerahkan anak itu di sebuah rumah anak yatim, dengan segala surat lahir dan surat-surat harta warisan keluarganya," sambung Batra lagi.
"Bayi yang kamu bawa pergi bersama Sitin dahulu itulah Andrita, Mandra.
Kamu sudah lupa dengan namanya yang tertulis di atas surat lahir itu? Dia juga sudah tumbuh menjadi seorang remaja dan kamu sudah tidak mengenalinya lagi."
"Wait~wait! Meaning to say, Dita ni korang pernah selamatkan dia dari Zafiralah waktu dia masih baby?" Erme mencelah, cuba untuk turut sama mengikut rentak cerita Batra untuk dia dan Erme.
"Benar," jawab Mandra. Kini dia mula mengingatinya.
"Batra ingat, kau boleh tak ingat?"
"Dia sudah dewasa, jadi makanya aku tidak bisa mengenalinya lagi." Kata Mandra.
"Andrita ini adalah satu-satunya mangsa yang tidak mati setelah ditanda Zafira. Tiada manusia yang pernah terselamat atas kejahatannya Zafira. Kamu berdua juga tau, setiap manusia yang ditanda oleh seekor vampira untuk makanan, harus segera dihapuskan oleh si penandanya.
Tapi kerana kekuasaannya terbatas di sini, Zafira tidak mampu untuk pergi jauh ke kawasan utara hanya kerana semata-mata untuk membunuh Andrita. Maka dia telah berhutang darah pada Andrita.
Rumah yang sedang kita duduki ini adalah milik Andrita. Inilah satu-satunya warisan harta dari kedua orang tuanya buat dia. Kerana itulah aku memilih rumah ini sebagai perlindungan buat kita semua.
YOU ARE READING
INFINIT (Siri Vampire Infinit Pertama)
VampireAmirul Azzim, seorang pembantu farmasi yang baru dua minggu bekerja di sebuah hospital, telah ditanda oleh seekor makhluk penghisap darah yang bernama Kai. Maklumat ini diketahuinya oleh seorang gadis aneh yang bernama Phoenix. Semua ini terjadi set...