Sehingga habis shift malam, Azzim masih belum lagi sempat untuk berjumpa dengan Kai. Tapi hari sudah siang dan dia pasti yang Kai sudah berada di apartment-nya sekarang. Dua pine darah pemberian Doktor Aqilah tadi masih ada dalam beg sandangya.
Kai mungkin dah cedera teruk seperti malam semalam, tapi Azzim berharap yang Kai baik-baik saja. Mesej WhatsApp yang dihantar pada Kai pun sampai sekarang masih belum berbalas.
Azzim masuk ke dalam rumah perlahan-lahan, takut-takut kalau Kai ada berbaring di atas sofa di ruang tamu. Dia tidak mahu cahaya matahari dari pintu masuk mengenai tubuh Kai.
Keadaan rumah Azzim masih lagi gelap dek kerana tingkap yang sudah ditutupi kain selimut yang tebal. Lega. Kai tiada di ruang tamu, mungkin berada di biliknya. Azzim bergegas masuk ke bilik tidur setelah pintu rumah dikunci.
"Kai?"
Tapi Kai tiada di atas katil Azzim.
"Kai?"
Mata Azzim terarah pada pintu bilik airnya yang terbuka. Azzim nampak t-shirt yang dipinjamkannya pada Kai ada di atas kain alas kaki, depan pintu bilik air.
Hanya sesaat itu, baru dia sedar yang bau musk dari tubuh Kai memenuhi segenap ruang bilik tidurnya.
"Kai~Ya Allah, Kai!"
Kai duduk bersandar pada dinding bilik air dalam keadaan separuh bogel. Matanya terpejam rapat dan seluar jeans nya terlurut sampai ke betis. Ada kesan luka dalam pada bahu lengan kiri dan kedua belah peha dan betisnya. Mukanya pun calar-balar akibat kesan cakaran.
"Kai? Bangun Kai?" Azzim menepuk-nepuk pipinya.
Rupanya si Kai ni tadi mandi untuk membersihkan luka-luka di badannya. Mungkin kerana sudah tidak berdaya, dia tertidur di situ.
"Kai, bangunlah!"
"Mmh!"
"Sakit sangat ke? Kai? Aku ada bawak darah. Minum eh?" Azzim bergegas mendapatkan dua pine darah segar dari begnya.
Muncung pada plastik darah dibuka cermat dan dititik ke mulut Kai. Kai mula memberi reaksi. Matanya terbuka.
"Minum," Azzim menuangkan darah dari muncung plastik ke mulut vampire itu dengan cermat.
Kai mula bereaksi setelah setelah darah tadi mengenai lidahnya. Matanya yang coklat jernih kini menjadi biru perlahan-lahan. Azzim lega apabila Kai sudah boleh memegang plastik darah itu dengan kedua belah tangannya sendiri.
Plastik yang kedua dihulurkan setelah kandungan darah pada plastik darah tadi dihabiskan. Kai sudah mula segar dan kembali bernafas dengan normal.
"Kau okay?" Tanya Azzim apabila kesemua isi darah dari plastik kedua dihabiskan Kai.
"Okay. Kau?"
"Okay. Kai, jom bangun? Tidur atas katil, jangan tidur kat sini," Azzim bangkit, cuba membantu Kai untuk berdiri.
"Jim, tak apa tak apa, bagi aku rehat kejap. Aku tak larat nak bangun. Kalau kau nak tidur, kau tidurlah dulu."
"Tak nak, aku nak duduk sini. Aku nak temankan kau."
Kai pecat seluar khakis basah yang masih menyangkut di betisnya. Azzim seboleh-bolehnya tidak mahu melihat keadaan Kai yang tidak berseluar dalam. Dia capai tuala yang tergantung di depan pintu untuk menutup bahagian yang tidak sepatutnya dia lihat.
"Kai, aku mintak maaf kalau aku menyusahkan kau. Kesian kau sampai jadi macam ni."
"Tak apa, it's okay." Kai memejamkan semua matanya.
YOU ARE READING
INFINIT (Siri Vampire Infinit Pertama)
VampirAmirul Azzim, seorang pembantu farmasi yang baru dua minggu bekerja di sebuah hospital, telah ditanda oleh seekor makhluk penghisap darah yang bernama Kai. Maklumat ini diketahuinya oleh seorang gadis aneh yang bernama Phoenix. Semua ini terjadi set...