VISI BATRA AUBURN MENYIMPANG

36 0 0
                                    

Masuk minggu kedua. Ironiknya dalam keadaan yang sudah terlalu sarat, Andrita lebih energetik dari minggu yang sebelumnya. Kalau sebelum ini, dia kerap berasa letih dan masih dalam keadaan bersedih. Anak di dalam kandungannya pun juga sudah tidak lagi menendang sejak kali yang terakhir.

Walaupun mungkin masih terlalu awal, dia rasa dia sudah mampu untuk tidak memikirkan Khairullah terlalu kerap seperti sebelumnya. Dan dalam tempoh dua tiga hari ini, dia asyik memikirkan tentang dua perkara.

Pertama, nama untuk anaknya. Dia sudah menyiapkan nama Arryan Benjamin, sekiranya anak itu lelaki. Nama itu dipilihnya kerana itu ialah nama samaran buat Khairullah di sekolah dahulu.

Khairullah sangat suka menggunakan nama itu dan bagi Andrita, tiada nama lelaki yang dia lebih berkenan selain itu. Syed Arryan Benjamin; sekurang-kurangnya masih ada sedikit kenangan pada Andrita dengan nama itu.

Dan untuk nama perempuan, Andrita memilih nama Serena; Shariffah Serena. Nama itu memang pilihan pertamanya. Apalagi bila Mandra telah memecahkan rahsia yang dia melihat pada visi masa depan Batra yang anak yang dikandungnya ini perempuan.

Namun Mandra juga telah berpesan yang visi Batra tidak selalunya betul, tetapi itu tidak menjadi hal buat Andrita kerana dia juga tidak terlalu berharap. Lelaki ataupun perempuan, bayi ini tetap zuriatnya yang akan disayangi tanpa bersyarat.

Dan hal yang kedua juga, penting untuk dia laksanakan sekiranya tiada halangan. Tanpa cadangan dari mana-mana antara ketiga-tiga vampire itu semua, dia rasa seperti sudah nekad dan merasakan keputusannya itu tepat dan harus dilaksanakan secepat yang mungkin.

"Aku rasa macam nak balik Penang dalam masa terdekat ni. Kalau boleh, sebelum anak ni lahir." Katanya pada satu malam, di hadapan ketiga-tiga vampire ini.

Batra, reaksinya tenang seperti biasa. Mandra kelihatan terkejut dan Erme dengan jelasnya tidak boleh menerima dengan apa yang disuarakan oleh Andrita itu. Kedua Erme dan Mandra menoleh pada Batra, untuk mengharapkan dia berkata sesuatu pada Andrita.

"Apa sudah kamu fikir betul akan hal ni?" Tanya Batra.

"Sebenarnya aku baru fikir pasal benda ni dua tiga hari lepas. Tapi rasanya aku yakin kot, dengan keputusan ni~"

"No!" Bangkang Erme. "Kau nak pergi balik Penang buat apa? Apa lagi yang ada kat sana? Siapa yang nak tengok-tengokkan kau, jaga kau dengan anak kau nanti? Kat sini kau ada kitorang, kitorang bertiga boleh jaga kau. Dita, ini rumah kau, kawasan kau!"

"Erme," tegur Mandra. Nada suaranya serius.

"No! Dia tak ada rumah kat sana, tak ada duit. Kalau dia balik sana, dia kena ada tempat tinggal, duit belanja~"

"Batra boleh sediakan dia wang untuk belanjanya," potong Mandra.

"Tapi awal sangat! Batra, say something. Kau sanggup ke nak biarkan dia pergi sorang-sorang~"

"Erme, kenapa kamu terlalu emosi~"

"Kau diam Mandra! Kalau dia ni akan jadi infinit, macam mana dengan aku? Macam mana dengan usaha kita nak kalahkan Zafira?"

"Tenang Erme, tenang." Pujuk Batra.

Dia tidak faham apa yang dimaksudkan Erme dengan infinit tadi, tapi dia berdiam diri. Sedikit pun dia tidak menyangka yang Erme akan bereaksi sebegini dengan cadangannya untuk meninggalkan Kuala Lumpur kepada mereka sebentar tadi.

"What do you mean tenang? " Mata violet Erme bersinar dua kali ganda terang dan barisan gigi atas dan bawahnya yang tadi normal sekelip mata bertukar. Kesemua taring yang terlihat pada gusinya itu membuatkan dia kelihatan seperti manusia yang bergigi ikan jerung.

INFINIT (Siri Vampire Infinit Pertama)Where stories live. Discover now