Selari pada kepantasan yang sama, Batra, Magalang dan Nadia tiba di perkarangan banglo. Bau bunga mawar yang menjadi bau tubuh Zafira memenuhi segenap deria hidu mereka bertiga. Pagar halimunan yang melindungi setiap penjuru bangunan sudah terbuka. Raungan Andrita jelas kedengaran.
Bulu-bulu roma Batra meremang. Sedikit pun dia tidak pernah menyaksikan, apatah lagi menduga keadaan akan jadi sebegini; semuanya menyimpang dari visi yang pernah dilihatnya dahulu. Bersama Magalang dan Nadia di kiri dan kanannya, dia meluru masuk melalui pintu yang sudah terkuak luas.
Mandra terbaring dengan mata terpejam di atas lantai. Suara Andrita menjerit jelas kedengaran dari tingkat atas. Magalang memeriksa keadaan Mandra yang tidak sedarkan diri, Batra dan Nadia melayang ke atas, ke bilik tidur Andrita.
"ZAFIRA!"
Keadaan Andrita yang berlumuran darah itu menaikkan amarah Batra. Dia sedang berpaut pada hujung katil dalam keadaan terlentang, bertarung mempertahankan nyawa sendiri dan jiwa yang dikandungnya. Zafira yang berwajahkan Kai sedang merobek-robek perut Andrita dengan sadis dan darah yang membuak begitu banyak mengotori lantai.
Zafira berhenti dan berpaling pada Batra. Mata violet dan gigi ikan jerungnya menakutkan. Mulut dan dagunya basah dengan darah milik Andrita yang masih segar.
Perlahan-lahan, dari wajah Kai, dia kembali pada rupa asalnya sebagai Zafira yang sebenar.
"My my... Datang jugak kau akhirnya Batra," katanya senang.
Nadia dengan tanpa sebarang amaran, cuba untuk mendapatkan Andrita. Tapi Zafira terlebih dahulu bertindak dengan pantas, menghayunkan tubuhnya ke arah tingkap, menggunakan kuasa ghaibnya, sehingga Nadia tercampak keluar.
"Lepaskan anak itu, dia tidak berdosa pada kamu Zafira!"
"No bloody way~"
Ayatnya tidak sempat dihabiskan apabila Nadia muncul semula dari tingkap kaca yang pecah berderai tadi dan menerkamnya. Batra cuba mendapatkan Andrita, tetapi dia ditolak ke dinding oleh Zafira dengan kuasa ghaib. Nadia juga melantun ke atas siling sebelum terhempas ke lantai dengan kuat.
Zafira bangkit di atas kedua belah tapak kakinya. Andrita dicapainya pada leher dengan dengan cengkaman jari-jari kanan tangan dan diangkat tinggi sehingga kaki Andrita sudah terkapai-kapai tidak menjejak lantai; dia tidak boleh bernafas. Dengan wajah yang basah dengan darahnya sendiri, dia menoleh pada Batra. Dia tidak mampu mengeluarkan suara.
"Zafira, kasihankan anak itu. Kenapa kamu perlu menyeksa dia? Dia tidak ada dosa pada kamu!" Kata Batra. Dia juga tidak mampu untuk menggerakkan tubuhnya yang seolah melekat di dinding tadi dengan energi ghaib ghaib Zafira.
"Sepatutnya, kau biarkan je aku bunuh budak ni waktu aku tanda dia lapan belas tahun dulu, Batra. Dia tak patut hidup! Dia ni akan bangkit jadi vampire untuk bunuh aku!"
"Kalau kau dah tau yang dia nanti akan jadi vampire, kenapa kau nak serang dia jugak Zafira? Kau memang nak cepatkan masa kematian kau ke?" Nadia mencelah, nadanya sinis.
Untuk kali keduanya, tubuh Nadia melantun ke siling dengan laju. Konkrit pada siling menjadi retak, sebelum dia terhempas sekali lagi ke atas lantai yang bersadurkan batu marmar putih. Lantai itu juga retak. Nadia menahan kesakitan tanpa suara.
"Jadi kau bawak Nadia dengan Mandra untuk kalahkan aku demi manusia yang tak guna ni Batra? Is this your best army? You know very well, that I'm unstoppable Batra, kenapa nak jugak cari pasal dengan aku?
You're fully aware that you are not my equal. And yet, kau masih jugak nak menentang aku. Nasib kau dah cukup baik waktu kau bawak budak ni lari dari aku lapan belas tahun dulu. Ya Batra, aku masih ingat lagi dengan dia ni. Dan aku masih ingat lagi yang dah bunuh mak bapak dia, tapi kau halang aku dari bunuh dia.
YOU ARE READING
INFINIT (Siri Vampire Infinit Pertama)
VampireAmirul Azzim, seorang pembantu farmasi yang baru dua minggu bekerja di sebuah hospital, telah ditanda oleh seekor makhluk penghisap darah yang bernama Kai. Maklumat ini diketahuinya oleh seorang gadis aneh yang bernama Phoenix. Semua ini terjadi set...