Pagi yang indah di psychiatric hospital , Busan
Park Jimun sedang tidur lena tanpa mengisahkan matahari yang sudah naik tegak menyinari bumi . Ditemani bunyi riuhan ayamㅡ eih apa engko fikir kat Hospital takde ayam ?
Ayam-ayam tersebut diupah untuk mengejut para pesakit yang terletak di hospital tersebut .
Cara yang unik bukan ?
Tanpa sebarang deringan jam loceng , ayam-ayam tersebut hanya berkokok untuk menjalankan tugas mengejut para pesakit
Ayam-ayam tersebut menjalankan tugasnya seperti biasa , eih tiba-tiba ada pula bunyi itik mengquek
Mengquek ?
Ha lantak lah ( ͡° ͜ʖ ͡°)
" Quek Qiok Quak Quak Qek Qek "
Terasa sesuatu menapak di dada milik Jimun . Jimun mencelikkan mata , tidak tahan dengan bunyi tersebut
" YA TUHAN APA BENDA YANG PANJAT BADAN AKU NI ! " Bukan lagi setakat mencelikkan mata , Jimun terus terbangun . Dia terpacak di atas katil .Tubuh haiwan yang ' berquek ' tadi terpelanting . Dia jatuh ke bawah . Terus termasuk ke bawah katil sebab pelantingan yang agak kuat
Eih pelantingan ?
HAHAHAHAHAH
" EIH KENAPA DIA MASUK BAWAH KATIL TU ! " Kedengaran jeritan suara nyaring kanak-kanak . Dia berlari-lari mendapatkan Hobie yang selamat berada di bawah katil
" Kamu Tae ? TAK , TU APA BENDA YANG PANJAT BADAN PAKCIK ? " Jimun perlahan-lahan duduk bersila di atas katil
" EEEEEEE PAKCIK NI . KESIAN HOBIE TAU ! SAMPAI MASUK BAWAH KATIL " Kanak-kanak lelaki bernama Kim Taehyung meniarap di atas lantai . Dia menonggeng ingin masuk ke bawah katil
" Quak quek kek kek " Taehyung membuat bunyi itik , memanggil Hobie agar dekat dengannya
" Pakcik Jimun , ish . Tengok ni ! Dah Hobie tanak keluar dari bawah tu " Taehyung mencebikkan bibir . Dia menonggeng lagi untuk mendapatkan Hobie
" Yeah , dapat ! "
" QUAK QUEK KEK QUAK QUAK ! " Itik kuning kecil tersebut melalak . Kedua kakinya digenggam Taehyung . Taehyung menarik badannya , bertujuan untuk mengeluarkan
Taehyung mendukung Hobie
" Taehyung buat apa bawak Hobie datang sini ! Haiwan tak boleh masuk lah ! Sini si Hobie tu " Jimun menepuk kedua pehanya . Taehyung hanya menurut . Dia meletakkan Hobie di situ
" Hobie sayang Jimun buat pe kat sini ? Alolo makin gemuk eih dia . Tae bagi makan apa ? "
Badan Hobie yang berada di pehanya diusap-usap . Hobie makin selesa , tubuhnya dilandingkan dan matanya ditutup . Dia tidur . Jimun memandang Taehyung , menunggu jawapan
YOU ARE READING
✓ || Rock Bison ▪PJM▪
Fantasy❛Jimin yang disumpah menjadi sebuah gasing❜ @/-MINIMONIMO'S FIRST BABY ! 𝙥𝙧𝙚𝙘𝙞𝙤𝙪𝙨 𝙘𝙤𝙫𝙚𝙧 : @𝙢𝙞𝙚𝙖𝙢𝙞𝙣 ↪started # 21/03/2020 ↪ending # forget it ↪status # completed without final ending #4 in pjm [17/07/2021] #16 in taehyung [18/11/2...