Azzim menangis seperti anak kecil duduk di hayunan di taman permainan kawasan perumahannya. Sekarang sudah tengahari dan cahaya matahari sudah tegak di atas kepala.
Perutnya lapar dan dia langsung tidak bawa sesen pun duit. Kunci motosikalnya juga tertinggal di rumah; kesemua benda penting miliknya ada di dalam beg sandangnya yang tidak ada dengannya sekarang.
Dia sudah lama malu pada Tuhan dengan semua dosa-dosanya yang lalu. Tapi mengetahui ada orang lain yang turut sama tahu akan hal itu, membuatkan dia lebih malu.
'Sepatutnya kau menangis pada Tuhan, sebab Dia tahu dosa kau. Kenapa kau nak perlu menangis bila orang lain tahu rahsia dosa kau?' Suara di dalam kepalanya berbisik.
'Tapi Kai bukan orang, dia vampire,' satu lagi suara di dalam kepalanya berkata.
'Dia jahat. Dia dah korek rahsia kau. Itulah rahsia kau yang paling dalam, yang tak ada siapa pun patut tahu. Sekarang dia dah tahu, dia pun akan kesempatan pada kau, seperti mana orang lain yang pernah ambil kesempatan pada kau dulu.'
'Tapi dia baik. Dia selamatkan aku.'
Tangisan Azzim semakin menjadi-jadi. Dia tidak mahu ingat lagi akan perkara lama itu semua. Dia sudah berusaha untuk memulakan hidup baru; buku baru. Sebab itu dia datang ke KL, untuk lupakan semua cerita lama.
Kenapa susah sangat untuk dia hidup dalam keadaan tenang tanpa orang lain perlu tahu perkara-perkara lama yang dia tidak mahu ingat lagi?
Dia berdoa siang dan malam pada Tuhan supaya dia dilindungi. Dia berdoa meminta untuk dilindungi dari ini semua. Lepas satu, satu perkara sial terus menimpa dirinya.
"Assalamualaikum."
Azzim menggelabah ingin membersihkan pipinya yang basah, tapi hasratnya dibatalkan. Phoenix yang tiba-tiba muncul di hayunan di sebelahnya itu sudah nampak dia menangis lemah.
"Let me guess, Kai yang buat kan?"
"Leave me alone Phoenix."
"I already did and look at you now."
"Kau nak apa?"
"Saja, nak lepak. Nak lepak dengan kau."
Azzim amati gadis yang berambut auburn ini. Matanya masih berwarna hijau, tepat memandang ke mukanya. Dia pelik.
"Betul ke kau ni vampire?"
Phoenix sekadar senyum sebagai respon.
"Seriously, aku tak faham."
"Kalau kau faham sekalipun, kau tak akan dapat apa-apa faedah. Betul tak?"
"Kalau Kai tu aku faham, dia tak boleh kena cahaya matahari. Kulit dia pucat gila. Dia just keluar waktu malam. Waktu siang, dia berkurung dalam rumah. Tapi kau, boleh pulak keluar waktu siang-siang, tengahari buta macam ni?" Rasa sedih dan marah dia rasakan tadi serta merta hilang dengan curiousity-nya pada Phoenix.
"Sepatutnya kau nampak benda tu sebagai perkara yang berbahaya untuk kau, bukannya benda pelik. Dan kau sepatutnya ingat, aku bukan Kai."
"Apa perkara yang aku tak tau pasal Kai, yang aku patut tau dari kau?"
"Banyak, tapi tak ada satu pun yang ada kena-mengena dengan kau!"
"Apa yang korang nak dari aku?"
"Aku tak nak apa-apa dari kau. In fact, aku tak perlukan apa-apa pun dari kau."
"Jadi kenapa kau nak kena datang menyemak kat sini?"
"Dah aku vampire kan? Ini kawasan aku. Aku boleh merayap ke mana-mana yang aku suka. Tapi, mungkin jugak aku nak tengok penderitaan kau sebab bodoh sangat nak percayakan si Kai tu.
YOU ARE READING
INFINIT (Siri Vampire Infinit Pertama)
VampireAmirul Azzim, seorang pembantu farmasi yang baru dua minggu bekerja di sebuah hospital, telah ditanda oleh seekor makhluk penghisap darah yang bernama Kai. Maklumat ini diketahuinya oleh seorang gadis aneh yang bernama Phoenix. Semua ini terjadi set...