KEPULANGAN KAI

48 0 0
                                    


Suara Khairullah kedengaran jelas ditelinganya, walaupun hanya berbunyi dalam bisikan; mungkin juga sekadar perasaannya.

Mata Andrita terus celik. Dalam keadaan mamai, dia gagahi tubuhnya untuk bangkit dari tilam dari bilik tidur. Dia memang dengar suara Kai.

"Kai?"

'Dita, aku datang ni.'

"Kai, kau ke tu?"

'Ye aku.'

Dia membuka lampu di biliknya. Suasana terang benderang. Tiada sesiapa di bilik tidurnya.

'Aku kat luar.'

Andrita menghayun langkah ke ruang tamu. Suis lampu di situ juga dipasangnya. Tapi tiada jasad suaminya di situ.

"Aku kat sini." Suara Khairullah kedengaran dari luar pintu.

Andrita tergesa-gesa membuka kunci dan selak pada pintu depan rumah. Matanya memandang pada susuk yang sedang berdiri di hadapan pintu. Keningnya berkerut bingung. Dia mengamati lelaki ini.

"Dita."

Remaja lelaki ini kelihatan seperti Khairullah; tapi sangat berbeza dari Khairullah yang dia kenal. Kulit putihnya kelihatan sangat bersih dan wajahnya sangat kacak, lebih kacak dari Syed Khairullah, suaminya. Bau tubuhnya harum semerbak; wangian musk. Dia berpakaian serba hitam, dari anak baju, jaket kulit hingga ke seluar jean-nya; semuanya hitam. Kelopak matanya seperti terkatup, kerana dia memandang ke lantai. Hanya stail rambutnya yang Andrita masih kenal.

"Kai? Is that you?"

Tersentak dia terkejut apabila mata lelaki ini memanah wajahnya. Matanya berwarna biru elektrik, bersinar sesaat dua merenung Andrita.

"Ye Dita, aku Kai."

"Astaghfirullahul azzim, Kai! Ken~kenapa kau~Kenapa rupa kau pelik semacam?"

Khairullah cuba untuk melangkah ke dalam, tapi bagai ada satu kuasa ghaib yang mencegah dari berbuat demikian. Andrita juga seperinya sedar akan hal itu. Dia beranjak ke belakang setapak dua, sedikit ragu.

"Dita, bagi aku masuk dalam?"

"Dalam mana?"

"Rumah ni."

Tapi Andrita tidak memberi perhatian pada jawapannya. Wajah Khairullah yang nampak sangat pelik pada matanya ini sekarang ditenungnya tak berkelip. Kenapa wajahnya aneh?

Khairullah ini sangat kacak, berbau harum dan berkulit putih bersih; kulitnya cantik, tidak seperti terakhir dilihatnya. Dari tinggi, susuk tubuh, cara berdiri dan cara dia merenung, seperti Khairullah, tapi dia tidak kenal 'Khairullah' yang ini.

"Dita~"

"Where have you been all this time, Syed Khairullah Al Junid Syed Abdul Rahman? I have been waiting for you over a month. I hope you haven't forgotten that I'm still your wife that carries your child in my womb," dia menuturkan ayatnya perlahan-lahan dengan menyebut sepatah-sepatah perkataan yang keluar dari mulutnya, agar Khairullah dapat mendengar jelas.

"I'm sorry Dita~"

"Sorry? Syed Khairullah, kau dengar tak apa yang aku tanya tadi? I wasn't asking for an apology, no!"

Khairullah berhenti bergerak. Dia menelan air liur dan tidak dapat lagi memandang Andrita ke mata.

"Ada sebab aku menghilang Dita, aku bukan hilang suka-suka."

"Mestilah ada sebabnya kau hilang, sampai tempoh satu bulan kan? Kau je yang tau sebabnya. Aku pun memang tak tau."

Khairullah mencuba untuk menggerakkan bola mata pada Dita, tapi perasaannya berat, susah untuk diungkap dan diluah.

INFINIT (Siri Vampire Infinit Pertama)Where stories live. Discover now