ZAFIRA AUBURN

60 0 0
                                    

Ketika Khairullah baru hendak menyeberang jalan raya, hujan tiba-tiba turun tanpa sebarang petanda. Laju saja mulutnya memaki-maki. Hendak mencari tempat teduh, sudah terlambat. Hujan turun sekali dengan angin kuat dan tak sampai dua minit, dia sudah basah kuyup.

Lebih sial lagi bila bungkusan makanan yang dibawanya untuk Andrita juga dua tiga kali jatuh, sehingga penutup bekas makanan terbuka sehingga semua kandungannya tertumpah keluar di atas jalan beraspal.

Dengan mulut yang tak berhenti-henti mencarut, tiga buah bekas makanan yang semuanya sudah terbuka dan dibasahi air hujan itu ditendangnya dengan marah ke tengah-tengah jalan raya. Hatinya sakit, marah pada hujan kerana makanan lebihan yang dibawa dari restoran tadi tidak akan menjadi rezeki Andrita lagi.

Malang sungguh nasib. Dia rasa berdosa, kerana sudah teruja untuk memberikan Andrita merasa ikan salmon yang dimasak oleh Chef Arif tadi. Apa yang dia hendak cakap dengan Andrita nanti kalau sudah sampai rumah? Selama dia mengandung, barulah tengahari tadi dia dengar isterinya itu mengidam untuk makan ikan laut.

Hujan yang turun jadi semakin lebat dan ribut yang mengikut sekali, juga menggalak sama. Khairullah yang sudah kuyup dari kepala hingga hujung kaki, cuba untuk redha. Dia istighfar, menenangkan diri, walaupun marah. Rasa hendak menangis pun ada, memikirkan isterinya yang kempunan apabila dia sampai ke rumah nanti. Mana dia nak cari ikan laut di tengah-tengah malam hujan lebat macam ini sekarang?

Khairullah terus meneruskan langkah di bahu jalan dengan putus asa dan sedih, sehinggalah dia ternampak sebuah bus stop dengan dua tiga orang penunggu di situ dengan payung dan baju hujan mereka semua.

Kalau tadi dia sempat sampai di bus stop ni, sudah tentu-tentulah dia akan dapat berteduh dari hujan lebat ni tadi. Dia mendengus. Apalah gunanya bus stop ini sekarang?

Khairullah terus berjalan sehingga melewati bus stop, sehingga dia perasan ada sebuah Proton Wira hitam yang membunyikan hon dari belakang. Langkahnya diperlahankan dan kereta itu berhenti betul-betul di hadapannya. Siapa pula ni?

Khairullah tidak terus meluru pada tingkap pintu depan pada kereta itu. Dia berhenti sekejap, cuba mengingati kalau-kalau ada sesiapa yang dia kenal memiliki kereta ini.

"MASUK!" Kedengaran satu suara lelaki apabila tingkap dari tempat duduk pemandu sudah dibuka penuh.

Khairullah tidak kenal langsung dengan lelaki itu, tidak satu pun ciri-ciri yang ada pada muka lelaki ini yang dia biasa lihat.

"MASUK, HUJAN TENGAH LEBAT NI!" Pelawa lelaki itu lagi.

"Tak apalah encik, terima kasih. Saya boleh jalan kaki. Rumah saya tak jauh pun."

"Eh, jangan macam tu. Hujan tengah lebat ni dik, nanti awak boleh demam," kata lelaki itu lagi. Dan bila diperhatikan, usia lelaki Melayu itu dalam lingkungan lewat 40-an.

"Tak apa encik, terima kasih. Saya dah basah kuyup dah ni, kalau encik bagi jugak saya tumpang kereta encik, basah nanti."

Dan sebelum sempat lelaki itu untuk memberi respon pada Khairullah, tingkap pada tempat duduk belakang kereta pula terbuka. Dengan jelas, Khairullah dapat melihat wajah seorang wanita berambut auburn, yang berwajah Caucasian. Dia kenal wanita itu.

"Masuklah, tak elok berjalan sorang-sorang waktu hujan ribut macam ni. Kalau ada pokok tumbang ke, apa ke, nanti you jugak yang susah!"

"Tapi badan saya dah basah puan, nanti kereta puan pun basah sama~"

"Kalau basah, I boleh keringkan. Ini kereta I. You tu pekerja I, kerja kat restoran I. Kebajikan you, I kena jaga jugak. Besok kalau you demam, tak dapat datang kerja, I jugak yang susah nanti. Sekarang masuk! You duduk kat depan tu. Cepatlah, hujan makin lebat ni!"

INFINIT (Siri Vampire Infinit Pertama)Where stories live. Discover now