Apabila semuanya kembali tenang, matanya secara spontan terbuka. Kepalanya bertambah pening kali ini. Tekaknya rasa loya dan dia ingin muntah. Suasana yang dia lihat sekarang, bukan kawasan rumahnya. Ruang tamu yang mewah ini tidak pernah didatanginya sebelum ini.
Ini rumah Kai.
"BANGSAT KAU HAIQAL! AKU SURUH KAU JAGA DIA, TAPI APA YANG KAU DAH BUAT?" Suara Kai bergema mengejutkannya.
Dia melihat Qal di sebelahnya ditendang kuat oleh Kai sehingga tubuhnya sebuah meja kopi terseret bersamanya hingga ke dinding. Sebuah potret lukisan jatuh dan kacanya pecah berderai mengenai tubuh Qal.
"Kau bawak dia pergi mana tadi, huh?"
Qal dicekik Kai pada bahagian leher dan diangkat setingginya, dengan posisi tersandar ke dinding.
"Mana korang pergi sampai aku tak dapat detect budak ni tadi~MANA HAIQAL?"
"KAI, STOP IT! KAU TAK NAMPAK KE DIA TENGAH SAKIT TU~"
"DIAM AZZIM, AKU TAK BERCAKAP DENGAN KAU!"
"SAKITLAH KAI, AKU BOLEH RASA APA YANG KAU BUAT KAT DIA!"
Dia cuba bangkit untuk menghentikan perbuatan Kai pada Qal, tapi dia tidak berdaya. Lehernya juga rasa sakit; dia merasakan kesakitan Qal yang sekarang tidak dapat bernafas dan mengeluarkan suara. Dia menyesal terjerit-jerit sebentar tadi.
Qal kemudian dihempaskan ke pintu dan jatuh di sebelah Azzim. Tapi Kai masih belum puas, dia menerpa pada Qal sebelum sempat dia bangun dan menghentak kepalanya ke pintu berkali-kali. Hentakan yang sama juga pulang kepada Azzim, sehingga dia kembali terlentang dan menggelupur di atas lantai menahan kesakitan.
"Kalau kau dah nak mati sangat, biar aku je yang bunuh kau, tapi jangan libatkan dia! Berapa kali aku dah cakap, yang kerja kau ni jaga dia, bukan bagi dia terlepas, Haiqal!"
"Ampun Kai, ampun! Sakit~"
Kai berhenti menghentak kepala Qal dan menghumbannya ke arah dinding, sebelum melutut di hadapan Azzim dan menarik rambutnya dari belakang dengan kasar.
"Kau pun sama, aku dah pesan jangan nak merewang malam-malam kan? Kau dengan dia pun sama, kepala batu! Suka sangat nak mencari nahas!"
Dia hanya terdaya melihat Kai yang marah. Kepalanya masih sakit dan telinga berdesing kuat. Matanya kemudian terpejam dengan refleks apabila Kai sudah bersedia mengangkat tangan kirinya untuk menumbuk muka Azzim. Tapi tiada apa yang terjadi.
Dan apabila matanya terbuka semula, dia hanya nampak mata biru Kai yang merenungnya tajam dengan satu tangan yang masih terangkat ke udara, dalam keadaan menggeletar, teragak-agak untuk menghayunkan penumbuknya.
"Kalau kau nak belasah aku, belasah aku sorang je Kai. Tapi jangan pukul Qal, dia tak salah~"
"KAU DENGAN DIA PUN SAMA JE, KEPALA BATU! MENYUSAHKAN AKU! KALAU AKU TAULAH PERANGAI KORANG BERDUA MACAM NI, BAIK AKU BUNUH JE KORANG DARI DULU!"
Qal yang tadinya tersandar pada dinding kini mendapatkan kaki Kai dalam keadaan sujud.
"Kai, tolong mama! Tadi dia datang dengan Auntie Shita. Dia dah tak kuat~Fattah kejar kitorang~"
"AKU PEDULI APA DENGAN DIA? BIAR DIA MAMPUS KENA BUNUH DENGAN FATTAH~"
"Kai tolong Kai, aku merayu! Tolong mama!" Qal kembali menerpa pada Kai dan bersujud sekali lagi di kakinya.
"SALAH SIAPA KALAU DIA MATI HAIQAL? SALAH SIAPA? SALAH AKU KE?"
"Aku mintak ampun!"
"Lepaskan kaki aku sebelum aku bunuh kau Haiqal!"
YOU ARE READING
INFINIT (Siri Vampire Infinit Pertama)
VampirosAmirul Azzim, seorang pembantu farmasi yang baru dua minggu bekerja di sebuah hospital, telah ditanda oleh seekor makhluk penghisap darah yang bernama Kai. Maklumat ini diketahuinya oleh seorang gadis aneh yang bernama Phoenix. Semua ini terjadi set...