Apabila Azzim terjaga dari tidur. Dia kini berada di atas katil queen-sized bed-nya. Suasana malap. Jendelanya juga telah berbalutkan kain selimut tebal oleh Kai. Dan vampire itu sedang berbaring mengiring di sebelah, tepat memandang mukanya.
"Wakey wakey, pretty boy!"
Azzim pejamkan semula matanya. Memang sah, dia tidak bermimpi pasal vampire yang bernama Kai ini.
"Bangunlah, tak kan kau nak tidur balik? Dah pukul 4:30 petang dah ni Jim. Kau masuk kerja pukul 7:00 nanti kan?"
"Hmh," jawab Azzim, malas. Nafas ditarik dalam-dalam.
Bau musk yang datang dari tubuh Kai ini memang wangi.
"Bangkitlah, pergi mandi!"
"Kai, kau pakai perfume apa? Wangi gila bau badan kau!?"
"Perfume tengkorak kau! Ini memang bau badan akulah; bau vampire. Malam tadi kau dah cium bau darah aku kan?"
"Wangi sial! Bau kasturi tu..!?"
"Ahahaha... Setiap vampire memang ada bau dia masing-masing, itulah senjata utama untuk pikat atau pukau mangsa kitorang."
"Jadi malam yang kat highway hari tu, kau pikat akulah?" Azzim tersenyum, saja melawak dengan mata yang masih tertutup.
"Mestilah. Dengan bau aku nilah aku pukau mangsa aku semua. Kalaulah badan aku bau busuk macam taik kau, aku rasa memang kau dah lari balik jalan kaki balik sini malam tu jugak."
Azzim tergelak.
"Best-nya kau, bau badan, bau darah kau dah wangi, jimat duit beli perfume. Kalau aku jadi vampire macam aku, entah apalah bau badan aku karang~eh, tapi Phoenix pun ada bau sendiri kan? Bau dia bau bunga, tapi aku tak tau bunga apa, macam exotic sangat. Sakit hidung tercium."
"Tuberose."
"Huh?"
"Phoenix, bau dia bau Tuberose. Tuberose? Takkan tak tau?"
"Erk..."
"Kalau dalam Bahasa Malaysia, nama bunga tu Harum Sundal Malam. Kau pernah tengok kan, Maya Karin berlakon jadi Pontianak Harum Sundal Malam? Bunga tulah!"
"Aku tak pernah tengok filem Melayu, so aku tak tau!"
"Dahlah bangkit, pergi mandi. Dah nak pukul 5:00 dah ni, nanti kau lambat nak pergi kerja!"
"Okay."
"Kau pergi mandi, aku panaskan balik lauk black pepper kau tu. Kau makan dulu sebelum pergi kerja. Dah cepat, bangunlah!"
"YE!"
"Nanti kau lambat nak pergi kerja!"
Seketika kemudian Kai ghaib dari katil Azzim dan kedengaran bunyi kelentang kelentung di dapur. Azzim meneka yang Kai sedang membasuh pinggan mangkuk di sinki.
Dengan malas-malas, Azzim ke bilik air dan membersihkan diri. Tubuhnya mengambil masa sehingga sepuluh minit untuk bangkit ke bilik air.
Dia rasa seronok, mengetahui yang dia sudah housemate dan housemate-nya itu pula adalah seekor vampire.
Dan mulai saat ini seperti kata Kai pagi tadi, dia sudah dilindungi dari ancaman vampire lain. Dan dia memang tertarik dengan semuanya mengenai vampire sejak mengetahui maklumat tentangnya dari Phoenix malam semalam.
Terdetik di hatinya yang Tuhan tidak jahat, malah telah mengabulkan permintaannya dengan cara yang tidak pernah dijangkakannya sebelum ini.
Seperti juga Kai, dia juga sebenarnya selalu kesunyian. Dia tidak ada sangat kawan yang boleh dipanggilnya kawan rapat sejak dibesarkan di rumah anak yatim dulu. Kalau ada pun, Tuhan akan selalu ambil darinya dengan cara kematian, ataupun dibawa pergi oleh keluarga angkat.
YOU ARE READING
INFINIT (Siri Vampire Infinit Pertama)
VampireAmirul Azzim, seorang pembantu farmasi yang baru dua minggu bekerja di sebuah hospital, telah ditanda oleh seekor makhluk penghisap darah yang bernama Kai. Maklumat ini diketahuinya oleh seorang gadis aneh yang bernama Phoenix. Semua ini terjadi set...