KISAH INFINIT & KELUARGA AUBURN

61 0 0
                                    

Erme meletakkan tapak tangannya pada tapak tangan Mandra. Segala memori yang ada tatkala Khairullah masuk ke dalam kereta milik Zafira tadi, kini dipindahkan ke dalam fikiran Mandra.

"Zafira sudah memulakan langkahnya," kata Mandra apabila memori milik Erme sudah diterima dengan penuh.

"Batra pergi mana? Dah berapa hari kita tak nampak batang hidung dia, kan?"

"Dia kini berada di Kaherah untuk mengesan kelompok vampira infinit yang masih tersisa di sana."

"Infinit?"

"Kamu pernah mendengar jenis vampira yang itu bukan?"

"Aku pernah dengar, tapi aku tak berapa nak faham."

"Vampira jenis ini sangat berbeza dan sangat istimewa dari vampira yang kamu tau, Erme. Nisbah kelahirannya hanya satu dari 10 ribu vampira. Mereka lahir dari benih manusia."

"Diorang ni psychic vampire ke?"

"Ya dan tidak. Seperti mana yang kamu tau, vampira psikik adalah manusia biasa yang punyai potensi untuk menjadi pejalan malam seperti kamu. Mereka bisa menyerap energi manusia dan vampira untuk kekuatan mereka.

"Infinit boleh serap tenaga kita?"

"Ya."

"Dia serap macam mana?"

"Seperti vacuum cleaner yang menyedut habuk!"

Erme tergelak. Mandra hanya tersenyum.

"Dahsyat jugaklah ye?"

"Mereka istimewa, Erme. Seperti kita, mereka bisa membunuh manusia demi darah. Tapi mereka tidak bisa menukarkan manusia untuk menjadi pejalan malam. Oleh kerana itu, mereka tidak akan bisa membikin keluarga dari kalangan vampira seperti mana Zafira.

Mereka vampira, tetapi darah yang mengalir di tubuh mereka adalah penawar buat pejalan malam untuk menjadi manusia semula."

Mata Erme membulat. Mandra nampaknya puas hati dengan reaksi yang diterimanya.

"Are you serious Mandra? Boleh ke, night walker jadi manusia balik? Tak mungkinlah!"

"Kerana itu, aku katakan tadi. Mereka ini sangat berbeza dan istimewa. Nisbah kelahiran mereka adalah satu dalam 10 ribu. Kamu sendiri tahu yang kebarangkalian itu sangat kecil, melihatkan populasi vampira seperti kita yang masih tersisa di dunia.

Kamu rindu kehidupan masa lalu kamu sebagai manusia, Erme? Kerana sekiranya kamu meminum darah vampira infinit, kamu bisa kembali menjadi manusia dan mendapatkan kembali kehidupan kamu yang telah hilang.

Darah vampira infinit tidak punyai makna buat vampira darah asli sepertiku, tapi bagi vampira seperti kamu, ianya sangat berharga."

"Untuk apa Batra nak jumpa dengan golongan vampire infinit ni Mandra?"

"Itu aku sendiri kurang pasti. Mungkin dia cuba mendapatkan darah mereka untuk menyelamatkan Khairullah dan Andrita dari Zafira."

"Itu ke sebabnya kenapa selama ni kita kena mengintai rumah diorang berdua ni tiap-tiap malam?"

"Itu juga aku kurang pasti. Kamu sendiri tau yang Batra tidak pernah memberitahu kita berdua secara terperinci akan rencananya ini bukan?"

"Tapi yang pasti, si Zafira dah tanda si Kai tu. Kalau betullah Batra nak selamatkan dia, kenapa dia tak jauhkan je Kai tu dari Zafira?"

"Kamu tau kenapa Zafira menanda Khairullah?"

"Sebab dia nak jadikan si Kai tu night walker?"

"Sebelum ini, kamu pernah lihat Zafira mengambil masa yang sebegitu lama untuk menanda mana-mana manusia untuk menjadi pejalan malam?"

INFINIT (Siri Vampire Infinit Pertama)Where stories live. Discover now